Monday, January 28, 2013

Masisupa 2013(WOSTO)

Assalamualaikum . Saya sihat . Anda ?Alhamdulillah

Dah lama gila rasanya tak main komputer, walhal baru 5 hari 

Haritu , aku cite yang aku ada pergi MASISUPA  . Yeyeassh . Bess kot . Seronok, Alhamdulillah . Allah kasi aku peluang last year gi Masisupa . Seronok mmg sernok , tapi tak kurang jugak ada pergaduhan kecil kecil manja dengan membe. Biasalahkan .

Dan seriously , banyak perkara yang unexpected, yang x rancang , tak pernah terpikir pun berlaku dekat aku. Itulah namanya takdir kan .

DAN DAN berat aku makin NAIKKK !!! AAAAA . Kat kampung memang tak lah kan. Makanan bertimbun timbun . Sedih sikit . sob3 . HAHAHA

Fatin dan Si beruang pink !! LOL

kawan dekat wosto !! haha . actually kan kan , dah penah jumpa time form 3 , tapi aku je tak cam dia . -.-' , dan kitorang terus berkawan di facebook . HAHAHA

khamis malam tu , tengah aku merayau rayau , dia tegur aku . 

"atiqahh "

aku pun pusing serta pndg lama lama , kerutkan kening sikit . 
"eh sape ni eh?" aku ngomel dlm hati .

Fatin ni senyum je time tu . 

krik krik krik 

"eh , fatin kan?haha"

maka kami pun bersalaman . 8 tahun aku cam dia . haha . 
dan malam khamis tu adalah malam yang paling indah dan seronok dihiasi bintang bintang serta bulan . amboi , hiperbola betul. kihkih
Khamis, Jumaat , Sabtu , Ahad . Habis dah Masisupa .Pagi Jumaat agak kepanaan, aku balik kemudian pergi Teluk Sentang tengok orang main bola .Perkara paling cegeng bila salah sokong TEAM =.= .  Dan aku terpaksa menutup mulut sebab tak dapat kawal suara, mmg esaited tengok bola . LOL . Malangnya org dgr jugak aku bising bising tuh . Jumaat malam kebosanan sedikit . 



Heee ~ tengok dari jauh je .

Hari Sabtu tu, pagi tu je aku pergi kejap,pastu gi kenduri doa selamat baby dlm perut  isteri angah  . Pastu malam aku pergi tengok Nasyid dan kemudian balik . Ada mesyuarat keluarga . wik wik . Hari Ahad mmg tak pergi langsung . 

Maka bermulalah cerita keluarga aku pulak .


masih same keje aku , uruskan goodies =.='

dan semalam fatutnya nak hantar cincin merisik untuk anak sedara aku kat Lipis. tapi tapi perancangan tak menjadi . Maka kitorang pun pergilah ke Cameron Highlands . Majlis ditunda bulan depan . kahkah .
5 kereta wooo . 

OTW ke Cameron , salah satu kereta kami rosak . Orang orang dewasa baiki kereta . kami ? 
apalagi . bergambar lah . berebut rebut nak tngkap gambar tu . x leh bla tol . LOL


gi sana ikut jalan biasa . Mmg menguji kesabaran betul . adatlah kalau jalan jauh tido dalam kereta kan, setiap 10 saat sekali rasa main jongkang jongkit. kepala aku ni dah nak naik biul dah , terantuk kat syiling kereta . terantuk kat tingkap lagi . 
sampai cameron , eksiden lagi T.T . LOL . sila lihat , pomen yang sama . Untung dlm keluarga ada pomen . Nurse ada . So jalan jauh jauh , jangan risau sangat . kikiki

Gambar terakhir sebelum handphone x de bateri .


ramai lagi patutnya . entah gi mana depa time ni . *tibe cakap kedah

gamba lain ? hihi . mne boleh tgok . sbb keter-selok- kan terlampau antara kami . BHAHAHA



KBYEE ~


Wednesday, January 23, 2013

Jom Berubah :D

Assalamualaikum semua . Kaifa halukum ? Alhamdulillah . Ecewah . Speaking arab pulak .

Jom berubah ! Hihi . Berubah apa ? 

Mestilah berubah ke lebih baik . ayetak ?

Point dekat sini, aku tekankan utk kaum hawa je . Tehee ~


  • Rambut+Dada+Leher
  • Lengan
  • Kaki

Nak dengar cerita tak ?

mcm ni, dulu aku bukanlah macam sekarang . Dan sekarang aku bukanlah mcm masa hadapan nanti . Ha pham tak ? Aku tulis mende mcmni bukan nak tunjuk/sbb aku baik . Cait3 . Jgn pikir mcmtu . Takmau3 . Hikhik . Gedik pulak . Takde manusia yang boleh dapat gelaran "aku dah sempurna, aku dah baik etc"

so hey, tak salahkan aku nak berdakwah ? anyone can convey a message . isnt it ?

Actually aku bersyukur sangat dapat masuk sekolah agama. Banyak ilmu agama aku dapat , berkawan dengan orang berilmu . Alhamdulillah .

Biasanya perempuan, jarang pakai stokin . Psst , nak bgtau ni . Kaki tu pun aurat tau . Takpe, try berubah secara slow slow okay ?

jgnlah drastik sgt . Slow slow takpe , asalkan istiqamah . Aku start pakai stokin time form 1, itu sebab aku duduk ASRAMA . wajib pakai stokin . Time tu kalau kat luar aku pakai kadang kadang je . sesuka hati aku je lah bila nak pakai . Aku fikir, nak pakai stokin ni , orang tudung labuh je boleh pakai . Rase nak tampar diri sendiri je bila fikir balik .

Dan sampai suatu malam yang indah ni, time aku form 2 .aku pergi pasaraya kat Mentakab . dan aku nampak seorang perempuan ni, umur lingkungan mcm budak U lah . Aku tengok dia pakai tudung bawal je, tapi dia pakai STOKIN . Kawan dia pun sama .

Aku pun fikir, kaki tu aurat kan , ape kene mengena aurat kaki dengan tudung labuh ?Sejak tu , aku mula pakai stokin . Tapi masih pakai tudung bawal, tak pakai urmguard . Alhamdulillah . Semoga Allah bagi keberkatan dekat akak yang aku pun tak kenal sape tuh .

Tudung Labuh

Actually tak salah pun pakai tudung bawal . Asalkan tutup dada dan tak jarang . Aku start pakai tudung labuh tahun lepas. Aku terima kasih jugak kat adik beradik pelajar Khairiah ni yang membuka mata aku untuk bertudung labuh . Dorang pun taktahu aku berubah ni sebab daripada dakwah dorang lah . Semoga Allah beri keberkatan kepada awak sekeluarga . Insyallah . Dakwah dorang umum je , melalui facebook, blog . Dorang tak nasihat aku depan depan pun. Hikhik .Dan aku jugak bertudung labuh lepas tengok kawan kawan aku . Dan juga support dari mama aku .

aku pernah tanya kat mama aku .


aku: mama , kalau adik pakai tudung labuh ok tak?
mama: hah , mama lagi suka kalo mcm tu .

on that day , aku pakai tudung labuh .
BUT still aku pakai tudung bawal kalau pergi kedai area rumah aku, atau jalan jalan tempat yang tak sesuai org tudung labuh pergi situ . Contoh : Wayang . Aku taknak lah orang salahkan Islam sbb aku . Sebab aku, orang kutuk kutuk Islam . Yang penting aurat kene jaga . Phm? series tak salah pakai tudung bawal . Cuma aku lebih selesa bertudung labuh . Doakan aku supaya terus beristiqamah ye :)

Dulu aku fikir, aku kena berubah dulu jadi orang baik ,baru boleh pakai tudung labuh . Tak sebenarnya, tudung labuh tu yang ubahkan aku, yang lindungi aku. Bila pakai tudung labuh, kita akan fikir 2 3 kali utk buat sesuatu perkara dekat luar. Mesti dpt elakkan maksiat . Try to change first . Hakikatnya memang tiada title "dah jadi baik ". Nak jadi lebih baik boleh . Hihi

Armguard aka Handsock



aku mula pada hujung tahun lepas. Alhamdulillah :) . Lengan tu aurat jugak . Try practise. Mungkin mula mula susah , tapi jangan risau . Allah akan tolong hambanya yang nak berubah . Teruskan berusaha dan istiqamah .

Doa



PENTING ! selalu doa . Ingat, tiada perantaraan antara kita dan Allah . Doa je . Allah maha Mendengar .

Itu sahaja kali ni .Yang buruk dari saya . Yang baik semuanya datang dari Allah . Peacee ~





Pengalaman .

Hai , Assalamualaikum uolls . Rindu gila nak update ni . tapi x der point sgt lah . sedih3 .

anyway nk update jugak . esok . yup ESOK !!! . Insyallah aku akan jadi photographer untuk messisupper Masisupa . ha tau dok maksudnya ?

MASISUPA= Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Negeri Pahang .

First time aku pergi kot . Selama ni dah lama nak pergi . Alhamdulillah , tahun terkahir ni dapat gak pergi . Anyway aku ade keterceraluan pikiran lah . samada nak tengok syarahan BM atau syarahan Bahasa Arab . Ehemm . HAHAHA

Wish me luck . Anyway aku tak terer sgt guna DSLR ni . Baru belajar sikit . Entahlah mcmne esok . Nnti kalau ade cerita bes , aku cerita kat sini okayy ?

Tadaaaa ~

Tuesday, January 1, 2013

Baked mixed chicken and sausage with tangy sensation

Assalaamualaikum .

Hai , rajin bebeno aku update kan ? yela . bila lagi nak update . nanti nak SPM dah kan . Haaa kate ko . Lols .

Tadi , mama aku masak hati goreng . pergh . x makan lah aku mcm tu . makan makan jugak . tapi ikut mood . bebekalkan ayam 5 ketul mama suruh aku masak . nak masak ape kan . aku pakai campak campak je . sedap juger . BHAHAHAHA .

perhatian . makcik makcik . sila amik saya jadi menantu . menyesal makcik tak dpt orang mcm saya .

LOL . yeks sgt kan .

jom tengok gambar .

nampak sedap ke geli ? Lols

Nampak cam hangus hangus gitu kan? inilah penyedapnye . jadi rangup gitu . 
abetoi tak makcik bakal mak mertua ? hiks .

aku isi daun limau purut dgn perahan limau kasturi sikit .
aku nasihatkan kan, dah siap masak sila buang daun limau purut itu , dan sila tapis perahan limau tu .
aku lupe nak buang . sbb lapar . aku makan sekali tergigit daun dan biji limaukasturi .
pergh , rasa peria !
*bajet pernah makan peria jer . kihkih

anyway aku campak je sosej dalam tu , sosej ayam ramli dgn sosej ayam keju jenama apa tah . potong kecikkecik . uhuii .

nak resepi mintak . wakakaka .
*ade ke ?

HAHA

anyway less cholestrol . aku masak gune pemanggang ikan ajaib . wohoooi . *ini bukan iklan sponsor .

SMS New Year .

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tengah bosan nih . so aku nak cerita ah . Mlm tadi mama aku dapat misscall dari nombor yang tak dikenali . dan pagi tadi empunya nombor mesej mama aku . Mesej apa ? OK . biar gambar menceritakan segalanya .



LOL sgt . Kalau tersalah mesej kat aku ke , abg aku ke, boleh dimaafkan lagi . ini kat mak aku . rasa pffft je . aku rasa mesti budak ni jenis nak cari makwe malam tahun baru smbil tekan tekan random nombor . tahape hape .

n then abg aku balas .






pastu budak tu blas .


abg aku balas balik .


budak tu balas balik .



tak rasa mcm sengal level99 ?
dalam enpon berani lah nak nak mcm tu . ekeke 

gambar ni 2 jam aku upload . smpai dah hilang bosan . haha