Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya Part 3


2 keluarga tiadaaa . sob565


gambo waktu dahulu kala . semua kecik2 . sekarang dah beso belaka . boleh nikoh dah kate di org2 tua .

after that , kami pergi semayang raya . lepastu beraya lah kann . mula mula rumah  makndok pu dekat depan masjid .

haruslaah ade gambar aku kann .


lepastu pergi kubur dan tahlil . lepastu gi rumah makteh~

setiap rumah ade gambarnyaaa . ececee, macam ayt yuna sikit .

lepastu gi rmah pakngoh keman pulak .




lepastu pergi rumah Cu Besoh

kat situ makan laksa lemak . walopon dah kenyang gilaaa .

my bro's dekat depan umah cu besoh


dan akhir sekali sebelum balik rumah pergi raya rumah Piktang Abu pulak .

candid . HAHA
semua pandang hala ke rumahh . tak saba nak balik dahh .

kemudian balik untuk semayang zohor , layan org beraya kat rumah. mak mertua abg kite datangg .
pastu semuaa tidur . berlonggok kat depan tv org tidur . haha . tak boleh nak luruskan badan . tidur berbengkok semuaa sbb ramai sgt .

sebelum tidur kita merepek dahulu .

masuk asar tu ,kami dikejutkann utk semayang asar . lepastu pergi raya dekat rumah pakngoh razak . penutup beraya pada first rayaaaa .



to be continued...

Selamat Hari Raya part 2

sambung sambung . teheeee

selepas berbuka tu , masing masing persiapkan diri sndiri dan solat jemaah mahgrib ramai ramai  . kemudian keluarga belah abanglong pulak sampai . lepastu sementara nak pergi masjid tu , we olls snap gambar dulu . mmg suka bergambar gambar ni .

 sebahagian :) . ekceli nak tangkap sesame perempuan je , tetibe 2 ekor tu sibuk . haha

pastu gi solat dan tahlil . lepastu apa lagi main




MERCUUUNNN LAHHH .

tak tangkap gambar pon sebab selok bermain . ade rakam video tapi mesti lah slow nak di uplodkan kann ? tak gitu ?

best kot , lawan ngan org sebelah , lawan dengan kampung sebelah, sampai kene maroh maroh dengan orang , katenye budok nak tidur . ape kesahkann raya setahun sekali . hoho

entah macamana malam tu semua keluaar . belah akak aku , rumah dekat je so dorang balik umah dorangg sbb tak bawak baju utk raya esok , abngah aku pulak kuar dgn keluarga dia cari kuih raya . ablong aku pulak dengan keluarga balik rumah keluarga belah kak long . dekat jugak rumahnya . budak muda lain keluar tah mana . aboh dan mak dah tido .

haaaa , nak dijadikan cerita waktu tengah ramai2 tu kitorang tengok movie The Death Bell . Tengah kemuncak cerita tu dorang keluar . Dari satu keluarga ke keluarga keluar.


jadi aku tengok cerita tu sensoraangg. dah lah lampu tak pasangg. mmg biasanya kami kalo tgok movie seram tak pasang lampuu . suka duduk dalam gelap2 .aku amik bantal dan peluk sambil tengok cerita tu sensorangg .kadang kadang mcam ade bunyi sesuatu je kat bilik belakang . tetibaaaa

"oih "

aku paling dan lihat  seketul  lembaga bertshirt mmbawa helmet . lmbaga itu berkata  "mane org lain ?"

choittt , anak sedara aku rupanya . jadi aku tengoklah bersama cerita itu bersama .tetiba keluar anak sedara lelaki aku lagi  sorg , rupanya dia ada di rumah tapi duduk kat dalam bilik belakang . aishh . tau dah kan ape yang bunyi kat bilik belkang tadi ?agak2 dah nak pengakhiran cerita tu , dorangg keluar . aku tengok sensorangg lagi . aku taktahu lah dan pengakhiran cerita tu ke tak , tapi aku tak sanggup dah dan aku alih ke "is barang baik hey, is barang baik " . karoot komedia kat astrowarna . huh , tamat ceritaa .

habis is barang baik , keluarga belah abangah aku yang gi beli kuih raya balik . kitorang bentang "toto" tengok jap tv dan tanpa sedari aku tertido .

~AllahuakbarAllahuakbar , Lailahaillallahallahuakbar .~

"oiiii , anok anok seme , bangun , bangun  ha banguuuunnn, semayang subuhhhh . kang mulelah berebut tandas bla bla bla bla "

panjang sungguh kejutan awal pagi kami . haha


to be continued

Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya uolls :')

Bismillahirahmanirahim . Assalamualaikum readerss :D

aku rasa tak terlambat lagi kann nak ucapkan

"SELAMAT HARIIIII RAAAAAYAAAAA !"


mintap maap bebanyak kalau ada penulisan aku ni yang melampau lampau sampai ade yang terguris . maap yee . dan buat kawan kawan koi di luor sane . koi mintap maap lah jika koi ade buat salah kat aokme . menggedik depan aokme semua yak . maap bebanyok lah yer . sempene bulan mulie ini koi memohoin ampun lah yerk sesama kite . aih , bape kali ulangg da .

baiklah hari ni hamba nak bercerita pasal raya hamba yang hamba rasa meriah ini .

*bukaakk tiraaai *

starting cerita ni bila aku sampai je kampung dalam pukul 11 mcm tu, bawang serta pisau serta besen menanti aku . yaa , i know . mesti kena buat kerja lah kann .  sampai sampai ni , tak sempat tanggal jam lagi , teroih lah aku kupas kulit bawang . okeh , tipu jee . sampai tu takdak lah terus kupas bawang , ade lah aku tengok tv jap . saje nak bg cliche sikit . sikit jee . sebelum sampai kampung tu , aku dan abah serta mama cari dulu daging kerebauu nak dibawa ke kampung . puas lah pulak dari semantan ke sanggang mencari daging korobau .

sesaje nak tangkap gambar bawang ni . nampak macam comel pulak . kahkah

dah tu aku tolong lah sikit mama aku buat rendang . aku tak reti nak buat rendang . yang aku hairan sekali , dimanakah anak sedara perempuan aku yang terdiri daripada anak anak dara yang menjadi rebutan ini ?dah naik lenguh aku kacau rendang ni , kang tak kacau kang hangus pulak .



dah nak masuk zohor tu baru lah tiba anak sedara perempuan dari rumahnya . apa lagi soh dorang je lah kacau . tak lame tu anak sdare abangah aku pulak balik . waah , makin riuh rendah jadinya . buat ketupat, masak untuk berbuka dan lain lain .

aku ? lepas solat aku tengok tv, alik alik tengok semua anak sedara aku tengok tv jugak .naseb ketupat dah siap . tinggal ibu ibu je kat dapur nak masak juadah berbuka .

dalam pukul 5 tu aku tersedar , rupanya aku tertidur semasa menonton televisyen . mata aku melilau ke sekeliling rupanya ramai yang sedang dibuai mimpi . aku bangun, solat, mandi dan lepastu aku,abah,mama,ngan ank sdare aku gi bazaar .

aku bedoa , harap harap tak jumpe budak khairiah . ntah apa apa pakaian aku waktu gi bazaar tu ,

anak sedara aku tertidur otw gi bazaar .

balik dari bazaar , main main jap pastu bentang tikar letak makanan dan berbukaaa . yeahhh~

jangan pelik ikan tu mcm dah diratah . itu ikan pekasam semalam kot . kot lah
anak sedara aku tangkap gambar ni :D





to be continued ....

Thursday, August 16, 2012

Cookingg Show Potato Salad . Kehkeh

Assalamualaikum and haii tu my shayang bushuuk-2 my baby booo muah muahhh . muehehehe .

macam ni cerita diaa ,oral bi akuu, aku pilih nak buat cooking show . kehkeh . ekceli celi li li li aku tak buat lagi aku punya oral BI sbb aku dapat no giliran last sekali laaa .. haha . Happy kot . Kot laa . Tak sangat2 pon . sbbnya aku risau lah gak kalau teacher aku expect aku more than orang sebelumnyaa . Dah lahh budak2 terer BI dah buat dah . risauu . jadi cooking show aku tu , aku masak apee ?


prabambamketamketuktinggg ~*ketuk2 kuali .

aku masakkkk



**Potato Salad**

choiii , beria betul . jadiiii ,ia hanyalahh oral kann? so tak perlu masak di khlayak ramai ponn . mehmehemeh
Jadi , sebenarnya aku tak terai pon lagi rasa potato salad ni cenggone . Jadi setelah berhari hari aku membebel kat mama saya yang tercinta , muah muuah *kenyit mata .
bebel apa ? beli barang nak buat potato salad lah , akhirnyaaa aku berjaya jugakk . tengterenteng
baru beli tadi , jadi aku tak rasa pon lagi rasanya macamana . BHAHAA

so i know ramai nak resepi kann ?pffftt
heee .

jadi todayy resepi aku nak kongsi kat uolls,walopon uolls taknak . jengbengengbengjengbeng

Potato Salad

~Bahan-bahan~

4 biji kentang saiz sederhana, buang kulit dan potong kiub
2-3 sudu besar mayoniss
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar air
lada sulah,kiub pati ayam , garam ,perasa .*aku tak isi dah garam dan perasa .
sedikit daun bawang
2 ketul sosej goreng dengan butter . butter sikit jee . jgan sampai sosej tu tenggelam tau .


~Cara-cara~

rebus kentang dalam air garam sampai empuk . angkat , tos dan biarkan sejuk .
sosej tadi tu potong kiub jugak dan masukkan dalam mangkuk ,masukkan mayonis,lada sulah,pati ayam,air,jus lemon dan kaco kaco . lepas tu masukkan kentang . gaul gaul isi daun bawang  hiris. TADAAAA. siapp dah . senangkann ?

lepastu letak dalam fridge , dan makan waktu berbukaa . tak sabaarr wehh . hihikss .





Bahan yang tak cukupp , sbb tgh masak . kehkeh
lepas dah masak tu pulak dengan rakusnyaa aku gaul kesemuanyaa, lupa nak tangkap gambar . mhihihihi

ermmm , dapnyaaaa . haha , tipu tipu . aku tak rasa lagi .


ni rusa panggang aku masak 2 hari smlm . panggang ke ? kahkah .
rasa mcm mkn selipar jepun. kahkah . tapi sedaaapp . jadi taknak kasi resepi walopon anda tak mintak .

Friday, August 10, 2012

Ramadhan dah nak habis :'(

Assalamualaikum semuaa :) teheee ~

Actually puasa dah nak habis dah kan ? so sad . aku tak pernah rasa macam ni dedolu dolu . Waktu kecik2 excited nak raye je , sekarang aku rasa macam nak menangis je bila puasa dah nak habis .

Since bulan puasa tahun ni , menjadikan aku seorang yang lebih berdisiplin . ececee , takde lah disiplin sangat . so so je lah . Lagipun ....


bila bulan puasa sekolah aku ade buat tadarus al quran duduk dalam bulatan . Yeah , aku suka sangat time tadarus . Yela , kalau bulan lain jarang bukak Quran  . Bukak pon kadang kadang untuk menghafaz . Lagisatu , kalau bace sensorang kat rumah , mngkin banyak bacaan yang salah . Tapiii , kalau kat sekolah mesti nanti ade orang betulkan :D

klik utk paparan lebih HD


lepastu , kalau lepas sahur tu boleh menghafal :) . yelah kan , pagi pagi otak fresh ilmu mudah masuk . tu seronok tu .

klik utk paparan lebih HD

haha , pelajar sekolah agama je mngkin pham apa aku tules ni . 

dah tu , bulan puasa jugak mcm2 makanan ada . murtabak tebal tebal , air blue barli , katira , air dark knight pon ada. mcam macam . ayam golek pon dapat mkn bulan puasa . bulan lain ? jarangg . haha

klik utk paparan lebih HD

dan sebenanya banyak lagi . wargh , indahnya bulan puasa . nak study late night pon tak takut sebab syaitan kene ikat . kehkeh 


bai :)


Friday, August 3, 2012

Iftaar fil Khairiah :)

Assalamualaikum pembuka bicara dan haii .

herm , baru baru ni yaitu khamis 2/8/2012 kelas aku ade buat jamuan berbuka puasa . Aku lah yang beli semua segala makanan dan minuman . *statement tak bangga sangat pun sbb ade org lain lagi baik , siap sponser terus . hihiks

sehari sebelum jamuan tu, aku dah tempah makanan . okay, ekceli mama aku yang pergi rumah orang tu buat tempahan makanan .orang tu jiran aku je pun. aku tempah nasi ayam. waktu mama aku gi rumah jiran aku tuh , jiran aku tu takda . anak dia je ada jadi mak aku pesan lah nak nasi ayam 14 bungkus . jiran aku buat nasi ayam mmg sedap lah . nasi ayam dia satu set dgn air rm 4 je weh . Tu untung tu kalau nak beli kat dia . lepastu , malam tu aku tambah lagi 3 bungkus nasi untuk kawan aku . malam tu abang aku pulak yang beritau , abg aku beritau kat anak jiran aku tu jugak . kebetulan diorang kawan, waktu dorang lepak tu abang aku pon pesan kat dia .

kemudian, tempah karipap kat jiran sebelah tapi malangnya dia tak boleh buat sebab kena jaga cucu dia :'(
jadi beli kat bazaar kat taman perumahan aku tu je lah . hari khamis tu aku pergi sekolah mcm biasa , tak sabar betul nak tunggu malam untuk berbuka . balik saja dari sekolah , abang aku kata nasi ayam tu tak buat . sebab kawan dia tu bagitahu mak dia tempahan aku pukol 2 petang tadi .

aku tak tahu perasaan aku macamana waktu tu , takkan aku nak cancel pulakkan , mcmana nak cari nasi ayam tu ,air lagi . dah tentu kos mahal . yelah , budak ni bayar rm6 je . mmg dah cukup2 untuk makanan , air dan kuih sikit .

lepastu , mama aku pulak cakap mak aku lupa nak buat agar agar . mama aku lupa sesangat . aku tengok jam pukol 3.30 petang . Jamuan pulak aku sampai pukol 6.30petang .

aku fikir mngkin aku boleh buat air seniri je . aku mesej kawan aku amirah sbb keluarga dia ada catering , mngkin dia boleh bwak bekas air besar tu . then dia reply dia kata dia tak pergi . Ayah dia takde kat rumah sbb pergi berbuka kat Sanggang . tak sempat beberapa saat tu, aku dapat pulak mesej daripada kwan aku yang dia tak datang sebab takde sape nak hantar dia . aku dengan berbaju sekolah lagi duduk bersila macam tu je , taktau nak buat apa sambil nangis nangis . sengal betol aku . pegi nangis mcmlah mnde tu boleh selesai . BHAHAHA

tiba aku tengok mak aku keluar daripada bilik, pakai tudung siap2 amik kunci kereta ajak abang aku pergi keluar nak beli karipap ngan beli barang nak buat agar agar . lepastu mama aku balik sekejap buatkan agar agar lepastu keluar balik dengan abang aku untuk beli nasi ayam . mama aku tanya "17 bungkus kannn ?" aku pon jwab "aah". pastu mama aku teros pergi .

sebelum tu aku tak menangis dah , lepas mak aku pergi tu, teros aku menangis beria beria . Mama aku sanggup keluar balik nak beli semua tu takde sikit pon keluhan . Sayangg mama ~!aku nangis bukan psal jamuan tu, aku nangis sbb terharuu . :')

Alhamdulillah , akhirnya semua jadi lancar . Berbuka di sekolah jadi kenangan .



abaikan tangan yang sangat comel tu . ehemm . lalalala
 nasi ni ade lagi kat sebelah sane , tak tangkap gambar pulak .


inncent je muka budak ni . argh , comel ~

dah siap makan semua , solat isyak yang diimamkan budak tahfiz dan solat tarwaih yang diimamkan oleh ustaz. ade satu cerita yang memalukan lepas waktu semayang tarawih tu . malas cerita kat sini . mmg terserlah kejahilan disitu . haha 






terima kasihh :)