Friday, January 22, 2021

My 'FIRST OFFICIAL JOB' journey

Bismillahirahmanirahim and peace upon you for those who read my simple life thought journal.

I am recently finish my studies in January 2020. Dan aku ada target, by 6 month after i finish my studies, i will be employed in any working industry or company. Aku tak tahu nak kata unfortunately ke atau tak, but suddenly the huge pandemic happens and everything was paused for a moment. I am stuck in Kuala Lumpur.

I can't continue my car licensed class, and the job hunting was a little bit difficult and challenging.  I stuck in KL from the first PKP until 3rd PKP which is in  Ramadhan months. Got simple Hari Raya Celebration with family and 2 months later i received my P licensed and was called to 3 interview from different company. Satu daripadanya aku tak dapat datang sebab tak sihat, satunya online interview dan satu lagi di sebuah company at my hometown. Alhamdulillah, Allah tu sangat baik.  He secured me a place for job which is good for me, my family and people. I am settled down with my family at my hometown, my beloved birthplace. I can say tempat yang tidak sesak, sederhana, aman & nyaman.   Alhamdulillah


So here i am.  Build my first career journey as a teacher to the little angelic pure creatures kids. 






Being a teacher to this kids really helps me in my 'recovery' and 'healing 'journey'. Waktu yang sibuk untuk merancang, telatah dan karenah anak-anak ini sentiasa menyejukkan jiwa, membuat aku ketawa sendiri dan memberi bahagia. 
Bagi sesetengah orang, menjadi guru tadika mungkin adalah pekerjaan yang tidak patut dibanggakan bagi seorang fresh graduates. Ada juga yang berkata, ia kerja di bawah kelayakan. Semasa interview kerja ini pun, boss aku bertanya

"Atiqah seorang pelajar graduan Universiti, tak apa ke jadi guru tadika?"

Bagi aku sendiri, inilah tempat asas untuk aku membina perjalan karier aku, keyakinan diri, menambah ilmu dari asas. 

A lot of activities i am doing with these kids, to conclude my job in a day, im planning, prepared, direct & control the effective & fun learning journey in the morning and sending them to their parents in the afternoon, for the day care children, we'll give them bath, food, having conversation and joking with them, playing together,dancing together, sleep together and make sure they have trust and comfort so that they happy in school.Yeah, im really have fun with them. 

 My responsibilities in this dunya is still a long way to go. May Allah bless me and all the teachers and makes this journey fun & meaningful.

That's all. Thank you!



Monday, December 18, 2017

Kelas Falsafah Untuk Pemula (KFUP)

Bismillahirahmanirahim.

Ah dah lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Janggal betul rasanya. Tapi tak apalah, sebab aku dah janji dengan diri sendiri untuk menulis selepas kebanyakan urusan, kerja, tanggungjawab dah selesai. Dan sekarang aku berada di Library Baitul Hikmah UIAM sedang menaip tanpa diiringi muzik dan orang sekeliling masih sibuk membelek helaian buku mereka, ada yang membelek telefon, ada yang sedang berbual tak peduli orang sekeliling , ada yang sedang memegang pen sesekali menggaru dahinya yang entah gatal atau tidak.

Rasa macam hampir setahun jugak tak menaip. Alhamdulillah, setahun yang sibuk dan sangat bermakna buat diri. Aku selalu berhasrat untuk berkenal-kenal dengan mereka yang hebat ilmunya, mereka yang sentiasa berpeluang dikelilingi dengan ilmu. Pernah sesekali aku detikkan dalam hati,

"Mungkinkah aku akan berkenal dengan mereka?, mungkin kah juga mereka akan berkenal dengan aku?"

Ya Tuhan Maha Besar. Hanya detikan hati, Tuhan telah menyahutnya. Terima kasih, Tuhan. Aku tak tahu apa tanggapan mereka pada aku, tapi sekurangnya mereka sudah mengenal namaku dan aku sudah cukup gembira berkenal dengan mereka, berkomunikasi dengan mereka dan melihat mereka dari sisi dekat.

Tahun yang sibuk tapi terlalu banyak kenangan dan pengalaman serta ilmu yang aku perolehi. Semoga Tuhan izinkan aku lagi untuk bersama-sama mereka atau wajah-wajah baru yang mungkin aku boleh sumbangkan sesuatu bersama mereka kepada masyarakat.

------------------------------------------------

ok cukup untuk permulaan atau muqadimah selama setahun aku tidak menaip. Hari ini aku nak ceritakan sedikit mengenai Kelas Falsafah yang aku sertai. Kelas ini merupakan kelas yang diasaskan oleh SKIL ( School of Islamic Thought) dan alhamdulillah , dalam kalangan mereka yang tidak tahu kewujudan kelas ini, aku dipilih untuk membaca mesej sebaran di kumpulan Whatsapp dan tanpa berfikir panjang aku terus mendaftarkan diri.

Aku pernah beberapa kali hadir ke program yang dianjurkan oleh SKIL dan jarang aku faham apa intipati yang mereka katakan hahaha. Aku tidak ada asas falsafah, ilmu politik kurang dan semua segala mak nenek pun aku lemah. Entah lah nak.

Tapi rasa ingin tahu, rasa nak belajar bila melihat terlalu ramai orang sebaya tapi berfikiran matang dan mantap sekali ilmu dan akhlaknya,maka aku gigih untuk hadirkan diri dan mendengar kata-kata mereka walau sepatah haram aku tak faham. Itulah, setahun yang banyak memberi erti. Aku mengenal ramai orang yang berlatar belakangkan pelbagai. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak kekok langsung dalam berkongsi ilmu.

Jujur, malu rendah diri sangat menebal dalam diri. Rasa bodoh pun banyak kali jugak, tapi peduli apa. Aku nak pandai, aku nak bahagia. Jadi aku layan kan aje semuanya.  Aduh, macam lari topik pulak haha.
________________________________________

Ok, bila aku nak taipp pasal KFUP ni lols. Ok macam ni la, kelas ni best. Sebab student jugak yang ajar. So bahasa mudah dan santai walaupun isi macam berat. Sebenarnya haritu fasihah mintak share apa yang aku dapat daripada kelas falsafah ni, tapi aku tak ingat dan nota tu teruk sangat dan bercampur baur. Jadinya, aku janji ngan dia untuk taip. Tapi sekarang, aku dah lupa point penting dah daripada nota aku tu. Jadi macam mana ? wakaka.

Malam jap lagi ada test and exam subjek falsafah ni laa. Nak tak nak kene baca, sebab ni je peluang nak baca ilmu yang di luar subjek kelas. Tunggu dulu la hahaha lol. Nanti aku faham , aku ceritakan disini. Sekian sahaja daripada aku, tiqah koi  haha .