Ni lah yang aku paling takut .
Fitnah .
Besar sungguh impak fitnah ni boleh jadi kat seseorang . Spt kita tahu , dalam Al Quran pun ada menceritakan fitnah fitnah yang terjadi pada zaman nabi . Betulkan saya kalau salah . Insyallah .
1. Kisah Nabi Yusof dan Zulaikha
2. Kisah tuduhan terhadap Maryam
3. Peristiwa Al-Ifik
Selepas STAM , banyak program yang dijalankan di Kulliah Al lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar . Okay, saja tulis panjang nama sekolah . Antaranya ceramah ceramah , juga Program Tahsin Yassin dan Doa, Program Penyembelihan, Program Dunia Kraf, Kursus Pengurusan Jenazah dan lain lain . Penceramah juga dijemput khas seperti Ustazah Fatimah Syarha , Ustaz Ebit Liew , Sheikh Maulana Johari , Murobbi aku sendiri dan ramai lagi . Series kata , best . Tapi aku sedikit kecewa kerana tidak dapat menyertai kursus penyembelihan dan dunia kraft untuk menghadiri kelas MUET . sob sob
Aku ade mencatatkan serba sedikit melalui pengisian pengisian tersebut , dan beberapa tazkirah dari pelajar kulliah sendiri dalam buku aku, tapi buku tu ada kat sahabat aku pulak. Mungkin lain kali aku kongsi . Insyallah .
Apa topiknya ?
Krisis Identiti dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama
Pelajar sekolah agama yang mana belajar agama yang dipilih oleh Allah dgn kasih sayangnya ini secara automatiknya merupakan bakal pewaris ulama. Tapi cuba kita lihat keadaan sekrang . Pelajar sekolah agama sendiri malu untuk mengaku sekolah agama , malu nak berbahasa arab . Tahajjud ke mana , Qiamullail ke mana dan terlalu banyak maksiat yang memang tidak menunjukkan langsung pelajar beragama.
Allah .
Kalau kita sendiri , maksud aku , kalau pelajar sekolah agama sendiri yang mcm ni , belajar main main , ilmu curah atas kertas peperiksaan je , solat jemaah enth kemana , kapel ,
Jangan nak salahkan ummah yang teruk bermaksiat , murtad syirik kepada Allah sekarang ni . Jangan nak salahkan pelajar pelajar sekolah biasa yang free hair kalau pelajar sekolah agama sendiri yang free hair, yang 'bagaikan melepas batok di tangga' .
Aku ingat kata Ebit Liew , dalam dunia ni ade 7 billion manusia . Hanya 5 billion yang masih belum beriman . Siapa nak bertanggungjwab atas mereka ni ?
Aku tersentap . Air mata aku bergenang . Aku rasa bersalah .
Murobbi aku . Ustaz Karim kata . Masa muda dulu bawa kitab Mantiq tunggu bas dan baca .
"Saya bangga sekolah agama, saya bawa Kitab mantiq kat setesn bas ,saya bangga pegang buku arab , belajar bahasa arab, saya baca je walaupun tak paham pun baca kitab tu, " katanya .
Kalau nak tahu , zaman dulu lagi sinis orang pandang sekolah agama ni . Sekolah pun tak mudah mcm sekarang dengan pelbagai kemudahan .
Ape masalahnya lagi ?
Yang si perempuan menggedik gedik dengan lelaki, ketawa, melalak , mengilai . Adab entah kemana , adakah ini nilai pelajar Islam ?
Adakah ini sifat yang kita mahukan ?
Macam ni nak jadi seperti Saidatina Khadijah ?
Mcm ni nak jadi seperti A'isyah ra
Mcm ni nak jadi seperti Fatimah ?
Ramai diantara kita masih leka dengan hiburan . Aku pun .
Yang masih taktahu tanggungjawab mereka untuk ummah .
Kita ini berdosa untuk ummah .
aku bagi cth .
Ilmu fardu kifayah . Ramai tahu bila sorang tak buat semua sekampung dosa .
Bila Allah tanya , kenapa kamu melakukan maksiat itu ini?
Maka jawablah orang kampung , kami tidak tahu itu ini adalah maksiat . Kami ada menghantar seorang yang belajar agama disini, tapi dia tidak melarang malah memberitahu bahawa perlakuan kami ini adalah maksiat .
Andai Allah tanya kita sebagai pelajar agama, kenapa tidak membantu orang kampung atau mencegah . apa kita nak jawab ?
Sebab aku belajar tepaksa ?
Sebab aku main main je waktu belajar ?
Aku taknak pun sekolah agama ini ?
Mcm tu ke kau nak jawab depan Allah ?
Takdak isu terpaksa , main main bila belajar. Kita kena tahu . Allah pilih kita . Allah pilih kita . Allah pilih kita . Allah pilih kita kerana sayang kepada kita *sila baca doploh kali .
Bila dah dipilih , nak taknak kita kene usaha . Kerna kita bertanggungjwab untuk orang lain .
Kite kene tahu , tak semua orang tahu agama mcm yang kita tahu .
Tak semua berasal dari keluarga yang berlatarbelakangkan agama .
Maka tanggungjawab kita nak bantu mereka . Sama sama menggapai redha Illahi .
Jangan pernah sesekali memandang mereka dgn jijik , pandanglah setiap manusia itu dengn penuh kasih sayang seperti yang dilakukan oleh Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW . Indah sungguh perlakuan baginda . Kita kena tahu mungkin kesalahan mereka itu mrupakan ujian bagi mereka yang tidak kita rasakan .
Nak kaitkan dengan tajuk di ats, fitnah ini pasal ikhtilat sebenarnya .
oiih , panjang benor cerita sebelum ke tajuk sebenar yo .
Takpelah kan. ilmu .
Sebenarnya aku rasa aku pun ada masalah dalam ikhtilat . Aku pun tak sempurna .
Aku sangatlah tak suka bila buat kerja kena berurusan dgn Si kaum Adam ni .
Kenapa ?
Sebab aku ada penyakit gini . Bila tengah bincang , aku taknaklah aku mcm cover gila tah pape . Aku pun cuba take it easy , ataupun santai santai je . Tapi kau tahu berakhir mcm mana ? berakhir mcm perempuan tak senonoh , tak bradab . Baa, benci gila . Aku taktahu org lihat mcm mana . Tapi aku rasa mcm teruk . Brghh .
Aku syukur sangat bila kat Kulliah aku tak banyak cakap dengan lelaki . Lagipun kelas Banat dan Banin berbeza dan aku tak terpilih jadi MPP ke ape .Ade pun aku panggil sorang muslimin ni ,sbb suara aku kuat (time tu gabung kelas , muslimin muslimat 2 minggu sebelum STAM ). Tapi tak cakap pun , panggil je pastu aku terus buat kerja aku. Kawan aku (MPP) ade urusan dengan dia .
Satulagi aku nak kasi paket gula dekat sorang budak laki ni yang dah mcm nak menangis , sbb perempuan serbu tempat air waktu seminar kat Lanjut .
"nak gula ke ?"
ha tu je laa .
still sedih sbb tak dpt rekod tak bcakap dgn lelaki sepanjang 10 bulan lebih . sob sob
oklah . mcm penat je korang baca , aku bg je artikel ikhtilat yang best . tak bosan . Sentap lagi adaa . Sila baca Apabila Pelajar Agama Berikhtilat
Sekian .
No comments:
Post a Comment