Friday, July 20, 2012

Aku Kau dan Dia

Assalamualaikum

hrmmm , tadi . iya , baru je kejap. mmg baru td lah . LOL*bajet lawak je kans .
haa , baru kejap tadi aku abis tengok cerita aku kau dan dia . kejadah lol 2.00 pagi menanti ramdhan aku tengok cerita ni dgn penuh feeling . Last last cerita ni , cecair di kelenjar mata ku ini tumpah jua . Kahkahasdfgh. okeh tak lawak .


aku dah tengok cerita ni , jadi mestilah aku kene menceritainya pun kan.

okayy , kisah dia bermula dengan seorang perempuan nama dia Mia main piano kat luar rumah . keje  dia ni sikit2 nangis, sikit2 sedih sebab tunang dia meninggal eksiden .Walaupun sudah setahun dia masih sedih lagilah. Asyik2 ingat kenangan dan memori brsama tunang dia tu. Dia ni suka main piano dan asik2 main lagu yang sama je, tapi lagu tu dia main tu tak abis sbb tak tahu chord,kiranya dia tau lagu tu separuh je la

mcm mana tah ,suatu ari tu dia terlanggar dengan remy ishak(izlan) tu dekat tengah jalan .terlanggar berselisih mcm tu , bukan kena langgar kereta . dorang pon saling perpandangan. pastu tu Mia ni bla cam tu je lah . bila dah smpai seberang jalan tu Mia tu perasan rantai yang tunang dia kasi tu takde kat leher dia dan pada masa yang sama izlan amik rantai tu . Mia ni pon menyeberang lah jalan nak amik rantai tu dan tiba2

ponnnnnnn ~mia kena langgar kereta .pastu nak dijadikan cerita diorang ni asik berjumpa je,izlan tu keje main gitar tepi jalan ekceli, di mana2 mia jumpa izlan  tu. Walhal izlan tu mmg ikot dia pon .izlan ikot balik umah Mia tanpa pengetahuan mia tu ,pastu dia soh perempuan tu kasi satu chance utk kuar ngan dia  supaya die leh buat prmpuan tu trsenyum . kalau perempuan tu tak bhgie,izlan tu takkan kacau dah dia .perempuan tu tak senyum2 sejak tunang dia mninggal .mula2 mia rejek , tiba mia tu bangun pagi tu dia tengok izlan tu ade lagi kat dpn umah dia, jadi dia accept lah dan dijadikan cerita , perempuan tu bahagia .lagi satu izlan tu ade chord penuh lagu dia main piano tu .

suatu hari , dorang bergadoh . Mia tampar izlan tu . pastu esok tu mia dtg lah kat tmpat izlan kerja main gitar ,dia pon panggil izlan dri seberang  jalan and guess what ?  izlan kena langgar . mia gi hospital , tengok izlan koma, tetibe ade peire andre .dia tanya ape yang boleh dia bntu, mia cakap lah nak tengok izlan tu . pastu piere andre ckp yang remy ishak tu bukan izlan yang mia selalu jumpe tu, itu harris . adik kepada piere andre .

ghupenyee , izlan yang berjaya buat dia bahagia tu sebenarnya adalah imagination mia tu sendiri utk lupakan tunang dia dulu tu .

ok aku tak nngis part ni . aku nangis waktu last sekali tu, mia pergi tempat yang die selalu lepak ngan izlan dalam imagination dia tu .tibe harris tu datang . dia kasi rantai kat mia tercicir .sebenarnya part dia berselisih tu harris bukan izlan,sbenarnya part tu terjadi betol2. bukan imaginasi mia . lepas mia tu eksiden teros otak dia create harris sbgai izlan utk lupakan , Han,arwah tunang mia. ok,sambung pastu harris tu tengok muka mia cam tak selesa je, dia pon blah la, waktu dia blah tu, dia gosok2 rambut dia .sebijik mcm perangai izlan dlm imaginasi mia tu .then ade slide2 show mase dia jumpa ngan izlan,masa izlan gosok2 rambut tu .time ni lah kelenjar lacrimal aku mengeluarkan cecair. asdfghwakaka . pastu mia pelok dia .harris tu kata bila dia tngok muka mia pertama kali ,dia kata mcm dekat je dgn mia, padahal baru bertemu sekali waktu selish tengah jalan tu la . . pastu mia pon ckp"yelatu,nama saya pon awk taktahu lg"sama skrip dlm imaginasi dia pertama kali berkenalan dgn izlan .aku nngis sbb terharu kot .kahkasadsdf.akhir sekali dorang berkenalan . nama saya harris, nama saya mia . 


pening tak cerita aku ?

tamat .


Monday, July 16, 2012

Cakap siang pandang

hey . Assalamualaikum dan selamat petang , actually ni cerita ringkas je kot .

starting dia mcm ni , tadi dalam bas , aku ade berbual dengan kawan aku . OKay , truly mmg suara aku kuat kalau bercakap ni . org dok depan seat aku pon boleh dengar . ape yang aku bualkan ?

aku,kawan

sape ajar kelas aok insyak ?
ustaz bori , nape ?
oh ,
nape?
aok tau tak keje koi insyak punyalah berlambak . dah lah 2 tajuk tu nak kena cari maksud,pastu kene wat kara......

ape yang aku cakap terhenti sbb org seat depan aku tu pandang aku , biasa je kan org pandang ?
tapi ape yang luar biasa, budak yang dok depan aku tu , adalah adik "ustazah" yang ajar insyak tu weh !GULP! then teros aku cakap pelahan2 . Kahkah . Tapi itu bukan mengumpat kan ?kire aku mcm mengeluh je lah kan? ,. kahkah . itu lah mak aku kata "cakap siang pandang2, ckp malam dgr2" lebih kurang camtu lah . hehe

dulu pon mcm ni jugak . tak berubah2 tiqah oiii .

Tuesday, July 10, 2012

Air mineral pelbagai khasiat ?

Assalamualaikum ^_^ .

Sekian maklum , kau orang semua mesti tahu khasiat air mineral/air masak kans ?

Kalau manusia tu dlm 3 hari tu tak minom air, boleh menyebabkan fatal tau . fatal?fatal ?eh eh , mati lah .
begitu pentingnya air dalam kehidupan kita . Kalau kita mengantuk dalam kelas pon,dia punya cara nak atasi  minum air jugak kan ? itu sebab kita mengantuk kerana kekurangan oksigen . sedia korang semua tahu , air ni ade oksigenn , jadi bila kita minum air, oksigen meningkat balik . haaa ~begitu ya ank2 sekaliann .

letih eden nak explain , penah tak anda jumpa air mineral yang boleh mengubat penyakit ?mcm2 penyakit. penyakit migrain, tekanan darah tinggi atau rendah, anemia, degupan jantung tidak stabil dan mcm2 lagi ? penah ke tidak ?




jeng jeng jeng . ini diaa . aku jumpa 




wehh , RM 3.50 jee ? murah tu . daripada nak beli ubat2 yang mencecah beratus ribu ribann . lagisatu yang menarik perhatian aku kann , boleh menguatkan ingatan beb , bagus kot utk budak sekolah agama mahupun tahfiz, kau takyah ikut masa pon , kalau kau nak minom, minom jee. takde sukatan bagai . haa, amacam ?


kalau aku lah kann , mcm2 aku beli ubat minda lah , tapi asik2 lupa je nak mkn, LOL . kalau mcm ni bila kau terpikir haus je, kau minum. haa , senang kann ?


Air SHIFA ni jugak diproses secara unik, istigamah dan berterusan dengan i pengisian bersifat spiritual oleh pengasas YAYASAN MAJLIS TA'LIM AL-FATIHAH NUSANTARA, dengan zikir-zikir khusus, bacaan ayat-ayat Al-Qur'an Al Karim serta penyerapan Hizib Sirrul Hikmah dan Amaliyah As Shufiyah. 




kajian jugak ada mengatakan kalau kita cakap perkataan buruk2 dekat air, maka molekul kristal dalam air tu akan berubah jadi yang buruk , tapi kalau kita bacakan perkataan yang baik2 nak2 lagi ayt suci alquran maka baiklah molekul kristal iteww . tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi kalau air yang kita minum tu dri bacaan air suci Alquran . 

aku dah letih menaip , jadi kalau nak tau lebih lanjut , korang boleh pegi sini http://www.shifa.com.my/ atau page dia di sini https://www.facebook.com/shifawater

Sunday, July 1, 2012

Nuget Cheezy

Assalamualaikum

Semalam aku lapar, memandangkan hari dah petang, malaslah aku nak makan nasi , ha kekdahnyaa. Jadi aku pon usha2 lah apa dlm peti ais , ade tepung gandum . aku tutup pintu peti . kemudian,aku bukak balik , bukak tempat frozen tu.

"eh ade naget laah . belasah jelah walopon ade 5 ketoi"

tetibe rasa nak buat mcm ala2 wedges kfc gitu . jadi haruslah ada keju ye dak ye dak ?*kelip2 mata sambil senyum mintak penampar.

jadi aku rasa nak tules resepi keju tu wahalaupnn dah ada kat blog blog lahen . aku pon amik resepi ni googling jee pon .

Bahan-bahan

*Bater tak sampai separuh
*Susu Full Cream DutchLady .(tak dutchlady pon takpe)
*Kiub pati ayam sikit .
*Keju Slices Ceddar
*tepung gandum sikit
*gule sikit (kalau nak)
*black paper sikit (kasi kaw)
*pewarna kuneng (sesuka hati)

Cahara-charanya (feeling zaman Pramlee)

mula mula cairkan bater dalam kuali tak melekat ,
api haruslah kecil.
dah cair tu masokkan susu . isi dlm 2 cawan camtu dulu,
 kacau kacau sampai sebati,
masuk tepung sikit, dalam satu sudu besar tu , nak bg pekat . tapi tengok jugaklah kau punya susu tu banyak mana.
kacau2 jgan sampai berketul
kalau pekat sgt, tambah susu lagi.
pastu masokkan kiub pati ayam, jangan banyok sgt sbb keju tu masin. dulu dah penah buat . masin jadinya, sbb aku taruk satu kiub tu teroih . HEH
masokkan keju slices tu sepuas jiwa dan raga .
masok gula sikit,blackpaper,dan pewarna sampai anda puas kunengnya.
agak2 dah jadi pkat mcm sos keju, anda taruklah dalam piping bag .aku gune plastik je, pasu gunting hujung tu .pastu hias2 lah kat naget ke, sosej, kentang , hape2 saje yang anda suka.
nak sedap ag tamboh mayonis . haaa . cenggitu ye .

tadaaa. siap. sorilahh aku tak bg dia punya kuantiti sebetolnya, sbb aku pakai campak2 je masok dalam kuali tu . haha .


siappp . takdelahh sesedap seperti KFC . tapi boleh tahanlahh . abis jugak makan  dan paling penting JIMAT $$$$$ BHAHAHA