Saturday, December 31, 2016

Teori Kebahagiaan menurut Imam Al Ghazali

Teori Kebahagiaan Imam Ghazali

Sesungguhnya imam ghazali ini melihat kebahagiaan sepertimana yang dia lihat pada Aristotle iaitu 'mendapatkan kebaikan tertinggi'  (الخير الأعلى)

Tetapi intipati 'kebaikan tertinggi' bagi Ghazali dan Aristotle berbeza. Kata imam ghazali, bila bercakap tentang 'kebaikan'  mesti ianya tak lari dari 4 perkara. Apa dia?

1)Kebaikan-kebaikan diri
2)Kebaikan-kebaikan badan dan kelebihannya
3)Kebaikan-kebaikan luaran
4)Kelebihan-kelebihan taufiq

Daripada 'kebaikan-kebaikan diri' tu adanya hikmah, keadilan, iffah dan keberanian ataupun kata nama lain bagi ni ummahat fadhail al arba'

Antara kebaikan-kebaikan badan ada 4 iaitu sihat, panjang umur, cantik dan kuat

Yang ketiga, kebaikan-kebaikan luaran pula ialah harta, keluarga, rasa dicintai, dan  rasa dihormati oleh kaum2 kerabat

Yang terakhir, kebaikan taufik,  Yaitu hidayah Allah, petunjuk, perlindungan dari-Nya, dan didikan dari-Nya

Imam ghazali kata lagi, semua kebaikan ini(yang saya sebutkan di atas) memerlukan antara satu sama lain, maka ia tak dikatakan 'kebaikan tertinggi'  sebab kebahagiaan itu padanya sempurna. Apabila sempurna, maka ianya tidak memerlukan yang lain.

Persoalannya, apa dia kebaikan tertinggi tu?

Beliau berkata, kebahagiaan tertinggi tu adalah kebahagiaan ukhrawi (akhirat) yang mana di sana semuanya kekal tiada sementara, semua gembira tiada sedih, semua berilmu tiada bodoh dan semua kaya takde miskin.

Imam ghazali kata, Kebahagiaan yang hakiki tu bukan lah dari kelazatan atau keseronokan sptmana teori hobbes, bentham, mil katakan kerana keseronokan(hedonism) ni datangnya dari kejahilan dan pendek pandangan (tak pikir jauh).

Okay, macam kat atas td kita baru cerita apa itu kebahagiaan tertinggi, persoalannya, camna kita nak dapat?

Berkata lagi Imam ghazali, nak capai kebahagiaan tu, amal mesti seiring dengan ilmu sebab amal menghilangkan apa yang tidak perlu, dan ilmu berusaha mendapatkan apa yang perlu dan memindahkan jiwa ketikamana perlu.

Sepertimana yang dikatakan kat atas, cara atau syarat yang mesti seiring utk dptkan kebahagiaan adalah amal dan ilmu

Amal syarat kebahagiaan : sebab amal melahirkan kebaikan, mengurangkan nafsu dan menyebabkan diri tidak terlalu bersangka dengan keagungan Tuhan

Ilmu syarat kedua, sebab daripada ilmu menghasilkan kesempurnaan, dan menjadikan kita orang yang layak untuk menerima rahmat yang melimpah ruah dari Allah.

Wallahualam.

Ini merupakan ringkasan kitabالأخلاق ومعيارها في الوضعي والدين karangan Dr Hamid yang aku pelajari di universiti. Inshaallah nanti aku letakkan pula teori Ibnu Maskawaih mengenai kebahagiaan. Jikalau salah, sangat dialukan untuk diperbetulkan inshaallah.