Thursday, March 12, 2015

Cuai

Bismillah .

Kali ni nak cerita pasal kecuaian aku seniri .

Semuanya bermula dengan perkara yang hepi hepi . Pagi tu aku dan kawan aku, nisah naik bas pergi ke kuantan . Hajatnya nak join program Jom Masuk U tu .Dan disebabkan kawan beta sorang ni yang duduk kat Kuantan rindukan kami kami ni , so weolls decide nak bermalam 1 hari di rumahnya . Sampai je kat terminal IM kuantan , weolls naiklah Rapid ke Bandar Kuantan . Oke , sampai sana je, membe kami yang rindu kami tu jemput naik Myvi dia . Untung kan org dah berlesen . Muahaha .

Lepas merayau kat Jom Masuk U yang orang kata best sgt tu . Bagi aku biasa je . Tanya tanya soalan , alik alik dia suh tengok internet juge . Lol sgt . ok sambung , abis je jom masuk u , kitorang ingat nak gi pantai teluk cempedak sementara nak menunggu abang si hanna balik keje ,lagipun situ ade kempen tutup aurat ke ape , merasa pakai purdah gittew . Dia kata dpt free gift handsock, quran and stokin . Apsal guwa tak dpt pun ? haha . sedih ke idok ?Lepastu kene kacau dgn monyet situ. Mmg memorable.

lepastu balikla. Oke , nak dijadikan cite keluarga Hanna ni baik benor . Aku dan nisah ni biasa hidup cam biase biase je , tapi beliau ni org berada sikit . Agak malu la duk umah dia lama-lama . Dah mcam VIP orang kabo . Keluarga dia asik belanja je . Malam tu makan KFC , esok tu belanja pegi Cafe . Secara jujurnya , aku tak pernah pergi Cafe , saya orang biase biase je , makan pun mamak kadang-kadang . Biasa makan kt rumah je la . Tak penah makan restaurant . Makan restaurant sedap sedap pun penah bawah sekolah . Biasa makan kat gerai dan warung je . Kami ni ha taktau nak bawak beliau ke mana kalau datang Temerloh . Kalau dtg kwasan kami , kene hidup cara kami lah kan . Hahaha . Padan muka ~

Semua gamba aku upload kat Instagram .Mujur aku upload instagram awal-awal weh , tak menyesal sgt gamba kenangan hilang . huh ? hilang .

K . nak ceritalah ni . Betul , bila gembira tu Allah nak kasi macam tu je , bila Allah nak tarik macam tu jugak .

Bas kul 8 malam . so weolls decide nak solat kat terminal IM . Dah berwudhu' so sampai letak beg terus solat . Dalam tu crowded gila .

Lepas solat tu , aku pandang beg aku dah takde . So macam ni la perkara ini berlaku . Aku cuai .Mmg pun . sbb aku tak letak beg kat depan mata aku tu ha . Biasa aku buat camtu . Haih . Aku tak kisah lah dompet seme mende tu , yang aku kisah Ipad aku . Ipad tu not mine k . Beberapa hari tau guwa menangis . Semua salahkan guwa . Mmg salah guwa pun . Tapi bukan aku nak pun benda tu terjadi .

So kitorang tambah lagi satu malam tidur rumah Hanna . Hahaha . Kali ni bertambah tambah malu . Esok buat report n balik . First time uolls naik kereta polis ke tempat kejadian . Nak tengok CCTV kat IM tu , punyalah org tu tak kasi kerjasama . Apakah ? Dalam bas orang tidur guwa teresak esak menangis .Sape tahu ? Takde sape tahu .Guwa memang cekap menyorok daripada menangis . Menangis bukan lemah , tapi cuba cari kekuatan . Hee .

Sekarang aku cuba untuk redha . Tapi rasa besalah tetap membuak buak sebab Ipad tu bukan guwa punya . So sekarang guwa dah takde instagram wechat etc tu . Whatsapp je ade . Tapi agak selenge la whatsapp tu, ibarat hantar mesej hari ni , esok baru sampai . Sedih kan ? Mujur henfon guwa letak dlm poket . Alhamdulillah tak hilang .

Nampak je baru update , tapi sebenarnya aku masih menulis . Tapi simpan draft je . Cerita novel .Haha novel sgt . Klah . Till then . Babai .


5 comments:

Anonymous said...

Abis tu jumpa x ipad tu

MeowMeow said...

Nak komen tanak nak komen tanak nak koemn tanak. Ohh begini kesahnyee baru ku tahuu.

atiqah said...

cik anon : tak jumpa pun .
Cik dalilah mengada : macam tu lah al kisahnye :D

Fahmi Danial said...

Bkn ios ade app find my phone ke ?

atiqah said...

sbb x aktif, x leh detect