Saturday, December 31, 2016

Teori Kebahagiaan menurut Imam Al Ghazali

Teori Kebahagiaan Imam Ghazali

Sesungguhnya imam ghazali ini melihat kebahagiaan sepertimana yang dia lihat pada Aristotle iaitu 'mendapatkan kebaikan tertinggi'  (الخير الأعلى)

Tetapi intipati 'kebaikan tertinggi' bagi Ghazali dan Aristotle berbeza. Kata imam ghazali, bila bercakap tentang 'kebaikan'  mesti ianya tak lari dari 4 perkara. Apa dia?

1)Kebaikan-kebaikan diri
2)Kebaikan-kebaikan badan dan kelebihannya
3)Kebaikan-kebaikan luaran
4)Kelebihan-kelebihan taufiq

Daripada 'kebaikan-kebaikan diri' tu adanya hikmah, keadilan, iffah dan keberanian ataupun kata nama lain bagi ni ummahat fadhail al arba'

Antara kebaikan-kebaikan badan ada 4 iaitu sihat, panjang umur, cantik dan kuat

Yang ketiga, kebaikan-kebaikan luaran pula ialah harta, keluarga, rasa dicintai, dan  rasa dihormati oleh kaum2 kerabat

Yang terakhir, kebaikan taufik,  Yaitu hidayah Allah, petunjuk, perlindungan dari-Nya, dan didikan dari-Nya

Imam ghazali kata lagi, semua kebaikan ini(yang saya sebutkan di atas) memerlukan antara satu sama lain, maka ia tak dikatakan 'kebaikan tertinggi'  sebab kebahagiaan itu padanya sempurna. Apabila sempurna, maka ianya tidak memerlukan yang lain.

Persoalannya, apa dia kebaikan tertinggi tu?

Beliau berkata, kebahagiaan tertinggi tu adalah kebahagiaan ukhrawi (akhirat) yang mana di sana semuanya kekal tiada sementara, semua gembira tiada sedih, semua berilmu tiada bodoh dan semua kaya takde miskin.

Imam ghazali kata, Kebahagiaan yang hakiki tu bukan lah dari kelazatan atau keseronokan sptmana teori hobbes, bentham, mil katakan kerana keseronokan(hedonism) ni datangnya dari kejahilan dan pendek pandangan (tak pikir jauh).

Okay, macam kat atas td kita baru cerita apa itu kebahagiaan tertinggi, persoalannya, camna kita nak dapat?

Berkata lagi Imam ghazali, nak capai kebahagiaan tu, amal mesti seiring dengan ilmu sebab amal menghilangkan apa yang tidak perlu, dan ilmu berusaha mendapatkan apa yang perlu dan memindahkan jiwa ketikamana perlu.

Sepertimana yang dikatakan kat atas, cara atau syarat yang mesti seiring utk dptkan kebahagiaan adalah amal dan ilmu

Amal syarat kebahagiaan : sebab amal melahirkan kebaikan, mengurangkan nafsu dan menyebabkan diri tidak terlalu bersangka dengan keagungan Tuhan

Ilmu syarat kedua, sebab daripada ilmu menghasilkan kesempurnaan, dan menjadikan kita orang yang layak untuk menerima rahmat yang melimpah ruah dari Allah.

Wallahualam.

Ini merupakan ringkasan kitabالأخلاق ومعيارها في الوضعي والدين karangan Dr Hamid yang aku pelajari di universiti. Inshaallah nanti aku letakkan pula teori Ibnu Maskawaih mengenai kebahagiaan. Jikalau salah, sangat dialukan untuk diperbetulkan inshaallah.

Thursday, September 29, 2016

DIRECT INTAKE : IIUM


UIAM GOMBAK 

Secara umumnya, kalau dikira waktu Universiti , tahun pengajian aku tahun ini sudah mencecah dua tahun pengajian. Secara umumnya sahaja. Tetapi secara terperinci nya aku masih seorang pelajar tahun 1  semester 2 di UIAM.

KENAPA BEGITU?

Begini, sistem UIAM agak berbeza sedikit dengan sistem di IPTA lain. Manakan tidak, hari ini sesi pendaftaran dijalankan, esoknya pula kami menghadapi sejenis ujian yang dipanggil APT(Arabic Placement Test), EPT(English Placement Test),TPT (Tilawah Placement Test) dan Fardhu Ain Test. Walaupun begitu, ujian ini hanya dikenakan kepada pelajar direct intake sahaja( bukan student asasi UIAM:CFS). Untung aku dan sahabat senasib direct intake tahun lepas ada senior-senior membantu daripada segi kongsi ilmu sehinggalah mengenai selok belok UIAM through Whatsapp Group.

Kata senior, memang tipis untuk terus masuk ke Kulliyah tanpa masuk dahulu ke Celpad (Kelas Bahasa) tapi tak mustahil kalau-kalau ade student yang lepas ke Kulliyah tanpa Celpad, Dan aku bagaimana? Mestilah aku tergolong dalam golongan majoriti .Haha.  Tidak berjaya masuk ke Kulliyah meskipun hanya Arabic Placement Test sahaja aku tak exit (lulus) dengan mendapat level 6 (level sepatutnya 6.5)

Panjang kalau ingin membahaskan isu sistem UIAM ni .Kalau nak tahu, boleh sembang tepi sambil minum Green Tea WOWKAWKAW. Eheh

Sebenarnya ada bagus juga menyertai kelas bahasa. Banyak masa terluang yang boleh diluangkan di UIAM ni .Terdapat banyak program, kelas talaqqi, halaqah jumaat , aktiviti persatuan yang boleh disertai.Tinggal rajin malas je nak kutip ilmu-ilmu di UIAM ni. Masa ini juga, aku banyak mengenali kawan-kawan baru dan bagaimana UIAM ini sebenarnya. Serious talk, tak ramai mereka yang CFS bergaul dengan pelajar direct intake.Bukan apa,kebanyakan mereka sudah mempunyai kawan dan mengenali kawan mereka sepanjang pengajian mereka di CFS . Jadi untuk aku menyertai mereka ,agak janggal . Lebih lebih lagi ajakan perbualan kita seperti endah tidak endah . Biasalah perempuan . Aku tidak maksudkan semua. Sebilangan .


BAGAIMANA BELAJAR DI UIAM ?

Sem lepas aku ambil 7 subjek . Kebanyakan subjek tak dirancang. Again, kerana sistem UIAM . Haha. Apapun, alhamdulillah , Terima kasih kepada staff UIAM yang bekerja keras sehingga aku dapat subjek dan cukup credit hour.

Subjek yang aku ambil adalah Ulum Hadith, Ulum Quran, Madkal ilal Fiqh, Al Arabiah lidirasah Islamiyah, Quranic Prophetic Text( aku tak ingat nama bahasa arab dia) ,Tilawah Advanced 1 dan Study Circle1 

Kalau diikutkan semua subjek menarik bagi aku. Cuma, masalah aku kekurangan skill dalam memahami bahasa arab meskipun bahasa yang lecturer gunakan bahasa arab fushah. Aku sedih dengan diri aku sendiri. Usah bilang berapa kali air mata menitis,mengalir untuk memahami apa yang dipelajari walaupun bahasa itu telah aku pelajari selama 6 tahun! Masalah seterusnya juga aku tidak tahu kaedah sebenar menjawab soalan peperiksaan ini. Ianya bukan seperti STAM(hafal dan faham),ianya memerlukan lebih dari itu . Kefahaman ayat quran, teknik menulis syarah dan sebagainya.Aku tidak mahu menjadi dalam kalangan asatizah yang memberi fitnah kepada agama yang agak berleluasa mutakhir ini.Nauzubillahiminzalik. Namun, Tuhan itu maha penyayang, Dia hadirkan sahabat dan insan yang membantu aku.

Oh ya, kos aku disini Fiqh dan Usul Fiqh .Berbalik kepada subjek yang aku pelajari sem lepas. Subjek yang aku suka ialah subjek Quranic Prophetic Text.Ya, benar -benar mengajar aku mencintai al quran . Lebih-lebih lagi syarahan Ustaz Nasr El Din itu kadang-kadang begitu menyentuh jiwa. Subjek ini mengajar mengenai irab al quran dan hadith , juga mengapa Allah memilih pemilihan perkataan sebegitu di dalam Al-Quran. Tetapi yang sedih, apa yang kami belajar hanyalah ayat quran dan hadis yang terpilih di dalam silibus tidak keseluruhan . 

Aku juga meminati subjek fiqh . Hakikatnya di awal kelas,aku menangis (memang aku cengeng haha)  kerana tidak memahami kata-kata ustaz yang begitu terkesan dengan lahjahnya. Iras iras bunyi nogori juga kalau diikutkan loghat bahasa melayu haha . Alhamdulillah, lama kelamaan aku semakin memahami kalam-kalam ustaz.

Subjek lain juga bagi aku tidak terlalu banyak masalah dari segi pelajaran . Menjawab soalan peperiksaan itu yang MASALAH ! haha

Keputusan sem lepas aku tidak berharap untuk deanlist . Aku menjangka pointer aku lebih teruk daripada keputusan aku berdasarkan cara aku menjawab. Ya, aku faham dan ingat . Namun ingin mengolah dan syarah dalam bahasa arab itu sedikit sebanyak memberi masalah kepada aku. Mungkin lecturer faham isi aku, barangkali sususan ayat yang berbelit .

Misalan kata

Malaysia negara sebuah yang makmur merupakan

Sedangkan apa yang ingin aku sampaikan : Malaysia merupakan sebuah negara yang makmur

Barangkali begitu bunyinya 

Membawa amanah menuntut ilmu ini seronok tetapi terkadang menyedihkan lebih lebih lagi memikirkan orang tua di rumah abah (bapa) aku sudah pun menjangkau 77 tahun, dan mama(ibu) aku sudah pun berumur 55 tahun dengan penyakit kencing manis . Besar harapan aku untuk berjaya melihat mereka tersenyum gembira. Semoga Tuhan izinkan.


BAGAIMANA TAHUN INI ?

Aku pun masih berusaha untuk menjadi lebih baik . Aku sebagai hamba hanya mampu berusaha, meninggalkan perincian hasil supaya diri tidak mudah rebah dan lelah . Semoga Allah menguatkan aku . 

Tahun ini subjek yang diambil seperti dirancang walau terpaksa juga dengan rela menempuh onak diri mendaftar subjek . Alah bisa tegal biasa. Student itu memang azalinya banyak berkorban bukan ?
7 subjek diambil .Kebanyakan memerlukan fikiran yang sedar dan waras .

Antaranya Psychology, Creative Thinking, Usul Fiqh , Islamic Ethics ,Tilawah Advanced 2, Study Circle 2 

Sungguh aku katakan , Islamic Ethics itu mengkaji kitab falsafah mengenai akhlak dalam bahasa arab ,Kitab Dustur Akhlaq fil Quran karangan Syeikh Muhammad Abdullah Darraz. Asalnya kitab ini dalam bahasa Perancis , "La Morale Du Koran "

Doakan aku , kau, dia , mereka dimudahkan dalam kefahaman soal agama.

Yang terakhir, jemputlah menjengah ke Library UIAM . Bilang ustaz aku dari Indonesia, Prof Muntaha ,

 " aku telah menjelajah ke beberapa perpustakaan di sana dan sini, tidak aku dapati perpustakaan seperti ini hatta di tempat aku sendiri "

Banyak kali juga Ustaz menyarankan untuk membaca kitab-kitab di Library UIAM . Tapi aku risau saja kefahaman aku menyerong . Aku harap ini bukan alasan .


Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)



Friday, August 19, 2016

Trip Bujang: Cameron Highlands 2016 (Part 2)

Ok Assalamualaikum

Malam ni haa baru free siket nak sambung ceghitanyaaaa

Orait.

Cadang kitorang nak bermalam sehari je . Ahyelah, bajet short vacation katakan . Lagi lagi student macam kitorang ni . Non hadoo

Tapi lepas musyawarah dan mempertimbangkan segala aspek sudut, kami cadang tambah lagi satu malam. We need to pay rm200 more for 1 night omg

Bangun pagi esok dengan penuh semangat harapan membara nak pergi ladang teh. Ini ikut pesan ayah Tikah , Orang kata apa, lebih banyak maslahah dari mafsadah gitu luls. Nak elak jam dan sebagainya lah

Walopon koi dh makan roti gardenia berintikan jagung pagi itu, dorang tetap menyuruh koi makan. Jadi sebagai sahabat yang baik lagi solehah , koi akur haha

Tips: 1)Sila makan , cuaca sejuk mudah lapar weii haha
2)Pergi Ladang Teh pagi sbb kalau lambat memang jam dan ramai orang . Believe me!


 

Semangat membara nak pergi ladang teh



Kedai Makan Nora , worth to try . Ada roti bakaq telur goyang .Dan makanan pepagi yang pasti murah dan bajet. Crowded , but i love being in crowded heee

Meja makan kan adalah port terbaik untuk berbincang, To make it simple,we decided utk cari tempat menginap lagi murah and bajet. 1 malam je kot, ape ade sangat kan

After all the struggle and annoying owner of hotel in Cameron .Alhamdulillah , we found 1 hotel bajet for rm130 per night . Better than rm200 kan . Ok lah

Lepas makan, terpaksa balik apartment packing dan dengan barang terus pergi Brinchang dan kami jalan sana sampai petang yeayy


Feeling like at the overseas 


First destination


Awkward pose from us haha


Tea Boh Factory

Cekyah's hand




I wonder how its taste. Nasi Lemak Cheesecake . Looks like ramai yang beli daripada kalangan foreigner 

5D Wall Art Kea Farm

Second destination kitorang , Kea Farm. Sayur dan buah lebih kurang sama harganya dengan  Pasar Malam Brinchang, tapi kalau pandai cari, boleh jumpa yang murah murah

Contohnya tshirt tempat lain rm20 lebih/rm30 lebih . Tapi alhamdulillah, i found tshirt rm13. Cantik pun cantik . Yang penting pandai survey harga 

Dekat Kea Farm jugak ade largest 5D wall Art pertama kat Malaysia . Tak silap barulah jugak bukak . Daripada 5, just two of us je masuk 



Banyak lagi . Tp cukup dulu lah kan . Kalau nak pergi lah sini . Rm20 per entrance


Cute colorful cendawan kat S Corner

After shopping di Kea Farm , kitorang singgah kejap ke S Corner. Tak beli ape pun . Cuci mata. Lepastu kitorang pergi lunch di tanah rata ( Kedai Kak Yan) 

I dont know the food mahal ke , ataupun reasonable. Kawan koi kabo sane susah dapat ikan atau ayam sebab tu quite expensive kot padahal tempat makan tu gerai je pun

Koi makan ikan keli belado, salad sekeping, dan air suam
rm6.50 

hmmm.tktahulah kalau salad sekeping tak masak tak guna minyak bawang semua tu sampai rm2/3. Hmmm

*****

Sebenarnya bnyak je tempat lagi di Cameron cth mcm bunga ke, bee farm , rama-rama . Tapi kitorang tak pergi pun sebab ada yang entrance kene bayar, haha . Satu lagi tempat tu mcm cliche. For us lah . Kalau korang suke , pegi je laa hee

Koi akan pergi ke sana kalau dia tanam bunga semua atas tanah lapang . Bukan dalam pasu . Cantik dan indahnya alahaii

Akhirnya, last destinasi kitorang

OPAH STRAWBERRY FARM DAN ABANG STRAWBERRY 200 SEEDS CAFE !!!

Self Picked



The strawberry pie and ice cream was yummy, scrumptious and delicious

Rm2 . The smooth texture and the tasty sweet strawberry syrup on top really made me want to come again just to buy the ice cream haha


 Depan Cafe Abang Strawberry . Craving nak makan scones, tapi dah habis kot . Makan cream puff , Omg sejuk mcm bru keluar peti hahaha. Faktor udara barangkali

so tadaaa . Alhamdulillah . Itu je percutian kitorang selam 3h2m ni. Petang tu kitorang check in, dan 10.30pagi kitorang bergerak pulang ke rumah . Makan malam di gerai kawasan tu jugak .Sedak dan harga berpatutan

Scenery atas hotel bajet kitorang


Oraitt seperti dijanjikan bajet kitorang kan . Inshaallah i will edit this post tomorrow for the budget . Publish dulu . Adoyai mengantuk dah haha








Tuesday, August 16, 2016

Trip Bujang: Cameron Highlands 2016

Bismillahirahmanirahim

Wow,its has been a long time i didnt writing here. Feeling awkward sangat bila lama dah tak menulis. Lols, Sebab sekarang dah ada instagram, biasa corat coret situ je. Jadi sebabnya koi nak cerita pasal trip yang sekejap, namun panjang al kesahnyaa. Jadi koi fikir better tulis kat blog. Untuk jadi rujukan diri koi sendiri atau sesape je la nak rujuk kalau nak gi Cameron Higlands. Heee

Okay, trip bujang ni terdiri daripada lima orang kawan kawan koi. Seriously last minit plan .Takde ape tujuan sangat melainkan untuk spend time ngan kawan yang jauh jauh tu(x de lah jauh sgt lul),n tenangkan fikiran and of course untuk lihat kebesaran ciptaan of Our Creator . Ceh , cliche sangat kan haha

Kitorang pergi ke sana naik bas je . Acah acah backpackers sangat kan . haha
Daripada Temerloh naik bas ke Raub , and dari Raub naik bas Pahang Lin Siong ke Cameron. Ok, bajet n harga nanti koi cerita kat bawak sekali okay?

Masa nak naik bas transnasional ke raub tu, mak aii dah penuh . Datang awal je  Tapi duduk kat luar.Taktahu pulak transnasional ikut tempat duduk suka hati . Akhirnya dapat duduk belakang, single seat . Serious tak selesa(walaupun ada masa lena jugak dlm bas tu haha) sbb sempit dan tak betul duduk dengan pegang beg besar adeii

Pengajaran

1. Masuk bas awal kalau nak tempat duduk selesa hehe

Masa sampai Raub tu kitorang terpana pana sangat. Lebih lebih lagi bila tengok tiket Pahang Lin Siong online , semua seats fully booked . Sampai sana pergi kaunter, ade uncle tu tegur. Dia kata situ takde tiket . Kalau kitorang nak naik Pahang LinSiong ke Cameron , next bus pukul 3.30 petang . Tapi bukan kat terminal ni . Tapi kat terminal baru . Tahulah kitorang yang kitorang ni salah terminal.

Uncle tu muka garang tau . Tapi hati baik betul . Dia bagitau kat driver bas kawan dia(cakap chinese) , suruh tumpangkan kitorang ke terminal baru tu . Tak jauh mana, tapi kalau jalan kaki tu , jenuh lah jugak . May God bless you uncle

Masa sampai terminal baru tu debar debar betul takut takde tiket dah . Taktau lah macamana, takkan nak balik rumah, takkan nak ke Kl haha *senyum dalam tangisan

Jadi kawan koi , Atiqah dengan muka yang cool dan machonya pergi ke akak kaunter. Dia tanya tanya, koi tak dgr pun sbb duk jauh , nampak gerakan mulut je lol . Dan alhamdulillah , koi nampak akak tu print tiket untuk 5 orang weeee . Rasa nak sujud syukur kat situ jugak hahaha

Apa pengajaran kat sini?

1. Better booking tiket awal , Sebab kita taktahu possibilities kita sampai macamana kan. Anything could happen
2. Jangan percaya online tiket punya seats dah habis hahaha
3. Sabar , redha dan banyak doa hehe

Masa kat sana (Terminal Raub) tak jumpa gerai untuk makan dan habiskan masa sementara tunggu pukul 3.30 petang(surau dia kunci,bukak lepas pukul 1 je , Itu pun untuk solat sahaja,lepastu kunci balik). Pastu kitorang pun makanlah kat restoran pizza *itu je nampak kat situ. Yang penting bukan pizza hut . Kitorang just ambil pakej student rm10.05 tapi tambah air mineral and soup mushroom lagi satu . I dont know lah kan , cas dia sampai RM18 lebih . Uish , mahal dri pizza hut kot padahal pizza cenonet je , Baru ingat nak jimat rm 10.05 bahagi 5 orang . Haha . Dia kira tak ikut harga pakej caitt

Pengajaran kat sini

1. Beli roti siap siap, pergi kedai makan order air je haha . Pastu borak puas puas . Jimattt.
Kalau melayu tulen macam koi, tahan je dulu lapar nasi tu . Kat Cameron nanti beli okay


Tips: Untuk yang ada travel sickness tu , setengah jam sebelum pergi gerak ke cameron, makan ubat dulu tau . Koi beli kat farmasi sebijik dalam 0,30sen je . Mama belikan 1 papan untuk koi haha. Ubat ni beli awal la. Sehari sebelum perjalanan.

ok, perjalanan ke cameron sangat mengantukkan hahaha . Tapi alert lah , banyak jugak kawasan kawasan cantik keindahan alam dalam perjalanan tu . Kalau nasib baik , dan jenis suka tengok benda benda hijau bukit bukau cam koi , boleh lah nampak nanti hehe. Kalau dari raub ke cameron, mesti akan lalu satu jambatan yang bina kat lereng bukit . Cantik uii




Kitorang sampai Cameron jam 6 petang lebih . Sehari sebelum pergi , kitorang dah buat confirmation deposit untuk kereta sewa dan rumah apartment

Pengajaran

1. Hotel Bajet banyaknya je kat Tanah Rata tu . Dekat je dengan gerai , terminal . Better tempah kat sini . Mostly hotel bajet ni korang susah nak jumpa online/trivago dan seumpamanya . Tapi kalau sukakan kelesaan/ramai/nak memasak dan harga tinggi sikit , boleh lah tempah apartment
2. Kalau nak duduk kat hotel yang cantik pemandangan dah murah , ada kat Brinchang. Tapi memang kene tempah awal , kitorang buat confirmation lambat , harga dah naik balik haha. Lagipun kitorang ni pun last minit punya plan

Biasanya kalau rancang awal awal pun , mesti tak jadi .Sebab tu kitorang bincang last minit . haha . tapi inilah masalahnya haha

Sebenarnya kitorang gi sana tak plan sangat pun . Malam tu baru bincang nak pergi mana hee. Sampai sana kebulur betul , mungkin sejuk atau pun perjalanan kitorang ni jauh sampai lemak lemak dlm perut begegar semasa naik bas dan menyebabkan pembakaran berlaku , kahkah

Jadi malam tu kitorang masak maggi

Selfie dulu depan apartment masa malam pergi Pasar Malam Brinchang. Hee

Tips: Bawak lah maggi siap siap . Maggi penting kot haha . Kalau gemarkan pemakanan sihat , bawaklah roti banyak banyak . Molek agihkan ngan kawan , sorang bawak susu kotak kecik tu , sorang bawak maggi , sorang bawak roti, sorang bawak pekakas mandi ,sorang bawak telekung . Haha , pandai pandailah bijak aokme nak tolan ansur , saling bantu membantu hehe . Air masak kene bawak tau walaupun sejuk. Makanan ni semua penting untuk breakfast atau supper hee. Jimatt lagi sekali

Malam tu kitorang pergi Pasar Malam Brinchang je , Mostly harga lebih kurang je . Tapi tak beli ape ape pun  malam tu, sebab baru nak survey harga antara Pasar Malam dan Kea Farm. Malam tu beli nasi goreng dan nasi ayam je . Nasi ayam dia masin hahaha . Kat Pasar Malam tak jual bawang kot haha penat den cari . Pasar malam banyak jual sayur , souvenirs, sayur sayur bayam cendawan brokoli celup tepung , bebola semua tu lah macam biasa . Tapi makanan nasi semua tu tak banyak pilihan . Sedih koi haha

Kat Pasar Malam Brinchang banyak Strawberry besar besar . Kalau minat , beli je lah kat sini . Jangan menyesal mcm kawan koi sorang tu hahaha

ok lepastu kitorang pun balik apartment , Walau ade 3 bilik , masing masing belaka tengok tidur kat ruang tamu depan tv sambil tengok rancang memasak korea , sedap pulak tengok dorang masak telur sampai tertidur kitorang seme haha. Serius malam mmg sejuk . Malam tu pun koi pakai stokin bebulu , sweater , dan berlapikkan dua toto haha . Dah nak dekat pukul 5 pagi tu bru rasa panas sikit

Okay mcm dah panjang je untuk satu hari . Nanti koi sambung lagi part 2 hehe. Nak memasak jap