Monday, December 18, 2017

Kelas Falsafah Untuk Pemula (KFUP)

Bismillahirahmanirahim.

Ah dah lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Janggal betul rasanya. Tapi tak apalah, sebab aku dah janji dengan diri sendiri untuk menulis selepas kebanyakan urusan, kerja, tanggungjawab dah selesai. Dan sekarang aku berada di Library Baitul Hikmah UIAM sedang menaip tanpa diiringi muzik dan orang sekeliling masih sibuk membelek helaian buku mereka, ada yang membelek telefon, ada yang sedang berbual tak peduli orang sekeliling , ada yang sedang memegang pen sesekali menggaru dahinya yang entah gatal atau tidak.

Rasa macam hampir setahun jugak tak menaip. Alhamdulillah, setahun yang sibuk dan sangat bermakna buat diri. Aku selalu berhasrat untuk berkenal-kenal dengan mereka yang hebat ilmunya, mereka yang sentiasa berpeluang dikelilingi dengan ilmu. Pernah sesekali aku detikkan dalam hati,

"Mungkinkah aku akan berkenal dengan mereka?, mungkin kah juga mereka akan berkenal dengan aku?"

Ya Tuhan Maha Besar. Hanya detikan hati, Tuhan telah menyahutnya. Terima kasih, Tuhan. Aku tak tahu apa tanggapan mereka pada aku, tapi sekurangnya mereka sudah mengenal namaku dan aku sudah cukup gembira berkenal dengan mereka, berkomunikasi dengan mereka dan melihat mereka dari sisi dekat.

Tahun yang sibuk tapi terlalu banyak kenangan dan pengalaman serta ilmu yang aku perolehi. Semoga Tuhan izinkan aku lagi untuk bersama-sama mereka atau wajah-wajah baru yang mungkin aku boleh sumbangkan sesuatu bersama mereka kepada masyarakat.

------------------------------------------------

ok cukup untuk permulaan atau muqadimah selama setahun aku tidak menaip. Hari ini aku nak ceritakan sedikit mengenai Kelas Falsafah yang aku sertai. Kelas ini merupakan kelas yang diasaskan oleh SKIL ( School of Islamic Thought) dan alhamdulillah , dalam kalangan mereka yang tidak tahu kewujudan kelas ini, aku dipilih untuk membaca mesej sebaran di kumpulan Whatsapp dan tanpa berfikir panjang aku terus mendaftarkan diri.

Aku pernah beberapa kali hadir ke program yang dianjurkan oleh SKIL dan jarang aku faham apa intipati yang mereka katakan hahaha. Aku tidak ada asas falsafah, ilmu politik kurang dan semua segala mak nenek pun aku lemah. Entah lah nak.

Tapi rasa ingin tahu, rasa nak belajar bila melihat terlalu ramai orang sebaya tapi berfikiran matang dan mantap sekali ilmu dan akhlaknya,maka aku gigih untuk hadirkan diri dan mendengar kata-kata mereka walau sepatah haram aku tak faham. Itulah, setahun yang banyak memberi erti. Aku mengenal ramai orang yang berlatar belakangkan pelbagai. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak kekok langsung dalam berkongsi ilmu.

Jujur, malu rendah diri sangat menebal dalam diri. Rasa bodoh pun banyak kali jugak, tapi peduli apa. Aku nak pandai, aku nak bahagia. Jadi aku layan kan aje semuanya.  Aduh, macam lari topik pulak haha.
________________________________________

Ok, bila aku nak taipp pasal KFUP ni lols. Ok macam ni la, kelas ni best. Sebab student jugak yang ajar. So bahasa mudah dan santai walaupun isi macam berat. Sebenarnya haritu fasihah mintak share apa yang aku dapat daripada kelas falsafah ni, tapi aku tak ingat dan nota tu teruk sangat dan bercampur baur. Jadinya, aku janji ngan dia untuk taip. Tapi sekarang, aku dah lupa point penting dah daripada nota aku tu. Jadi macam mana ? wakaka.

Malam jap lagi ada test and exam subjek falsafah ni laa. Nak tak nak kene baca, sebab ni je peluang nak baca ilmu yang di luar subjek kelas. Tunggu dulu la hahaha lol. Nanti aku faham , aku ceritakan disini. Sekian sahaja daripada aku, tiqah koi  haha .

Saturday, March 11, 2017

Buku Minggu ini.

Bismillah.

Sebenarnya aku berkenan benar dengan karya-karya ataupun seni Melayu. Semakin lama semakin minat dan cinta. Cuma aku buntu dimanakah sumber sepatutnya bagi aku mendapatkan info-info maklumat berkaitan falsafah dan budaya melayu selain daripada medium yang aku dapati sekarang ini iaitu melalui Facebook dan  Persatuan Seni Silat yang aku pelajari. Jadi sahabat aku, Kak Rose mesra dipanggil namanya mencadangkan kepada aku untuk membaca karya Za'ba. Ada beberapa buku yang dicadangkan kepada aku dan aku memilih buku "Mencapai Keluhuran Budi".



Aku pun sudah lupa sebab kenapa aku memilih buku ini, mungkin kerana tajuknya barangkali yang menceritakan tentang budi yang mana sinonim dengan nilai-nilai dan sifat orang melayu. Aku nak hurai secara ringkas sahaja inshallah mengenai buku ini. Untuk pengetahuan pembaca, aku bukanlah seorang yang banyak membaca karya-karya ilmiah dan mungkin penerangan aku disini tersangatlah lemah dan mungkin tidak menarik untuk dibaca.

Ada 10 rencana yang diketengahkan Za'ba dalam buku ini. 4 rencana teratas daripada buku ini berkaitan dengan agama, 4 rencana selepasnya berkaitan dengan ibu bapa dan dua terakhir dalam buku ini menceritakan tentang amalan berjimat cermat.

Jujur aku kata kan, nama Za'ba hanya aku kenali melalui buku sejarah yang menceritakan bahawa Za'ba merupakan tokoh bahasa melayu. Oh, sekadar itu sahaja pada pengetahuanku. 

Buku yang helaiannya sebanyak 91 sahaja ini mampu menukarkan perspektif aku tentang Za'ba. Bagi aku karyanya 'evergreen' dan terpakai untuk zaman sekarang ini. 

Guru aku Al-Fadhil Ustaz Muntaha Artalim Zaim yang berasal dari Indonesia itu juga tahu mengenai Za'ba. Aku masih ingat kata-kata ustaz ketikamana memberikan contoh mengenai Penulis ataupun Ulama yang pertama menerangkan Usul atau kaedah-kaedah usul fiqh. Fiqh dahulu lagi sudah terpakai. Namun formulanya tidak ditulis, tidak ditunjukkan kaedahnya. Begitu juga bahasa melayu, kita sudah menggunakan bahasa melayu sudah lama, tapi siapa yang membukukan ? mengasaskan kaedah tersebut ?

Ya, tak lain tak bukan Pendeta Za'ba. Jadi mengapa tidak bagi aku untuk tidak mengkaji karya tokoh Melayu sendiri yang mana adat dan urufnya lebih hampir dan dekat dengan kita. 

Buku ini bukanlah semata-mata mengenai ajaran nilai budi sahaja berdasarkan akal, bahkan penulisannya berdasarkan dalil Al-Quran, Sunnah serta kalam-kalam para ulama. Hebat bukan ?

Banyak daripada bab terawal aku dapati atau aku ketahui tentang perkara tersebut di universiti. Cara didikan yang dianjurkan oleh Za'ba juga seolah-olah seperti teori learning yang aku pelajari dalam subjek Psychology sem yang lepas. Jelas disini, Za'ba bukanlah hanya seorang tokoh bahasa Melayu malah merupakan tokoh ilmu yang bijak pandai. Bukan itu sahaja, bab pertama yang menceritakan tujuan agama pula bagi aku sangat berkaitan dengan subjek maqasid syariah yang aku pelajari sem ni 

Dari segi bahasa tulisan di dalam buku ini adalah mudah , senang dihadam dan menarik dibaca. Kaedah-kaedah bagi menerangkan misalannya cara mendidik anak juga jelas ditulis, bukan sekadar main-,main tulis tanpa contoh. 

Serius , buku ini menarik dibaca. Ada juga membicarakan tentang isu perbezaan agama, adakah cukup bagi kita mengetahui baik dan buruk tanpa agama dan banyak lagi perkara yang menarik dalam buku ini. Mungkin aku akan baca buku ini untuk kali kedua dan menggariskan point-point yang penting untuk dikongsikan kepada orang lain . Inshallah. 

Assalamualaikum.