Thursday, January 19, 2017

#Review : Dyas Scrub Organik

Assalamualaikum pembaca yang sedang membaca sekalian, ya awak lah yang tengah membaca ni eheh.

Lately ni kecoh sangat dengan produk merkuri, produk memutihkan kulit la, putih dalam dua hari lah dan macam-macam lagi lah, akibatnya muka merana naik jerawat sana sini. Lepastu ramai gilos orang Melayu yang bash produk anak-anak jati tempatan ini. Kata dorang tak berkualiti, bahaya dan sebagainya. Bagi aku cantiknya orang tu selain daripada sikap dia, adalah kulit yang bersih bukan putih, bahayaa woo pigmen melanin berkurang, mudah kanser kulit huhu.

haa,Pernah pakai bedak sejuk dak ? Aku pun tak pasti sangat the science behind bedak sejuk, tapi bedak sejuk ni boleh tahan mujarab dia, asal kau istiqamah pakai dia.Aku pun tak ingat bila, since aku masuk Universiti aku dah jauh-jauh nak pakai produk berkimia macam yang ada paraben,hcoloqunoasshhs pastu nama pelik pelik tu. Awal aku masuk universiti tahun 2015, aku jumpa satu skincare organik dan harga dia bagi aku berpatutan untuk student, tahan lama (jimat !) , dan berkualiti sebab bahan-bahan dia semulajadi(beras,kayu manis, herba terpilih), kiranya macam bedak sejuk orang zaman dulu tapi versi moden lols

Yang bestnya scrub ni dia boleh act sebagai

1) Makeup removal
2) Cleanser
3) Mask

Tapi aku suggest kau boleh guna scrub ni either untuk scrub ataupun jadi mask je la. Ada lagi yang best, scrub ni boleh pakai bukan sahaja kat muka,tapi kat badan, kat kuku, kat bibir pun boleh (untuk bibir kering )!, pastu konfem kau rasa smooth je bila nak pakai lipstick atau pun lip balm dsb


Yang saiz ini rm25,(180g). Ig official dyas kata boleh tahan sampai 4 bulan, aku pakai kat muka jaa, tahan sampai 9 bulan lols. Kawan aku pakai muka badan tahan 6 bulan sebab dia tak pakai tiap hari

Selama hampir 2 tahun aku pakai scrub ni, jujur aku katakan benda yang paling berkesan sekali adalah hilangkan whitehead sekitar dagu ngan hidung, kawan aku pun setuju benda yang sama . Lepastu lepas pakai kulit lembut, aku tak rasa ni placebo effect, sebab memang jelas lepas pakai kulit lembut, ala ala lepas kau pakai bedak sejuk, lepas cuci lembut dak ?

Lepastu, bibir. Kalau bibir aku kering, laju laju sapu scrub ni , gosok-gosok lembut, pastu okay dah . Boleh dah nak pakai lip balm dengan smooth . Lepastu minumlah air masak banyak-banyak. Yang ni guaranteed !

Untuk hilangkan daki-daki tu pun membantuuuu .

Kalau rasa nak berspa hujung minggu tu, korang boleh jaa buat mask , letak yoghurt campur dalam dyas ni , letak timun hancur, atau tomato ke , terserah lah . Takda hal sebab semulajadi campur semulajadi takda masalah 




yang ni travel friendly . Kalau nak try, boleh beli yang ni duluu .
Aku jarang bagi review tauu, tapi sebab produk ni jimatt, baguss dan aku pun dah pakai almost two years, aku suggest laa kat hampa semua

Kalau hampa nak, aku jadi dropship. Boleh add fb aku, pm tauu
Ig meniaga aku : smileycious_

Banyak cerita pasal dyas ni . Follow lah hehe

Ig aku: nurulatiqah96


Terima kasih baca review jujur aku . Assalamualaikum

No comments: