Tuesday, October 4, 2016

Jodoh dan Tanggungjawab

Beberapa hari yang lepas, sebaik sahaja tamat kelas terakhir pada hari itu sekitar jam 11.30 pagi , segera aku bergegas pulang ke mahallah memandangkan perut ini telah memberikan isyarat pada otak bahawa dia memerlukan sesuatu untuk diisi ke dalam perut . Sampai sahaja di Cafe Mahallah , aku mencedok nasi serta lauk daging dan ditambah beberapa jenis kuah sebagai penambah rasa pada nasi itu . Semasa aku sedang beratur menunggu giliran untuk membayar harga nasi dan lauk aku itu, aku melihat seorang gadis ber'shawl' dusty pink , keadaan tudungnya itu yang terkehadapan langsung tidak kemas betul betul membuatkan aku berfkir apakah yang menyebabkan beliau sehingga begitu jadinya, sugul wajahnya sedang menguis telefon pintarnya sambil tangan sebelah lagi menekup kepala . Lagak gayanya betul-betul seperti memikirkan masalah ummah . eheh

Setelah membayar di kaunter , aku terus menyapa gadis itu yang memang sudah aku kenali semenjak di Kulliah STASAB. Dia membalas sapaan dengan senyuman riang . Aku meletakkan makanan dan minuman limau ais aku di hadapannya . Kelihatan dia sudah menghabiskan makannya lantas aku bertanya akan perihal tudungnya itu sekadar ingin memecahkan kesunyian . Aku duduk mengambil tempatku sambil cuba mendengar jawapan daripada gadis itu .

"entahlah tiqah koi( gelaran nama aku) , ini kira okay saya pakai . Haritu tak sempat sampai bilik dah tercabut tudung ni" jawab beliau sambil ketawa

Aku cuma tersenyum melihat gelagat beliau yang sudah aku dapat tebak jawapannya sebegitu. Perbualan kami seterusnya berkisar bagaimana Minor dan Major di UIAM . Perihal pekerjaan akan datang . Biasiswa dan PTPTN. Namun isi terakhir menjadi isu yang paling panjang dibahaskan ialah isu JODOH .

Gadis ini, jujur aku katakan seorang yang cerdas dan bijak . Namun...
ok jom baca lanjutan perbualan kami

"Tiqah koi, saya rasa saya sunyilah"
"Maksud aok ?"
" Yalah , saya tengok semua orang ada pasangan masing-masing. Tapi saya takda . Fitrah saya, rasa memerlukan "


Aku diam. Tidak tahu memberikan respon seperti apa , bagaimana .

Kemudian gadis ini menyambung

"Tiqah koi perasan tak ade pekerja baru buat air tu ?" soal gadis itu ketawa termalu malu .
" Kenapa ? aok minat dia pulak ke ?" duga aku seakan akan menghidu apa yang cuba di sampaikan gadis itu
"Dia hensem laa. Saya rasa macam sweet sangat " balas gadis itu lagi
"Eh mudoh betul aok ni . Haritu orang lain, ni jumpa orang tah mane mane kat tepi tepi , minat pulak dah " jawab aku.

"Mungkin sebab saya sunyi , saya mudah jatuh cinta . Walaupun dekat orang yang buat air je " jawab dia .

Aku diam . Entah, makanan yang aku makan itu tidak kena di tekakku waktu itu . Mungkin disebabkan demam . Aku membersihkan tangan , menghabiskan air minuman dan mengajak gadis itu utk membeli roti canai pula . Kami mengambil tempat berhampiran dengan gerai roti canai dek kerana pakcik roti canai itu hilang tanpa berita

Sebenarnya isu dia bukan pada pekerjaan buat air ke tak, Aku membiarkan gadis itu dengan kesunyiannya . Kerungsingannya tentang jodoh . Aku tahu, aku bukan yang layak dalam ingin menyusun kata .

Mungkin sahabat aku ini salah seorang contoh daripada kebobrokan masyarakat sekarang . Maaf aku pinta, tulisan blog aku kali ini bukanlah ingin aku huraikan erti jodoh mengikut kamun dewan bahasa dan sebagainya . Kalau anda mencari yang sebegitu, maka bersedialah untuk menekan butang pangkah di sudut belah kanan di monitor atau skrin telefon anda .

Kalau di tanya pada aku mengenai jodoh . Entah . Aku tidak memikirkan apa sangat sekarang ini . Alah , sudah maklum . Umur umur begini perbualan jodoh menjadi mainan harian orang orang di sekelilingku .

Mungkin umur 19 tahun itu sudah dikatakan matang pada sesetengah hal . Dan umur begitu juga boleh dikatakan mentah dalam sesetengah hal . Bagi hal jodoh , atau lebih aku perincikan lagi ,jodoh perkahwinan . Aku belum sedia untuk hal itu .

Untuk yang tidak mengetahui ,aku di lahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan besar . Manakan tidak , abah aku beristri dua . Mungkin bagi orang lain tidak perlu 'terlalui' risau kapan bagaimana ibunya di rumah kerana ayah mereka masih disisi ibu mereka . Adik beradik yang lain masih ada hampir boleh melihat ibu di rumah .

Tetapi untuk aku , abang abang aku semua sudah berkahwin . Hanya aku anak bongsu perempuan tunggal yang belum berkahwin . Kadang-kala mama ku (ibu) di rumah berseorang tatkala abah pulang ke rumah mak (isteri pertama abah) di kampung . Aku tidak memarahi abah ku kerana aku tahu itu tanggungjawabnya . Yang lebih meluluhkan aku apabila mama yang semakin berumur, dibebani pula dengan penyakit kencing manis dsb mula tidak berselera makan . Hanya memakan roti atau biskut sepanjang hari . Pulang sahaja aku dari UIAM, melihat kurangnya bahan bahan masakan di rumah .

Kalaulah bukan kerana tanggungjawab ku menuntut ilmu di UIAM , pasti aku sudah berhenti belajar. Aku lebih suka pada masa ini melihat mamaku di depan mataku sendiri, makanannya aku boleh uruskan , andai dia sakit kaki , aku boleh urutkan . Sukarnnya dia untuk membuat deposit wang ,aku boleh bantukan .

Hendak sahaja aku mengambil lesen , namun rezeki keluargaku tidak menyebelahi . Kalau tidak , pasti di waktu cuti aku boleh berniaga dengan sedikit ilmu memasak yang aku ada, boleh aku membuat delivery di sekitar kawasan rumahku .

Besar harapanku untuk memberi kesenangan pada mamaku . Inilah penyebabnya aku kini terus ingin belajar di UIAM . Melihat mama sendiri yang sudah lama ingin menunaikan haji/umrah di Baitullah tidak seperti abahku dan mak yang sudah diizinkan untuk pergi ke sana  . Mama tiada sumber kewangannya sendiri . Hendak memasak sahaja sudah tidak berdaya . Maka sebagai anak , aku lah yang rasa paling bertanggungjawab sekali untuk merealisasikan hasrat itu .

Dan kemudian sahabat ku bertanya kepadaku tentang jodoh . Susah untukku menerangkan kepada mereka yang tiada di ruangan kasutku .

Pernah mama ku bilang padaku ,

"pada tahap ni , mama pikir tentang putus nyawa je . Tapi , risau ke awak tu yang tiada siapa yang ingin jaga . Kalau awak dah kahwin , dah ada orang jaga"

Ah , benci betul aku mendengar kata-kata sebegitu .