Saturday, February 11, 2017

Buku.

Bismillah.

Dengan azam, Allah bantu aku dengan pemangkin.  Sem ini credit hour aku hanya 15.5 dan sememangnya ini credit hour aku yang paling sikit selama 2 sem sebelum ni, maka banyaklah masa terluang untuk aku menggapai azam ini, dan Allah takdirkan aku juga untuk berada dalam Biro Education and Intellectualism di bawah ISRAK. Ya, berada dalam biro ini, aku dinasihatkan untuk lebih banyak membaca kerana setiap minggu diskusi bedah buku antara kami akan dijalankan. Peh, memang seriau lebih-lebih lagi aku ni yang tidak pernah membedah buku, mendengar orang bedah buku pun aku tak pernah. haha . Dan dari pemangkin ini, sedikit demi sedikit azam aku tercapai dan langkah terpenting sekarang adalah istiqamah.

Pada tahun ini dan sem ini aku ingat aku nak banyak membaca, tak kisahlah genre apa, asal aku membaca. Tapi aku lebih cenderung untuk membaca buku-buku yang kena dengan diri aku. Justeru,semua manusia sudah ada diri sifat suka membaca, cuma yang menentukan mereka suka membaca ada material yang digemari. Membaca komik juga dikatakan membaca bukan ?

Buku yang menjadi pilihan aku mestilah buku yang berkaitan dengan apa yang aku pelajari di kelas, pernah pelajari dan perkara yang aku ingin tahu. Sebenarnya aku gemar membaca buku seperti travelog ataupun buku seperti novel yang ada sequences berbanding buku ilmiah. Sebab ianya lebih cepat dihadam dan cepat dihabiskan tapi sebab azam ni, aku berharap aku dapat membaca dengan lebih banyak buku ilmiah. Inshallah


Buku yang aku berjaya habiskan minggu ini. haha lol,

Aku tertarik dengan 3 bab pertama dalam buku Kreativiti Dalam Penciptaan Karya Sastera. Kerana pada bab 3 terawal , penulis banyak menghuraikan tentang kreativi, teori-teori dan manusia-manusia yang berkait dengannya seperti Edward De Bono. Buku ini nipis, namun bagi aku ia penuh dengan kajian dan tulisan penulis ini diolah dengan baik kadang dengan unsur kritikan yang sederhana. 2 bab terakhir , penulis menceritakan tentang gaya penulisan,  kreativiti A Samad Said dalam novelnya. Bab terakhir ini aku hanya membacanya begitu sahaja.

Buku ini diterbitkan dalam tahun 2000 semasa pemerintahan Dr Mahathir dimana ketika itu kreativiti semakin mendapat nama dek slogan Wawasan 2020, Melayu Baru dan keperluan revolusi mental dalam era letusan maklumat, globalisasi dan budaya ilmu. Masyarakat diajar untuk tidak gentar dalam melakukan perkara-perkara baharu. Masyarakat juga disarankan melakukan kemajuan dan peningkatan tamadun masyarakat. Dan sekarang pada tahun ini 2017, semuanya seakan terkubur. Mungkin ada, tetapi apabila melihat realiti masyarakat, kanak-kanak dan remaja yang bermain wechat , masyarakat yang suka menghina dan mencaci sewenang-wenangnya di laman sosial seolah olah menunjukkan tiada lagi ketamudan bahkan negara seolah menjadi lebih mundur!

Kemarin aku melawat The International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) yang mana telah ditutup beberapa tahun dahulu dan namanya juga telah ditukar kepada IIUM CRESCENT. Aku pernah membaca temubual bersama pengasasnya Syed Naquib Al-Attas , betapa bangunan yang hebat dan mempunyai tujuan yang gemilang sekali ini dapat disiapkan dalam masa satu tahun setengah sahaja. Dan setiap inci bangunan itu juga mempunyai falsafahnya tersendiri. Aku tak boleh nak menipu diri aku yang aku rasa sedih sangat melihat bangunan yang indah itu megah namun sudah hilang tujuan asalnya.



Bacalah tentang ISTAC, banyak yang telah dibincangkan di laman Facebook.





Wawancara Monumen ISTAC : link untuk baca wawancara mengenai ISTAC

Buku nipis ni aku ambil masa 2, 3 hari jugaklah untuk aku habiskan. Seterusnya buku travelog Noorah. Menarik kisahnya. Seorang wanita yang cekal. Bagaimana kehidupan keluarganya yang pecah menyebabkan dia menjadi anak yang bermasalah sehinggalah akhirnya dia bertemu dengan ISLAM. Namun, ujiannya tidak terhenti begitu sahaja, dia juga diuji dengan masalah perkahwinannya, kehilangan anak-anaknya diculik oleh bekas suaminya sendiri, bagaimana anak nya pula didiagnos dengan autisme dan dylexia . Dia juga didiagnos dengan kanser payudara. Namun itu tidak menjadi penghalang baginya untuk terus berdakwah di negaranya sendiri, dia juga seorang yang berani dan bersemangat ketikamana dia sendiri yang memandu merentas 8 benua dan sempadan untuk menghantar barang-barang amanah ke Gaza.

Semangat, tawakkal , sabar, iman dan keberaniannya patut dicontohi. Buku ini aku habiskan dalam sehari sahaja walapun tebal. Sangat menarik untuk bacaan hujung minggu yang santai.

Itu sahaja cerita aku pada hari ini . Assalamualaikum.



Thursday, February 9, 2017

Kupu-kupu cinta

Bismillah

Aku ada kawan yang mana esakannya sentiasa aku dengar disaat dia beribadah di hadapan Tuhannya.
Aku ada kawan yang mana dalam setiap keceriaannya, terlihat luka dalam dari redup matanya yang sulit bagi aku mengetahuinya.
Aku ada kawan yang bijak orangnya, namun kesunyian melanda dirinya.
Aku ada kawan yang mudah urusan kewangannya, namun selalu diuji dengan perkara yang aku pun tidak mampu menanggungnya.
Aku ada kawan yang mana kelihatan bahagia namun sedang bergolak dengan dirinya sendiri.
Aku ada kawan yang selalu ketawa , rupanya beribu masalah dan tanggungjawab berada di atas pundaknya.

Datangnya insan-insan ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih baik, bersyukur dan redha. Aku pernah berdoa pada Tuhan agar dikurniakan sahabat-sahabat yang baik dan solehah yang boleh membimbing aku yang hina ini dan BENAR, Tuhan benar-benar mengabulkan doaku. Sehinggakan kadang aku merasakan tidak layaknya aku mendapat hadiah ini.  Mereka merupakan suatu nikmat kecil yang Tuhan berikan kepadaku, tetap pada aku nilainya amat besar. Memperolehi nikmat persahabatan ini kadang benar-benar membuatku aku insaf dengan diriku sendiri.

Aku tahu, hadirnya mereka sebagai cerminan diri aku sendiri bagi melengkapkan diri aku yang terlalu tidak sempurna, Aku mohon agar Tuhan sentiasa merahmati mereka dan menutup segala aib mereka daripada dilihat olehku. Biarlah aku hanya melihat kebaikan pada mereka.

Inshallah. Selamat malam .

Monday, February 6, 2017

Sistem Uia

Bismillah

Macam biasa first week kat uia memang havoc sangat sebab add-drop subjek secara manual. Aku pun sama tak terlepas dari menjadi salah seorang yang keserabutan pada hari itu. Dari dulu sampai sekarang, sistem berubah ubah tapinya bagi aku takde pun peningkatan atau penambaikan *sigh

Ceritanya aku dah register subjek secara online, alhamdulillah lebih baik dari dulu, cuma tinggal nak tambah satu subjek lagi sebab section subjek lain banyak closed. Alhamdulillah lagi sekali, masa cuti midsem baru ni, result exam keluar dan psychology aku dapat A-, so cita-cita aku untuk minoring psychology tercapai.

Hari first datang uia, aku dah beratur dekat Deputy Dean untuk declare minor. Sebelum pukul 8 lagi dah tunggu dan dalam 8.30 tu baru boleh masuk. Dia kata untuk declare minor kena tunggu staff sorang tu nama dia Kak Faizah. Kak Faizah masuk pukul 9 katanya. Aku pun tunggu punya tunggu, aku pun decide nak tanya staff tu Kak Faizah tu yang mana,

Rupanya Kak Faizah tu dah datang before jam 9 lagi. Aiyaa, dekat kak Faizah tu dah ramai beratur.Ok takpela, aku beratur je la. Pastu ada sesi sesi drama dan sebagainya sebelum tiba ke giliran aku. Dan bila aku sampai kat dia, dia kata aku punya borang tu kene mintak sign HOD

Jadi aku pergi department, dia suruh hantar je borang. Jadi aku tanya lah, kalau aku hantar borang ni, bila boleh tahu. Dia kata nextweek . Kalau nextweek condirm confirm aku tak boleh nak add subjek dah . Bila aku cakap mcm tu, dia call someone, and then staff tu minta aku pergi Office, jumpa HOD, di mintak tolong sekali hantar kan borang orang lain. Aku ok je, bukan berat pun borang tu.

Sebenarnya banyak lg keserabutan, tapi aku ringkaskan aku dapat sign HOD . Lepas dapat sign HOD, pergi deputy dean balik, lepastu aku pergi department pulak untuk daftar subjek. Sampai sampai, dia kata borang aku tu kena ada confirmation slip untuk haritu, dan graduation audit. So benda benda tu semua ada dalam portal. Aku pergi kedai kaki copy, ya Tuhann banyak gilaa orang. Double A pun sama, ITD pun sama. Jadi aku buat apa ?

Aku balik mahallah, print dekat mahallah. Lepastu aku pergi department semula. Hantar borang. Settle.

Hari demi hari, subjek tak masuk-masuk . Aku pergi department semula, ringkaskan , dia kata dia suruh tunggu by the end of the day sebab subjek Psychology and Islam tak key in lagi. Ok takpela mcm tu. Aku pun balik

Tapi disebabkan risau tak dapat, aku tambah lagi subjek backup yang tak clash dengan semua subjek aku dah apply, subject Sociology . Hantar borang lepastu tunggu je la apa-apa berita.

Dan semalam, hari last add drop subject, dan nak bagitau yang dua-dua tu satu pun tak dimasukkan dalam portal . Katanya nak utamakan mereka yang tak cukup credit hour.

Habis, kalau semua student hanya dibenarkan sampai minimum credit hour je, baik tak payah buat maximum credit hour. Bila ambil minor, aku tambah lagi 8 subjek sebenarnya. Tapi bila kita nak add, dia kata credit hour kita dah cukup, so takkan setiap sem nak ambil 15 credit hour je, bila aku nak grad ?

Ok dah tu je nak cerita hari ini. Dah memang uia macam tu. Nak buat macamana . Hadapi je la . Assalamualaikum


Saturday, February 4, 2017

Tulis.

Bismillah

Hari ni hari Sabtu, Uia sunyi. Aku pun bosan. Nak keluar, takde geng pulak nak keluar lols. hm.
Tapi alhamdulillah, aku berjaya habiskan satu buku.

"Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam"
Tulisan Asmadi Mohamed Naim

Menarik bagi aku pada permulaan tulisan yang membicarakan tentang tanggungjawab sarjana islam dan orang islam sendiri yang kurang menggali mutiara-mutiara ulama-ulama silam untuk aplikasi pada zaman moden ini. Kebanyakan sistem dicedok dari Barat dan kemudian dicelup dan rencah islamisasi . Dan perlu bagi kita umat islam sendiri perlu kreatif mencipta sesuatu yang baru dari fikiran dan idea asal orang islam sendiri bukan hanya mencedok idea luar.

Dan disebabkan sem ni aku ambil subjek maqasid syariah, jadi bolehlah aku warm up dulu sebelum start belajar dengan pembacaan buku ni. Dan pertengahaan hingga akhir buku ini banyak menceritakan cara, pendapat ulama, nas dan hadis mengenai pengurusan islam, sistem islam itu sendiri.Lepas habis baca, rasa tepu kepala otak haha. Biasalah aku ni bukan sejenis manusia baca buku ilmiah fakta begini. Tapi aku cuba untuk menjadi orang yang lebih banyak membaca inshallah.

ok . Sebenarnya aku nak tulis pasal apa yang aku belajar hari khamis haritu. Kalau boleh, aku nak tulis seringkas mungkin. Aku cuba la

First class hari khamis Fiqh Usrah, kelas 8.30 pagi tapi 8.10 pagi dah memacak dalam kelas tersengih sorang-sorang. Jangan salah faham, bukan sebab kelas Fiqh Usrah, tapi sebab esaited nak belajar dengan Ustaz Miszairi. Bukan Ustaz Miszairi je, semua lecturer yang aku amik sem ni pun aku rasa macam tak sabar nak belajar. betul ni betul

Seperti hari kelas lain, hari first adalah hari menceritakan course outline dan intro subj.
Ustaz tanya mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Kemudian Ustaz datangkan dalil nas dan hadis. Aku dapati method syarah ustaz begitu. Dimulakan dengan soalan yang men-trigger minda, kemudian jawapan berseta dalil.

Apa yang menarik dan kelakar bagi aku dalam kelas tu adalah sebabnya ustaz menggunakan bahasa arab tetapi dalam lenggok melayu. Bukan ustaz tak pandai bahasa arab ataupun seangkatan dengannya, tapi ustaz sedang cuba menggunakan uslub yang mudah dan senang untuk pelajar-pelajar melayu kebanyakannya.

Masa kelas ni juga aku tahu yang hadis Syurga di bawah telapak kaki ibu adalah hadis palsu. Namun masih ada hadis sahih menceritakan mengenai keutamaan ibu.

Dan hadis sahih yang sebenarnya adalah hadis

Sabda Nabi SAW; “Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Hadis riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang baik. Lihat; al-Muntaqa, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hadis no. 1475).

Ustaz juga ada tanya, adakah suatu hubungan perkahwinan itu terputus semasa mati, atau hubungan itu berlanjutan sehingga akhirat ?

Ada juga ustaz menerangkan mengenai zihar pada zaman jahiliyah .Dan menimbulkan persoalan

"Adakah mempunyai rasa nafsu itu salah?"

Ya sememangnya mempunyai nafsu tidak salah, menyukai manusia itu tidak salah keranya ianya fitrah tetapi kita lah yang perlu menguruskan nafsu itu supaya sentiasa seiring dengan jalan yang disyariatkan Allah. Datangnya syariat Allah adalah bagi menyusun kehidupan kita kepada lebih baik dan menjauhi dari kerosakan dan keburukan.

Juga mengenai kepentingan keluarga, prinsip asas perkahwinan dan beberapa lagi tajuk yang ustaz bincangkan secara rawak.

Kelas seterusnya kelas Fiqh Sirah, tidak banyak yang dibicarakan. Cuma kisah perang dan bani nadhir kemudian soalan-soalan basic yang ditanyakan ustaz, tapi aku masih tak dapat jawab haha. Tapi ustaz ada bagi 5 hadis untuk dihafal beserta kefahaman. Inshallah aku cuba hafal pagi esok eheh.

Kelas Maqasid takde haritu, Ustaz Bouhedda tak sihat. 

ok itu sahaja utk hari ini. Wallahualam 


Wednesday, February 1, 2017

Second Year Life

Bismillah

Hari ni second class aku sebagai second year student. Kelas pagi tadi dimulai dengan fiqh ibadat . Hari ini ustaz hanya cerita mengenai subjek yang akan kami pelajari secara ringkas,kitab-kitab yang digunakan dan memberi persoalan mengenai mazhab. Aku tktahu kenapa setiap kelas pagi aku akan mengantuk tahap dewa. Tapi aku cuba untuk berjaga dan membuka mata. Moga-moga ada keberkatan menuntut ilmu disitu.

Antara persoalan yang diutarakan ustaz Fuad harini

"Mengapa dan perlukah kita bermazhab ? Kenapa kita tak guna direct quran dan sunnah sahaja?"

Dan semestinya aku pelajar tak terer ni jenis jawab dalam hati dan mumbling dsitu. Aku pernah pergi K-Fiqh dulu, Konvensyen fiqh ni merupakan konvesyen pengukuhan shariah buat ummah. Jadi jawapan yang diberi ustaz masa K-Fiqh tu simple je, sesuai dan mudah difahami masyarakat secara umumnya.

Jawapan ustaz di K-Fiqh tu lebih kurang gini

"Sebabnya kita ni tak reti arab, tafsir kita taktahu, ayat-ayat muhkamat musytabihat ni pun kita tak tahu, hadis sahih bukhori pun kita tak khatam lagi, jadi datangnya para ulama' ni dengan ilmu. Dengan ilmu mereka yang ada untuk menafsirkan pada kita , dan menerangkan bagi kita. Mereka memudahkan kita untuk memahami sesuatu hukum tu"

Jadi, aku mumbling je sorang-sorang kemudian ada seorng lelaki dalam kelas tu menjawab dengan arab yang sangat fasih sampai aku tak faham apa-apa melainkan line terakhir dia yang bermaksud

"....mereka menerangkan kepada kita"

Antara soalan ustaz lagi adalah mengenai mazhab para-para tabiin.

Habis kelas, aku gegas gi CLAV nak ambil borang khat.

Borang habis.


Kelas kedua harini kelas Adillat Ahkam , Ustaz Mustafa

Adillat ahkam. Yaitu dalil-dalil kepada hukum/ dalil-dalil sesuatu pensyariatan. Ada 3 point yang diketengahkan Ustaz pada hari ini

Point pertama:
Adakah pengetahuan mengenai hukum itu penting?
Kenapa pengetahuan hukum itu penting?
Boleh ke kita ambil hukum daripada manusia ? Cth qiyas, ijtihad

Student jawab penting .
Ustaz tanya, kenapa penting ?
Ustaz bagitahu adanya hukum tu akan membawa kepada kesan. Contoh, hukum wajib. Kesan daripada melakukan mendapat pahala, kesan daripada meninggalkan mendapat dosa. Gitu.
 , dalil dalil sama penting je dengan hukum-hukum sebab kita tak akan dapat tahu hukum melainkan dengan dalil.


Point kedua: Kenapa ulama ulama ni berbeza pendapat ?
Sebab berbeza penggunaan dalil mereka. Ustaz ada huraikan dan bagi contoh.

Point ketiga: Fenomena mana dalil ?
Biasanya bila kita kata akan sesuatu, maka orang akan tanya

Mana dalil ?
Apa dalilnya ?

Hujan turun dari langit.
Mana dalil ?

Jangan kita buang sampah merata-rata
Mana dalil ?

Adakah fenomena ini baik atau buruk? Semestinya ada baik dan buruknya.
Ustaz ada hurai dan bagi contoh disini

Sekian, ini saja apa yang aku pelajari secara ringkas pada harini. Doakan aku . Assalamualaikum.