Saturday, February 4, 2017

Tulis.

Bismillah

Hari ni hari Sabtu, Uia sunyi. Aku pun bosan. Nak keluar, takde geng pulak nak keluar lols. hm.
Tapi alhamdulillah, aku berjaya habiskan satu buku.

"Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam"
Tulisan Asmadi Mohamed Naim

Menarik bagi aku pada permulaan tulisan yang membicarakan tentang tanggungjawab sarjana islam dan orang islam sendiri yang kurang menggali mutiara-mutiara ulama-ulama silam untuk aplikasi pada zaman moden ini. Kebanyakan sistem dicedok dari Barat dan kemudian dicelup dan rencah islamisasi . Dan perlu bagi kita umat islam sendiri perlu kreatif mencipta sesuatu yang baru dari fikiran dan idea asal orang islam sendiri bukan hanya mencedok idea luar.

Dan disebabkan sem ni aku ambil subjek maqasid syariah, jadi bolehlah aku warm up dulu sebelum start belajar dengan pembacaan buku ni. Dan pertengahaan hingga akhir buku ini banyak menceritakan cara, pendapat ulama, nas dan hadis mengenai pengurusan islam, sistem islam itu sendiri.Lepas habis baca, rasa tepu kepala otak haha. Biasalah aku ni bukan sejenis manusia baca buku ilmiah fakta begini. Tapi aku cuba untuk menjadi orang yang lebih banyak membaca inshallah.

ok . Sebenarnya aku nak tulis pasal apa yang aku belajar hari khamis haritu. Kalau boleh, aku nak tulis seringkas mungkin. Aku cuba la

First class hari khamis Fiqh Usrah, kelas 8.30 pagi tapi 8.10 pagi dah memacak dalam kelas tersengih sorang-sorang. Jangan salah faham, bukan sebab kelas Fiqh Usrah, tapi sebab esaited nak belajar dengan Ustaz Miszairi. Bukan Ustaz Miszairi je, semua lecturer yang aku amik sem ni pun aku rasa macam tak sabar nak belajar. betul ni betul

Seperti hari kelas lain, hari first adalah hari menceritakan course outline dan intro subj.
Ustaz tanya mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Kemudian Ustaz datangkan dalil nas dan hadis. Aku dapati method syarah ustaz begitu. Dimulakan dengan soalan yang men-trigger minda, kemudian jawapan berseta dalil.

Apa yang menarik dan kelakar bagi aku dalam kelas tu adalah sebabnya ustaz menggunakan bahasa arab tetapi dalam lenggok melayu. Bukan ustaz tak pandai bahasa arab ataupun seangkatan dengannya, tapi ustaz sedang cuba menggunakan uslub yang mudah dan senang untuk pelajar-pelajar melayu kebanyakannya.

Masa kelas ni juga aku tahu yang hadis Syurga di bawah telapak kaki ibu adalah hadis palsu. Namun masih ada hadis sahih menceritakan mengenai keutamaan ibu.

Dan hadis sahih yang sebenarnya adalah hadis

Sabda Nabi SAW; “Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Hadis riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang baik. Lihat; al-Muntaqa, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hadis no. 1475).

Ustaz juga ada tanya, adakah suatu hubungan perkahwinan itu terputus semasa mati, atau hubungan itu berlanjutan sehingga akhirat ?

Ada juga ustaz menerangkan mengenai zihar pada zaman jahiliyah .Dan menimbulkan persoalan

"Adakah mempunyai rasa nafsu itu salah?"

Ya sememangnya mempunyai nafsu tidak salah, menyukai manusia itu tidak salah keranya ianya fitrah tetapi kita lah yang perlu menguruskan nafsu itu supaya sentiasa seiring dengan jalan yang disyariatkan Allah. Datangnya syariat Allah adalah bagi menyusun kehidupan kita kepada lebih baik dan menjauhi dari kerosakan dan keburukan.

Juga mengenai kepentingan keluarga, prinsip asas perkahwinan dan beberapa lagi tajuk yang ustaz bincangkan secara rawak.

Kelas seterusnya kelas Fiqh Sirah, tidak banyak yang dibicarakan. Cuma kisah perang dan bani nadhir kemudian soalan-soalan basic yang ditanyakan ustaz, tapi aku masih tak dapat jawab haha. Tapi ustaz ada bagi 5 hadis untuk dihafal beserta kefahaman. Inshallah aku cuba hafal pagi esok eheh.

Kelas Maqasid takde haritu, Ustaz Bouhedda tak sihat. 

ok itu sahaja utk hari ini. Wallahualam 


No comments: