Saturday, March 11, 2017

Buku Minggu ini.

Bismillah.

Sebenarnya aku berkenan benar dengan karya-karya ataupun seni Melayu. Semakin lama semakin minat dan cinta. Cuma aku buntu dimanakah sumber sepatutnya bagi aku mendapatkan info-info maklumat berkaitan falsafah dan budaya melayu selain daripada medium yang aku dapati sekarang ini iaitu melalui Facebook dan  Persatuan Seni Silat yang aku pelajari. Jadi sahabat aku, Kak Rose mesra dipanggil namanya mencadangkan kepada aku untuk membaca karya Za'ba. Ada beberapa buku yang dicadangkan kepada aku dan aku memilih buku "Mencapai Keluhuran Budi".



Aku pun sudah lupa sebab kenapa aku memilih buku ini, mungkin kerana tajuknya barangkali yang menceritakan tentang budi yang mana sinonim dengan nilai-nilai dan sifat orang melayu. Aku nak hurai secara ringkas sahaja inshallah mengenai buku ini. Untuk pengetahuan pembaca, aku bukanlah seorang yang banyak membaca karya-karya ilmiah dan mungkin penerangan aku disini tersangatlah lemah dan mungkin tidak menarik untuk dibaca.

Ada 10 rencana yang diketengahkan Za'ba dalam buku ini. 4 rencana teratas daripada buku ini berkaitan dengan agama, 4 rencana selepasnya berkaitan dengan ibu bapa dan dua terakhir dalam buku ini menceritakan tentang amalan berjimat cermat.

Jujur aku kata kan, nama Za'ba hanya aku kenali melalui buku sejarah yang menceritakan bahawa Za'ba merupakan tokoh bahasa melayu. Oh, sekadar itu sahaja pada pengetahuanku. 

Buku yang helaiannya sebanyak 91 sahaja ini mampu menukarkan perspektif aku tentang Za'ba. Bagi aku karyanya 'evergreen' dan terpakai untuk zaman sekarang ini. 

Guru aku Al-Fadhil Ustaz Muntaha Artalim Zaim yang berasal dari Indonesia itu juga tahu mengenai Za'ba. Aku masih ingat kata-kata ustaz ketikamana memberikan contoh mengenai Penulis ataupun Ulama yang pertama menerangkan Usul atau kaedah-kaedah usul fiqh. Fiqh dahulu lagi sudah terpakai. Namun formulanya tidak ditulis, tidak ditunjukkan kaedahnya. Begitu juga bahasa melayu, kita sudah menggunakan bahasa melayu sudah lama, tapi siapa yang membukukan ? mengasaskan kaedah tersebut ?

Ya, tak lain tak bukan Pendeta Za'ba. Jadi mengapa tidak bagi aku untuk tidak mengkaji karya tokoh Melayu sendiri yang mana adat dan urufnya lebih hampir dan dekat dengan kita. 

Buku ini bukanlah semata-mata mengenai ajaran nilai budi sahaja berdasarkan akal, bahkan penulisannya berdasarkan dalil Al-Quran, Sunnah serta kalam-kalam para ulama. Hebat bukan ?

Banyak daripada bab terawal aku dapati atau aku ketahui tentang perkara tersebut di universiti. Cara didikan yang dianjurkan oleh Za'ba juga seolah-olah seperti teori learning yang aku pelajari dalam subjek Psychology sem yang lepas. Jelas disini, Za'ba bukanlah hanya seorang tokoh bahasa Melayu malah merupakan tokoh ilmu yang bijak pandai. Bukan itu sahaja, bab pertama yang menceritakan tujuan agama pula bagi aku sangat berkaitan dengan subjek maqasid syariah yang aku pelajari sem ni 

Dari segi bahasa tulisan di dalam buku ini adalah mudah , senang dihadam dan menarik dibaca. Kaedah-kaedah bagi menerangkan misalannya cara mendidik anak juga jelas ditulis, bukan sekadar main-,main tulis tanpa contoh. 

Serius , buku ini menarik dibaca. Ada juga membicarakan tentang isu perbezaan agama, adakah cukup bagi kita mengetahui baik dan buruk tanpa agama dan banyak lagi perkara yang menarik dalam buku ini. Mungkin aku akan baca buku ini untuk kali kedua dan menggariskan point-point yang penting untuk dikongsikan kepada orang lain . Inshallah. 

Assalamualaikum.

Wednesday, March 1, 2017

Fiqh Ibadat: Haid

Bismillah

Berapa minggu dah koi skip tulis kat sini. Bukan taknak tulis, masa tak mengizinkan kahkah alasan. Masuk minggu ini, sudah minggu ke-5 koi belajar untuk sem 1 tahun 2 ini. Koi nak je share apa yang koi belajar miggu sebelum ni, tapi koi rasa macam kefahaman koi tak beberapa betul sangat. Kang sesat pulok ayedak .

Ok. alhamdulillah. Macam biasa hari isnin dan rabu ada dua kelas jer. Jadi kelas pertama tadi kelas Fiqh Ibadat. Hari ni belajar tajuk Haidh. Menarik kot , walaupun pening kepala, tak mengantuk koi hari ini. Terima kasih Kamilah meminjamkan minyak cap kapak yang membantu proses pembelajaran koi tadi hehe.

Jadi sekarang koi nak tulis serba ringkasss apa yang koi belajar harini.

Ustaz kata " Bila berkata tentang haid, ianya tak dapat lari daripada berkait dengan jatina ataupun ilmu seksologi"

*Ustaz cakap dalam bahasa arab, ni koi translate jer.

Ustaz sambung lagi, lebih kurang bunyi gini " Orang barat mendakwa bahawa mereka adalah lebih baik daripada orang islam dalam isu pendidikan seks"

".... Persoalannya adakah Islam tidak mementingkan ilmu seksologi ini ?"

Krik krik krik...

Biasalah tu krik krik tu. Lepastu adalah student jawab, tapi aku tak dengar jawapan dia. Lepas beberapa ketika ustaz sambung

"Sebenarnya Islam mementingkan tetang ilmu ini bahkan lebih banyak daripada mereka yang mana kita belajar tentang ilmu ini sejak kita kecil lagi.."

Jadi Ustaz pun cerita, masa dia sekolah rendah, ada kelas sesi petang. Kelas Igama . Kenapa Igama jangan tanya koi haha.

Ustaz kabo mase tu dia belajar tentang haid dan dia ingat haid tu hanya ada kat orang islam, takda kat orang kafir. Pastu ustaz ketawa sendiri memikirkan dirinya sebegitu pada waktu itu.

Jadi ustaz sambung ,".. Kita telah belajar mengenai haid, mimpi basah, aurat, ikhtilat, meminta izin dan sebagainya yang mana semua ini terkait dengan ilmu seksologi ini.."

Kebanyakan student mengangguk angguk tanda faham.

Kami belajar macam biasa dan diselang seli dengan jenaka ustaz sehinggalah ada satu topik yang menarik perhatian koi. Iaitu hukum masuk masjid dalam keadaan haidh.

Ustaz kata, ulama sepakat bahawa mengotorkan masjid, dengan najis, darah atau apa apa pun jua yang mampu mengotorkan masjid adalah HARAM TANPA KHILAF.

Ada banyak hadis yang cerita tentang haid dan junub ini.

Ada satu hadis dimana Nabi suruh isterinya A'isyah mengambilkan sejadah di dalam masjid, lalu isteri nabi jawab bahawa dia sedang haid, kemudian nabi jawab lebih kurang begini " Sesungguhnya haid kamu itu bukan ada di tanganmu"

Ada lagi satu hadis di mana, isteri nabi membentangkan sejadah di dalam masjid.

Dalam hadis lain pula, hadis mengatakan bahawa nabi tidak menghalalkan mereka yang haidh atau berjunub masuk ke masjid, dan juga beberapa hadis lain berkait dengannya.

Dan setelah mengumpulkan segala dalil-dalil dan illah disini adalah "tausih al masjid" iaitu mengotorkan masjid.

Jadi kemungkinan dilarangnya masuk masjid adalah kerana risau akan mengotorkan tempat solat. Adapaun kalau kita duduk dalam masjid, tapi bukan tempat solat, maka tidak ada masalah. Apa pun Ustaz kata "istiftak qalbak"

"Mintalah fatwa daripada hatimu"


Kita boleh berijtihad. Misalan kata, haritu hari pertama kita turun haid, dan kebiasaanya hari pertama aliran banyak, maka dikhuatiri akan mengotorkan masjid, maka elakkan daripada masuk masjid, begitu juga sebaliknya.

Ustaz kata lagi, sesiapa yang nak ambil dengan zahir ayat jer, terpulang juga,

Jadi itu sahaja tulisan koi harini. Taknak panjang tapi mcm panjang juga. haha aduu.

Terimakasih . Assalamualaikum.