Sunday, July 28, 2013

Sengih . Tiada masalah ?


A :Kau ni sengih je selalu , untunglah kan takde problemss .

B : Siapa kate ? setiap manusia tu mesti ada masalah sendiri . TAPI apa yang kite kene selalu ingat Allah kan ada . DIA  sentiasa ada utk kita , sentiasa mendengar kita .Tahu apa yang terbaik untuk kita . DIA kan Pencipta kita .  Kau pernah tak dengar ayt Surah Baqarah ayat 216 yang maksud dia lebih kurang berbunyi begini ,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

jadi , buat apa aku nak risau , sebab semua tu dah terbaik utk aku . 
Takpun , mungkin itu salah aku jugak yang lagha, atau itu satu hint Allah nak suruh muhasabah diri aku balik ke
Ataupun mungkin Allah rindu pada hambanya yang satu nih , Allah nak dengar doa hambanya ni :')
Ataupun Allah nak uji aku je . Ni lagi satu ayat ,

 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." Surah Al Ankabut :2-3

Jadi , bila kita rasa ada masalah, kita cek balik diri kita . Muhasabah balik . Itu yang penting . 
Gunakan sebahagian malam kita untuk mengadu kepada Allah . Percayalah , feel dia lain macam sikit .  Time tu nak nangis , nangis je lah ohoi . 
 
  Jadi buat apa aku nak stres , bermuram durja sdgkan aku tahu semua tu ujian kepada aku utk jadi lebih baik :) Semua ada hikmahnya . Tersenyumlah dan sentiasa husnuzhon kepada Allah :)

"Karena sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.'' Al-Insyirah:5-6

Kalau tak dapat kebahagiaan di dunia , syurga kan ada :)

A : T. T . . *hugs * 
Thanks :')

1 comment:

putere fatihi said...

(Y) kalau bahagia dunia tak dpt Syurga kan ada ^^