Friday, August 3, 2012

Iftaar fil Khairiah :)

Assalamualaikum pembuka bicara dan haii .

herm , baru baru ni yaitu khamis 2/8/2012 kelas aku ade buat jamuan berbuka puasa . Aku lah yang beli semua segala makanan dan minuman . *statement tak bangga sangat pun sbb ade org lain lagi baik , siap sponser terus . hihiks

sehari sebelum jamuan tu, aku dah tempah makanan . okay, ekceli mama aku yang pergi rumah orang tu buat tempahan makanan .orang tu jiran aku je pun. aku tempah nasi ayam. waktu mama aku gi rumah jiran aku tuh , jiran aku tu takda . anak dia je ada jadi mak aku pesan lah nak nasi ayam 14 bungkus . jiran aku buat nasi ayam mmg sedap lah . nasi ayam dia satu set dgn air rm 4 je weh . Tu untung tu kalau nak beli kat dia . lepastu , malam tu aku tambah lagi 3 bungkus nasi untuk kawan aku . malam tu abang aku pulak yang beritau , abg aku beritau kat anak jiran aku tu jugak . kebetulan diorang kawan, waktu dorang lepak tu abang aku pon pesan kat dia .

kemudian, tempah karipap kat jiran sebelah tapi malangnya dia tak boleh buat sebab kena jaga cucu dia :'(
jadi beli kat bazaar kat taman perumahan aku tu je lah . hari khamis tu aku pergi sekolah mcm biasa , tak sabar betul nak tunggu malam untuk berbuka . balik saja dari sekolah , abang aku kata nasi ayam tu tak buat . sebab kawan dia tu bagitahu mak dia tempahan aku pukol 2 petang tadi .

aku tak tahu perasaan aku macamana waktu tu , takkan aku nak cancel pulakkan , mcmana nak cari nasi ayam tu ,air lagi . dah tentu kos mahal . yelah , budak ni bayar rm6 je . mmg dah cukup2 untuk makanan , air dan kuih sikit .

lepastu , mama aku pulak cakap mak aku lupa nak buat agar agar . mama aku lupa sesangat . aku tengok jam pukol 3.30 petang . Jamuan pulak aku sampai pukol 6.30petang .

aku fikir mngkin aku boleh buat air seniri je . aku mesej kawan aku amirah sbb keluarga dia ada catering , mngkin dia boleh bwak bekas air besar tu . then dia reply dia kata dia tak pergi . Ayah dia takde kat rumah sbb pergi berbuka kat Sanggang . tak sempat beberapa saat tu, aku dapat pulak mesej daripada kwan aku yang dia tak datang sebab takde sape nak hantar dia . aku dengan berbaju sekolah lagi duduk bersila macam tu je , taktau nak buat apa sambil nangis nangis . sengal betol aku . pegi nangis mcmlah mnde tu boleh selesai . BHAHAHA

tiba aku tengok mak aku keluar daripada bilik, pakai tudung siap2 amik kunci kereta ajak abang aku pergi keluar nak beli karipap ngan beli barang nak buat agar agar . lepastu mama aku balik sekejap buatkan agar agar lepastu keluar balik dengan abang aku untuk beli nasi ayam . mama aku tanya "17 bungkus kannn ?" aku pon jwab "aah". pastu mama aku teros pergi .

sebelum tu aku tak menangis dah , lepas mak aku pergi tu, teros aku menangis beria beria . Mama aku sanggup keluar balik nak beli semua tu takde sikit pon keluhan . Sayangg mama ~!aku nangis bukan psal jamuan tu, aku nangis sbb terharuu . :')

Alhamdulillah , akhirnya semua jadi lancar . Berbuka di sekolah jadi kenangan .



abaikan tangan yang sangat comel tu . ehemm . lalalala
 nasi ni ade lagi kat sebelah sane , tak tangkap gambar pulak .


inncent je muka budak ni . argh , comel ~

dah siap makan semua , solat isyak yang diimamkan budak tahfiz dan solat tarwaih yang diimamkan oleh ustaz. ade satu cerita yang memalukan lepas waktu semayang tarawih tu . malas cerita kat sini . mmg terserlah kejahilan disitu . haha 






terima kasihh :)

2 comments:

Anonymous said...

urm, sgt rugi la saiya takde. .kalau x boleh join. .tgok update awak pun jadi lah, asalkan terubat rindu. .uhuhuh.. btw, luv this update jiddan!

nabell azaman . .

atiqah said...

terima kasih bila :)