Thursday, March 12, 2015

Cuai

Bismillah .

Kali ni nak cerita pasal kecuaian aku seniri .

Semuanya bermula dengan perkara yang hepi hepi . Pagi tu aku dan kawan aku, nisah naik bas pergi ke kuantan . Hajatnya nak join program Jom Masuk U tu .Dan disebabkan kawan beta sorang ni yang duduk kat Kuantan rindukan kami kami ni , so weolls decide nak bermalam 1 hari di rumahnya . Sampai je kat terminal IM kuantan , weolls naiklah Rapid ke Bandar Kuantan . Oke , sampai sana je, membe kami yang rindu kami tu jemput naik Myvi dia . Untung kan org dah berlesen . Muahaha .

Lepas merayau kat Jom Masuk U yang orang kata best sgt tu . Bagi aku biasa je . Tanya tanya soalan , alik alik dia suh tengok internet juge . Lol sgt . ok sambung , abis je jom masuk u , kitorang ingat nak gi pantai teluk cempedak sementara nak menunggu abang si hanna balik keje ,lagipun situ ade kempen tutup aurat ke ape , merasa pakai purdah gittew . Dia kata dpt free gift handsock, quran and stokin . Apsal guwa tak dpt pun ? haha . sedih ke idok ?Lepastu kene kacau dgn monyet situ. Mmg memorable.

lepastu balikla. Oke , nak dijadikan cite keluarga Hanna ni baik benor . Aku dan nisah ni biasa hidup cam biase biase je , tapi beliau ni org berada sikit . Agak malu la duk umah dia lama-lama . Dah mcam VIP orang kabo . Keluarga dia asik belanja je . Malam tu makan KFC , esok tu belanja pegi Cafe . Secara jujurnya , aku tak pernah pergi Cafe , saya orang biase biase je , makan pun mamak kadang-kadang . Biasa makan kt rumah je la . Tak penah makan restaurant . Makan restaurant sedap sedap pun penah bawah sekolah . Biasa makan kat gerai dan warung je . Kami ni ha taktau nak bawak beliau ke mana kalau datang Temerloh . Kalau dtg kwasan kami , kene hidup cara kami lah kan . Hahaha . Padan muka ~

Semua gamba aku upload kat Instagram .Mujur aku upload instagram awal-awal weh , tak menyesal sgt gamba kenangan hilang . huh ? hilang .

K . nak ceritalah ni . Betul , bila gembira tu Allah nak kasi macam tu je , bila Allah nak tarik macam tu jugak .

Bas kul 8 malam . so weolls decide nak solat kat terminal IM . Dah berwudhu' so sampai letak beg terus solat . Dalam tu crowded gila .

Lepas solat tu , aku pandang beg aku dah takde . So macam ni la perkara ini berlaku . Aku cuai .Mmg pun . sbb aku tak letak beg kat depan mata aku tu ha . Biasa aku buat camtu . Haih . Aku tak kisah lah dompet seme mende tu , yang aku kisah Ipad aku . Ipad tu not mine k . Beberapa hari tau guwa menangis . Semua salahkan guwa . Mmg salah guwa pun . Tapi bukan aku nak pun benda tu terjadi .

So kitorang tambah lagi satu malam tidur rumah Hanna . Hahaha . Kali ni bertambah tambah malu . Esok buat report n balik . First time uolls naik kereta polis ke tempat kejadian . Nak tengok CCTV kat IM tu , punyalah org tu tak kasi kerjasama . Apakah ? Dalam bas orang tidur guwa teresak esak menangis .Sape tahu ? Takde sape tahu .Guwa memang cekap menyorok daripada menangis . Menangis bukan lemah , tapi cuba cari kekuatan . Hee .

Sekarang aku cuba untuk redha . Tapi rasa besalah tetap membuak buak sebab Ipad tu bukan guwa punya . So sekarang guwa dah takde instagram wechat etc tu . Whatsapp je ade . Tapi agak selenge la whatsapp tu, ibarat hantar mesej hari ni , esok baru sampai . Sedih kan ? Mujur henfon guwa letak dlm poket . Alhamdulillah tak hilang .

Nampak je baru update , tapi sebenarnya aku masih menulis . Tapi simpan draft je . Cerita novel .Haha novel sgt . Klah . Till then . Babai .


Wednesday, January 28, 2015

Assalamualaikum semua , bangunlah semua :)

Assalamualaikum .
Bismillah . 

Alhamdulillah masih dapat menghirup udara , ada tangan ada mata yang dipinjamkan . 
Ada mama abah keluarga, kawan kawan . 
Boleh makan
Boleh online
Boleh solat
Boleh lihat
Boleh rasa
Semua tu Allah pinjam untuk kita , tahu ?
Sila bersyukur . 
and said whatt ?
whatt ?


Alhamdulillah . 

Oke cukup melebih lebih disitu . Entrydulu aku pernah cakap nak cerita pasal input input aku dapat kat kulliah kann . Aku tulis dalam buku dan aku bgtau yang buku tu kat membe aku kan . ok yes . pastu pastu buku tu dah ada kat aku dahh . tapi kan tapii..

nangis jap .

oke boleh sambung . Well , masa kat Kibai aku mmg saje saje tinggal buku tazkirah aku dlm surau . Biasalah tu . Sebab ada tazkirah lagi . 
entah mcmana , esok aku cek kat surau hilang . ok kemudian , aku jumpa kat tepi surau bahagian lelaki . okkk kk kk , kemudian , aku bukak buku tuu . yes , mmg aku dh nampak buku tu nipis dahh . okkk kk , kemudiann buku tu kosong . NOTHING BEB !!! yang hanya ada adalah helaian  helaian kosong yang tiada apa apa . 

Siapa curi baik mengaku ?
ok husnuzhon . Mngkin dia nak amik isi dlm buku tu . 
But but kau tak berhak . Kau tak mintak izin . 
Kalau nak pun , salin . Potostet je la . 
But but aku salah jugak . Sbb tinggal situ kan . 
Mybe dia ingat buku tu tuan dia dh balik whatsover lah kan . 

*sedut ingus kuat kuat . 

Fiuhhh ~ *bela bela tudung . 

OK , result STAM dah dapat . 
Terima kasih Allah atas segalanya . 

Result aku tak de lah seterer org lain . Tapii tapii aku syukur dan sgt tak pecaya . 

Nak cerite sikit . tapi kejap . Nak rendam ayam dalam air asam jawa .



taktau kenapa suka tengok sijil STAM versi arab . Nmpak cool . haha . Ni googling je . Nampak tak 2012 tu . Bkn koi punyee . 

***

Erm . Kita kalau nak tahu ujian kita timpa atau nikmat kita dapat ni sekrang adalah bala dan istidraj daripada Allah ataupun satu hadiah, rahmat serta kasih sayang Allah ialah on how you reflect yourself to face it .

Bilamana ujian dan nikmat itu mendekatkan diri kau dengan Allah . Maknanya tu kasih dan rahmat Allah . 

Bila mana kau rasa dunia ni tak adil , kau sedih yang tak berkesudahan . Kau meroyan . Kau solat lambat , kau tak mengaji . Kau malas nak ibadah . 

agak agak tahu kann ?

Its depends on your reaction .

Kau patut beruntung bilamana kau ditimpa ujian . 
Sebab Allah mmg rindu kauu . Dia nak dengar rintihan kau beb .
Nangis puas puas . 
Susah nak cri org phm kita sebetul betulnya melainkan Dia . 
AllahuRabbi . 

Dan adalah segelintir adik adik tanya , camne aku study , camne aku bahagikan masa . 
I cam uolls je adik adik . Kekusutan serabai . Tapi ade somthing ahkak nak bgtau . Yang mngkin bantu ahkak ni capai kejayaan .  Ahkak tak cemerlang mane pun . Tapi based on my pengalaman. Ahkak bgtau serba sedikit . 

1. Berkat 

Aku sgt suka mengulang ngulang mende ni . Berkat ni adalah sesuatu yang sgt magikal magikal debambamboom . Even kau slow mengapal mcm ahkak , tapi with the magikal of berkat , it will go smoothly . Believe me . Macamana nak dapat berkat ni ?


yagh . HORMAT GURU . Sgt sgt perluu . Bilamana kau tengah serabut ada keje , and that time ade guru mintak tolong , sila tolong . Kau lambat masuk kelas ke, ada cikgu mintak tolong . Ahkak bgtau , sila tolong guru tersebut . Based pengalaman ahkak lah kan , Bila kita tolong cikgu , kserabutan tu akan jadi smooth je , even cikgu garang bebel bebel tu , kau lambat masuk kelas dia , dia tak marah beb . Ataupun kau lambat , cikgu tu takde dlm kelas . See ? Ataupun mcm mcm lah . Mngkin prep kau petang tu , kau mudah menghafal . Banyak kemungkinan . 

Kalau yang duduk luar tu . You with your parents . Please jaga keberkatan . 
Adab pun penting dgn guru . Ya . ahkak ngaku , aku tidur jugak dlm kelas . Yela , ngantuk beb . Tapi guru guru kulliah , tak penah marah ahkak . Terima kasih ustaz ustazah . Sayangg anda . 
Tapi pastikan mintak maap . Weii . Ustazah Ustaz tu paham korang la . Dorang baikk . Especially guru guru kulliah . Hahaha . 

Lagi nak berkat , jaga adab . Berkat ni sgt panjang nak huraiii . Ada adab adab dia . Sila rujuk kitab 
"Ta'limu Ta'lim Tariq Ta'lim "
Budak kulliah , sila mintak Ustaz Saiful Bahry cerita masa kulliah maghrib . Haha . Suka hatii . 
Mintak pun beradab tau . Jangan terus terkam ustaz . Tanya dulu . 

"Assalamualaikum . Ustaz free tak malam ni ?"

tunggu ustaz jawab dulu, kalau ye , then proceed . 

" Kitorang igt nak jemput ustaz bg kulliah ringkas maghrib mengenai kitab Ta'limu Ta'lim Tariq Ta'lim "

Berkat bukan dgn manusia je tauu , nota nota kita, kitab kitab . Jangan sesekali letak bawah . Especially abis exam, jgn ngengada nak lempar sesuka hati . 
Hatta pensel pcit kita tuu punn , ada berkatnyaa . Walaupun kita tulis merepek merepek menggunakannya , tapi tu salah kita . Bukan salah pensel tu . Jangan baling baling buang bawah tau . 

Binatangg punn , ade berkat jugak . Jgn sesuka hati nak sepak . 
Sila rujuk tajuk ihsan form 3 . Belajar kan ?

Solat jemaah pun ada berkat . 

cukup pasal berkat . Beralih ke . 

2. Bangun malam

Orang islam dulu sgt qawwiy, semngat sebab jaga malam lah . 
Bagi ahkak , ahkak tahu ahkak ni lemah . 
Membe ahkak bukan phm sgt pun ape ahkak ckp kalau nak luah perasaan pun.Haha . 
Susah cerite kat orangg . Orang hati lain lain . Cerita kat Allah ye hadek hadek . 
Allah tu sgt tahu ape dlm hati hadek hadek dan Allah tu sangat berkuasa. 
Doa lah hadek hadek sekalian . Ahkak tak bangun awal pukul 3 pagi pun , ahkak bangun 4.50/5 pagi mcm tu . Buat tahajjud , solat hajat . Taknak lemah kan dalam study ?
Jumpa Allah. Bgtau Allah yang hang lemah , hang susah nak study . Mintak Allah kuatkan hang . 
Lagisatu , hang kalau nak doa . Jgn doa kan hang sorang je . 
Ini akak dapat waktu tazkirah maghrib kat surau . Ada cara doa nya . 

Mula mula , kita puji Allah . Selawat . Hina diri kita . 
Kemudian mula dengan doa Ibu bapa , kemudia guru , keluarga/sahabat sahabat , Muslimin dan muslimat dan ikut koranglah doa apa dan last sekali baru doa untuk kita . 

Kita kan belajar hadis 

"Tak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri "


Kalau boleh sebut nama kawan kawan kita tu , baru lah syg dunia walakhiroh , ukhuwah fillah . So sweet . Doakan mrk semua dalam diam diam . Kasihnya kita kpd org yang kita doakan tu , bila kita sebut nama mereka depan Allah . Hihi . Senyum sikett . 

3. Usaha

Ini pun penting . Usaha . Takkan doa doa, tapi usaha dalam belajar takde . Ingat balik tujuan kita belajar . Belajar kerana Allah . Belajar pun ada strategi tauu . 


Kejap . nak goreng ayam . 

Awal awal tahun , biasa latihan tak banyak lagi . 
Jadi kene stadi sendiri bila waktu prep . 
Jadi untuk subjek yang perlukan nota seperti 

Mirath
Mantiq
Tafsir
Nahu dan Sorf
Arudh

Sila buat . Tapi ahkak tahu . Mesti korang blur nak wat nota camne . Sbb tu kene rujuk ustazah . Awal awal tahun ahkak tak dpt gambaran lg camne nak buat nota . 
Lepas p2 baru dpt buat nota sbb dh nampak gambaran . Just give it a try !

Mirath , kalau ahkak ustazah dah kasi . Terutama ustazah maizon . Mmg sebelum mengaja ustazah kasi nota punyalahh . Ustazah Maizon sgt hebat . Tulis nota kat whiteboard tak tgok kitab beb . Dtg lenggang je . Tulah , ilmu fi sudur . hihi . Ehh , ustazah lainn pun terer jugerr . Akak ckp sbb akak belajar dgn ustazah Maizon . Merangkap guru kelas . Huhu . 

Subjek hafazan mmg dah tau mmg masuk seperti Hifz Quran . Sila hapal sekarang . Sebelum anda masuk kelas tahanan . Haha . Alhamdulillah ahkak tak kena . Sbb akak lumba dgn membe sape cepat habis . Kelas tahanan biasa time prep petang . Sgt untung sape tak kena tu , sbb korang boleh studyy, siapkan keje sekolah petang tu . Kalau kt kulliah petang petang , ade sbhagian cikgu tak balik lagi . Haa, korang boleh tanya talaqi petang tuu . 

Akhir akhir nak dekat trial . Kitorang  biasa gune sistem cop mengecop . Punye nak talaqi . Haa. Bagus tau mende camni . Cop ape ? cop ustazah atau ustaz untuk belajar la . huhu . 

Tafsir kalau nak senang , buat syarah seniri , suh ustaz cek . This is the best way dri apal mcm tu je kat dlm buku . Buat awal awal . Ahkak dah lmbat baru buat . Pastu dah siap , buku tu hilangg . Sob sob . Ok , tafsir akak jayyid jiddan , ni akak amik tips dri kawan akak yang Mumtaz Sofi tu lar . Same je . Jgn risau . Kalau boleh, abis je belajar tajuk tu , terus buat syarah . tafsir ni banyak tauu . 

Lagi satu . mufradat ni WAJIBUN . Nak senang . Buat dalam satu ketas A4 / ketas kajang semue mufradat.  Ikut tajuk . Senang nak hapal . Dan dh kene target soklan ape nak jawab . Oke , sila tanya ustaz soklan tafsir camne .

Mantiq sila talaqqi dgn Ustaz Subli . Murabbi mantop ni . Belajar ngan beliau , terus dpt nota . 
Cuma rajin malas je nak salin balik . 

Nahu sorf dan arudh, banyak buat latihan oke . Mintak kat ustaz . Ustaz belambak soklan . Haha . 
Balaghah , banyak buat latihan jugak . Banyakkan bukak buku teks . Siyes kabo . Ini sangat penting . 
Buat latihan pastu hapal . Nanti boleh apal ikut latihan kita tu je . Kdg kdg soklan tak ikut nota . Sbb tu kene bukak buku teks . 

Hapal ni kan , bukan kene hapal satu kitab . Ada ringkasan dia . Tapi awal awal ni sila hapal penuh . Last last nanti baru ustazah kasi ringkasan . Nak belajar jgn malas . 

Haa dahh la . 

4. Ajar orang .


Budak budak Mumtaz sofi tu, kebanyakan mereka mengajar orng tauu . Nmpak tak kat situ . Kite tolong orang , Allah tolong kita. Dorang siap buat kelas kt surau nak ajar membe .Mlas rajin je kawan kawan tu nak dtg . Ptostet nota . Nak belajar , tolong jgn pentingkan diri sendiri . Ajak org lain dan bantu .   Kalau kite sendiri yang taknak tolong diri kita , sape lagi kann . Bila ajar org , dia akan menta'kid kan atau menguatkan lagi ape yang kita ajar dan dah belajar . Cayalah . 

5. Jangan ikut orang 

Jangan kau ikut orang yang , 
kau rasa

Eh dia study last menet , cemerlang je . 
Eh , die tido je pun . ok je result dia . 
Please , kalau tahu diri tak mampu . Jgn ikut . 


Just be yourself . Struggle . Allah tengok usaha kita . 

tu je kot . Ade pape pm lah . Hahaha 
Till then . Bai n Assalamualaikum .