Sebenarnya aku berkenan benar dengan karya-karya ataupun seni Melayu. Semakin lama semakin minat dan cinta. Cuma aku buntu dimanakah sumber sepatutnya bagi aku mendapatkan info-info maklumat berkaitan falsafah dan budaya melayu selain daripada medium yang aku dapati sekarang ini iaitu melalui Facebook dan Persatuan Seni Silat yang aku pelajari. Jadi sahabat aku, Kak Rose mesra dipanggil namanya mencadangkan kepada aku untuk membaca karya Za'ba. Ada beberapa buku yang dicadangkan kepada aku dan aku memilih buku "Mencapai Keluhuran Budi".
Aku pun sudah lupa sebab kenapa aku memilih buku ini, mungkin kerana tajuknya barangkali yang menceritakan tentang budi yang mana sinonim dengan nilai-nilai dan sifat orang melayu. Aku nak hurai secara ringkas sahaja inshallah mengenai buku ini. Untuk pengetahuan pembaca, aku bukanlah seorang yang banyak membaca karya-karya ilmiah dan mungkin penerangan aku disini tersangatlah lemah dan mungkin tidak menarik untuk dibaca.
Ada 10 rencana yang diketengahkan Za'ba dalam buku ini. 4 rencana teratas daripada buku ini berkaitan dengan agama, 4 rencana selepasnya berkaitan dengan ibu bapa dan dua terakhir dalam buku ini menceritakan tentang amalan berjimat cermat.
Jujur aku kata kan, nama Za'ba hanya aku kenali melalui buku sejarah yang menceritakan bahawa Za'ba merupakan tokoh bahasa melayu. Oh, sekadar itu sahaja pada pengetahuanku.
Buku yang helaiannya sebanyak 91 sahaja ini mampu menukarkan perspektif aku tentang Za'ba. Bagi aku karyanya 'evergreen' dan terpakai untuk zaman sekarang ini.
Guru aku Al-Fadhil Ustaz Muntaha Artalim Zaim yang berasal dari Indonesia itu juga tahu mengenai Za'ba. Aku masih ingat kata-kata ustaz ketikamana memberikan contoh mengenai Penulis ataupun Ulama yang pertama menerangkan Usul atau kaedah-kaedah usul fiqh. Fiqh dahulu lagi sudah terpakai. Namun formulanya tidak ditulis, tidak ditunjukkan kaedahnya. Begitu juga bahasa melayu, kita sudah menggunakan bahasa melayu sudah lama, tapi siapa yang membukukan ? mengasaskan kaedah tersebut ?
Ya, tak lain tak bukan Pendeta Za'ba. Jadi mengapa tidak bagi aku untuk tidak mengkaji karya tokoh Melayu sendiri yang mana adat dan urufnya lebih hampir dan dekat dengan kita.
Buku ini bukanlah semata-mata mengenai ajaran nilai budi sahaja berdasarkan akal, bahkan penulisannya berdasarkan dalil Al-Quran, Sunnah serta kalam-kalam para ulama. Hebat bukan ?
Banyak daripada bab terawal aku dapati atau aku ketahui tentang perkara tersebut di universiti. Cara didikan yang dianjurkan oleh Za'ba juga seolah-olah seperti teori learning yang aku pelajari dalam subjek Psychology sem yang lepas. Jelas disini, Za'ba bukanlah hanya seorang tokoh bahasa Melayu malah merupakan tokoh ilmu yang bijak pandai. Bukan itu sahaja, bab pertama yang menceritakan tujuan agama pula bagi aku sangat berkaitan dengan subjek maqasid syariah yang aku pelajari sem ni
Dari segi bahasa tulisan di dalam buku ini adalah mudah , senang dihadam dan menarik dibaca. Kaedah-kaedah bagi menerangkan misalannya cara mendidik anak juga jelas ditulis, bukan sekadar main-,main tulis tanpa contoh.
Serius , buku ini menarik dibaca. Ada juga membicarakan tentang isu perbezaan agama, adakah cukup bagi kita mengetahui baik dan buruk tanpa agama dan banyak lagi perkara yang menarik dalam buku ini. Mungkin aku akan baca buku ini untuk kali kedua dan menggariskan point-point yang penting untuk dikongsikan kepada orang lain . Inshallah.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment