Thursday, February 9, 2017

Kupu-kupu cinta

Bismillah

Aku ada kawan yang mana esakannya sentiasa aku dengar disaat dia beribadah di hadapan Tuhannya.
Aku ada kawan yang mana dalam setiap keceriaannya, terlihat luka dalam dari redup matanya yang sulit bagi aku mengetahuinya.
Aku ada kawan yang bijak orangnya, namun kesunyian melanda dirinya.
Aku ada kawan yang mudah urusan kewangannya, namun selalu diuji dengan perkara yang aku pun tidak mampu menanggungnya.
Aku ada kawan yang mana kelihatan bahagia namun sedang bergolak dengan dirinya sendiri.
Aku ada kawan yang selalu ketawa , rupanya beribu masalah dan tanggungjawab berada di atas pundaknya.

Datangnya insan-insan ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih baik, bersyukur dan redha. Aku pernah berdoa pada Tuhan agar dikurniakan sahabat-sahabat yang baik dan solehah yang boleh membimbing aku yang hina ini dan BENAR, Tuhan benar-benar mengabulkan doaku. Sehinggakan kadang aku merasakan tidak layaknya aku mendapat hadiah ini.  Mereka merupakan suatu nikmat kecil yang Tuhan berikan kepadaku, tetap pada aku nilainya amat besar. Memperolehi nikmat persahabatan ini kadang benar-benar membuatku aku insaf dengan diriku sendiri.

Aku tahu, hadirnya mereka sebagai cerminan diri aku sendiri bagi melengkapkan diri aku yang terlalu tidak sempurna, Aku mohon agar Tuhan sentiasa merahmati mereka dan menutup segala aib mereka daripada dilihat olehku. Biarlah aku hanya melihat kebaikan pada mereka.

Inshallah. Selamat malam .

No comments: