Monday, June 25, 2012

Sakainess shows on your attitude !

hambik kau , rakus gila betol aku nak updet . zzaapps teros letak gambar . aku tak tahu gila ke apa akak tu , dia tak habis habis tanya aku pasal kain dalam . eh, korang boleh tengok sendiri lah dlm tu . aku tukar topik pon dia masih nak cerita pasal kain dalam . kejadah ?kejadah ?

ye ye je itu 'akak '. aku syak lelaki  biroh tahap dewa lah yang menyamar ni .
okeh , kenapa aku cakap macam tu ?

1. dia tanya aku kena spotchek apa harini . dia kata dia perempuan, dia dtg harini tapi ape kejadah sgt taktahu spotcek apa harini .
2. sibok tanya perasaan aku waktu spotcek kain dalam , mcm dia tak pernah jee.
3. gambar fb dia takdak, yang ada pon tak tunjuk muka
4. nama FB dia sengal sangat .nama dia +nama tempat .

kau perasan tak? apa yang dia cakap pasal kain dalam je . hamende ke gila lahh . eh , spoil lah mood aku petang2 yang indah gini. aku tak balas dia panggil nama aku , macam desperate gila nak tahu . argghhh ~ menyampah dohhh .

last2 aku unfriend then block .
aku padam nama je , dah ada klu . gambar pon dah ada . hati hati lah yak . haha

aku ingat aku sorang je kena tapii

Friday, June 15, 2012

Lelaki yang aku suka

Assalamualaikum semuaa . hurmm , macam nilah aku nak cakap .

aku rasa ni lah masanya . ya . masa yang sesuai aku nak bagitahu lelaki yang aku suka. Beliau sangat comel orangnya .

kepada peminat peminat aku di luar sana . sabarlah ye~ mcm mana pulakkan . tapi aku taw korang masih ade peluang lagi nak ngorat aku . sbb laki aku suka tu 'ARTIS'. Hehe . Sebagai fans jee . sian korang patah hati .

Lain kali confess awal2 tauu . PFFFT .

Bahasa dia atas hanyalah kiasan untuk intro . abaikan ye. yep yep yep .



omomo , comelnya bahasakan diri sendiri dengan nama . LOL . ni sebenarnya dah lama dah . saje nak upload arini . Exam sebenanya tak abis lagi , kiranyaa aku updet ni nak release tension lahh. orait orait . beliau lah lelaki yang aku suka.

sbb ape suka ? entah taktau . tapi series dia comel dlm cite HooreHoore tu , nak2 rambut sikat belah tepi . comel ehh . Tak tengok pon lagi cite tu . Takde orang nak teman tengok wayang . T_T




lagi comel dengan baju skolahh . LOL . tapii sorilah gambar ni tak mcm comel sgt .
bukan dia je . ade lagi sorang . yaituuuu .



Aliff Aziz , haha . dulu tak suka sangat pon dia . apa sangat lagu sayang sayang sayang tu . tapi cerita inilahh yang mmbuatkan aku suka dia 


Yeahh , CintaVlog . nak tengok full movie gi googling seniri.

mcm comel je dlm ni . yang penting rambut sikat belah tepi kayy.


tu jeee . aku takdelahh obses sgt okayy . biasa2 saje . tapi ade lah sikit rasa suka . dalam 5 tu , aku kasi 2 je aku suka . LOL . kira suka jugaklah kann ?


thats all . tadaaa

Monday, June 4, 2012

The day of story

assalamualaikum wa ohayo . wa ? apa itu wa ? wa gua ke ?

haik . dok aih . wa tu maksod dia "dan" . alah, aku convert bahasa arab jee pon .  ohayo ? maksod ohayo aku pon tak pasti samada selamat pagi atau apa khbar . ok apa jadah cite pasal bahasa ni . haa , pada enti lepas aku ada stori mori yang abg aku nak kawin kann ? haa , dorang dah kawin dah . Praise to Allah :') . HIHI .
sekali lafaz je kot .


yang tak tahan nya waktu hari akad nikah tu , leh pulak kadi tu buat lawak . selalu aku tengok kadi ni series meries je , tapi kadi tu mmg terbaekk lahh . terpancar di muka abg aku pada waktu iteww yang beliau sedang nervous , tapi kadi tu leh wat lawak pulak . senyum tak senyum jee abg aku tu aih . waktu lafaz akad nikah pon suara mcm nak menangis jee . nervous barangkali . yah , bape kali aku nak repeat nervous ni ?

but but . maaflahh , gambo takdak lagi . ade kat photographer lagi . gambar buruk gune enpon cikai aku ade lahh . tak best lah gambar cikai2 jee , haruslah gambar gune DSLR giteew .

aku stay kat kampung minggu lepas, kerja sekolah tak usik pon, inikan pula ingin menghapal untuk exam . next week dah exam . baru start semalam ngapal . baru sikit . sikitt jeee ~eh eh eh , kenapa aku stay kat kampung ? okay aku stay kat kampung sbb abg aku tu kawin, wat majlis kat kampung . bukan kampung atuk/nenek/oyang/tokki/opah.aki/wan dan sebagainya tapi kampung rumah mak pertama aku . *angkat kening .
untung lahh ade dua mak . HIHIKS

bila gathering keluarga ni lah yang paling bestt . bertemu dgn sedara sedara . main pukol pukol , gurau gurau, merepek repek  dan mcam lah aktiviti yang ada .

PAGI


pagi pagi sedara sedara perempuan ni haruslah mengemas rumah, sidai pakaian dan memasak , lipat tilam . manakala kaum adam pulak pepagi ni , kalau tak tido , dorang main PES(Pro Evolution Soccer) ramai ramai . Mmg pemalas . Lepas sarapan, kitorang semuaa tgok movie dlm laptop pulak ramai-2 . Imagine kitorang yang ramai tu berhimpit2 nak tengok movie tu , walhal laptop kecik jee . Ade yang tak tgok movie kat laptop tapi tengok tv .

Nak masok Tengahari


Masok pukol 11 kaum hawa kena memasak pulak . Lelaki ? masih dengan PES tak pon tengok cerita anime Bleach, One Piece dan lain-lain .

Bila masa pulak dorang buat kerja ? HAAA , waktu solat . ekceli bukan kerja lah . Tapi dorang menjadi peranan sebagai imam . wahh , kami semua ni semua dri sekolah agama , so no wonder sedara sedara boleh membaca surah surah yang panjang . surah surah lazim yang biasa dihafal kat sekolah je laa . Hoho ~

Masok waktu tenghari , biasanya bebudak ni tido , ade pulak yang letak cekelat , dan cekedis2 dalam doorgift . Ade yang tengok TV .

PETANG


Masok je waktu petang dalam kol 4 camtu, lelaki pulak kene buat kerjaa . angkat batu kecik2 tu , tabur kat atas tanah . takut lecak lecak nanti . kesian orang yang dtg waktu kenduri nanti kann . kesian aku tengok mereka ni , mcm buruh jepun dah . nak tengok gambar ?

tadaaa . lol , excited pulak .


okayy , abaikan gambar tangan yang mcm pondan tu . biasalah spontann . ekceli , ade lagi gambar pasal angkat batu ni , tapiii mempunyai unsur2 keseksian yang melampau . HAHAHA . anda mane boleh tengok . nanti tergodaa ~ BHAHA . ok tipuuu .

Petang yang benar bnar petang


sampai waktu petang pulak , budak laki laki ni main bola pulak . yang si perempuan ni kena jadi tukang bawak air , aku pulak ? jadi cameraman . last2 kene kutok sbb tak reti rakam . Tatatata .

gambar main bolaa ? ini diaa

nampak kelapa ? haaaa , itu goalnyaa . tapi sengal jugaklah . pihak lawan goal dia besar , maksodnya jarak diantara dua kelapa tu besar . yang pihak lagi satu goal bapak kecik . nampak orang pakai baju putih minum air sirap ? LOL . mcm tau je kan minom air apa . nmpak tak org yang tengah minom air ? itu abg aku . dia sebagai capten pasukan . capten kononnya . ulang kembali 'kononnya'. tapi tengah org main dia bantai gi curi tulang minum air . mmg merepek cara dorang yang main . ade smpai pegang keeper pihak lawan tak nak kasi keeper tangkap bola  . ade sampai putuih selipar . agak2 aku dlm 3 orang mcm tu putus selipar . main bola sgt gayenyee . ade smpai seluar koyakk . tapi seriously petang tu mmg sakit perot aku semua gelak .

MALAM


akhir sekali cerita psal waktu malam . kitorangg solat jemaah . sampai tak cukup telekung kat kampung . tapi tak kisah , sbb ade diantara sedara aku tu malas boleh jamak je . bukan bapak2 ye yang jadi imam . anak sedara aku tu jugak jadi imam . kemudian solat hajat pulak . bertukar imam . kemudian baca yassin . nak gambar lagi ? haha . ok ini dia .


gambar ini memang saja di 'blur'kan . saje jee . tak boleh ? hihi

okeh tu jee . jgn anda igt setiap hari kami buat perkara ni jee . ni aku amik random2 jee . sebenanya banyak lagi aktiviti kami lakukan . hoho . okee daaa :)