Wow,its has been a long time i didnt writing here. Feeling awkward sangat bila lama dah tak menulis. Lols, Sebab sekarang dah ada instagram, biasa corat coret situ je. Jadi sebabnya koi nak cerita pasal trip yang sekejap, namun panjang al kesahnyaa. Jadi koi fikir better tulis kat blog. Untuk jadi rujukan diri koi sendiri atau sesape je la nak rujuk kalau nak gi Cameron Higlands. Heee
Okay, trip bujang ni terdiri daripada lima orang kawan kawan koi. Seriously last minit plan .Takde ape tujuan sangat melainkan untuk spend time ngan kawan yang jauh jauh tu(x de lah jauh sgt lul),n tenangkan fikiran and of course untuk lihat kebesaran ciptaan of Our Creator . Ceh , cliche sangat kan haha
Kitorang pergi ke sana naik bas je . Acah acah backpackers sangat kan . haha
Daripada Temerloh naik bas ke Raub , and dari Raub naik bas Pahang Lin Siong ke Cameron. Ok, bajet n harga nanti koi cerita kat bawak sekali okay?
Masa nak naik bas transnasional ke raub tu, mak aii dah penuh . Datang awal je Tapi duduk kat luar.Taktahu pulak transnasional ikut tempat duduk suka hati . Akhirnya dapat duduk belakang, single seat . Serious tak selesa(walaupun ada masa lena jugak dlm bas tu haha) sbb sempit dan tak betul duduk dengan pegang beg besar adeii
Pengajaran
1. Masuk bas awal kalau nak tempat duduk selesa hehe
Masa sampai Raub tu kitorang terpana pana sangat. Lebih lebih lagi bila tengok tiket Pahang Lin Siong online , semua seats fully booked . Sampai sana pergi kaunter, ade uncle tu tegur. Dia kata situ takde tiket . Kalau kitorang nak naik Pahang LinSiong ke Cameron , next bus pukul 3.30 petang . Tapi bukan kat terminal ni . Tapi kat terminal baru . Tahulah kitorang yang kitorang ni salah terminal.
Uncle tu muka garang tau . Tapi hati baik betul . Dia bagitau kat driver bas kawan dia(cakap chinese) , suruh tumpangkan kitorang ke terminal baru tu . Tak jauh mana, tapi kalau jalan kaki tu , jenuh lah jugak . May God bless you uncle
Masa sampai terminal baru tu debar debar betul takut takde tiket dah . Taktau lah macamana, takkan nak balik rumah, takkan nak ke Kl haha *senyum dalam tangisan
Jadi kawan koi , Atiqah dengan muka yang cool dan machonya pergi ke akak kaunter. Dia tanya tanya, koi tak dgr pun sbb duk jauh , nampak gerakan mulut je lol . Dan alhamdulillah , koi nampak akak tu print tiket untuk 5 orang weeee . Rasa nak sujud syukur kat situ jugak hahaha
Apa pengajaran kat sini?
1. Better booking tiket awal , Sebab kita taktahu possibilities kita sampai macamana kan. Anything could happen
2. Jangan percaya online tiket punya seats dah habis hahaha
3. Sabar , redha dan banyak doa hehe
Masa kat sana (Terminal Raub) tak jumpa gerai untuk makan dan habiskan masa sementara tunggu pukul 3.30 petang(surau dia kunci,bukak lepas pukul 1 je , Itu pun untuk solat sahaja,lepastu kunci balik). Pastu kitorang pun makanlah kat restoran pizza *itu je nampak kat situ. Yang penting bukan pizza hut . Kitorang just ambil pakej student rm10.05 tapi tambah air mineral and soup mushroom lagi satu . I dont know lah kan , cas dia sampai RM18 lebih . Uish , mahal dri pizza hut kot padahal pizza cenonet je , Baru ingat nak jimat rm 10.05 bahagi 5 orang . Haha . Dia kira tak ikut harga pakej caitt
Pengajaran kat sini
1. Beli roti siap siap, pergi kedai makan order air je haha . Pastu borak puas puas . Jimattt.
Kalau melayu tulen macam koi, tahan je dulu lapar nasi tu . Kat Cameron nanti beli okay
Tips: Untuk yang ada travel sickness tu , setengah jam sebelum pergi gerak ke cameron, makan ubat dulu tau . Koi beli kat farmasi sebijik dalam 0,30sen je . Mama belikan 1 papan untuk koi haha. Ubat ni beli awal la. Sehari sebelum perjalanan.
ok, perjalanan ke cameron sangat mengantukkan hahaha . Tapi alert lah , banyak jugak kawasan kawasan cantik keindahan alam dalam perjalanan tu . Kalau nasib baik , dan jenis suka tengok benda benda hijau bukit bukau cam koi , boleh lah nampak nanti hehe. Kalau dari raub ke cameron, mesti akan lalu satu jambatan yang bina kat lereng bukit . Cantik uii
Kitorang sampai Cameron jam 6 petang lebih . Sehari sebelum pergi , kitorang dah buat confirmation deposit untuk kereta sewa dan rumah apartment
Pengajaran
1. Hotel Bajet banyaknya je kat Tanah Rata tu . Dekat je dengan gerai , terminal . Better tempah kat sini . Mostly hotel bajet ni korang susah nak jumpa online/trivago dan seumpamanya . Tapi kalau sukakan kelesaan/ramai/nak memasak dan harga tinggi sikit , boleh lah tempah apartment
2. Kalau nak duduk kat hotel yang cantik pemandangan dah murah , ada kat Brinchang. Tapi memang kene tempah awal , kitorang buat confirmation lambat , harga dah naik balik haha. Lagipun kitorang ni pun last minit punya plan
Biasanya kalau rancang awal awal pun , mesti tak jadi .Sebab tu kitorang bincang last minit . haha . tapi inilah masalahnya haha
Sebenarnya kitorang gi sana tak plan sangat pun . Malam tu baru bincang nak pergi mana hee. Sampai sana kebulur betul , mungkin sejuk atau pun perjalanan kitorang ni jauh sampai lemak lemak dlm perut begegar semasa naik bas dan menyebabkan pembakaran berlaku , kahkah
Jadi malam tu kitorang masak maggi
Selfie dulu depan apartment masa malam pergi Pasar Malam Brinchang. Hee
Tips: Bawak lah maggi siap siap . Maggi penting kot haha . Kalau gemarkan pemakanan sihat , bawaklah roti banyak banyak . Molek agihkan ngan kawan , sorang bawak susu kotak kecik tu , sorang bawak maggi , sorang bawak roti, sorang bawak pekakas mandi ,sorang bawak telekung . Haha , pandai pandailah bijak aokme nak tolan ansur , saling bantu membantu hehe . Air masak kene bawak tau walaupun sejuk. Makanan ni semua penting untuk breakfast atau supper hee. Jimatt lagi sekali
Malam tu kitorang pergi Pasar Malam Brinchang je , Mostly harga lebih kurang je . Tapi tak beli ape ape pun malam tu, sebab baru nak survey harga antara Pasar Malam dan Kea Farm. Malam tu beli nasi goreng dan nasi ayam je . Nasi ayam dia masin hahaha . Kat Pasar Malam tak jual bawang kot haha penat den cari . Pasar malam banyak jual sayur , souvenirs, sayur sayur bayam cendawan brokoli celup tepung , bebola semua tu lah macam biasa . Tapi makanan nasi semua tu tak banyak pilihan . Sedih koi haha
Kat Pasar Malam Brinchang banyak Strawberry besar besar . Kalau minat , beli je lah kat sini . Jangan menyesal mcm kawan koi sorang tu hahaha
ok lepastu kitorang pun balik apartment , Walau ade 3 bilik , masing masing belaka tengok tidur kat ruang tamu depan tv sambil tengok rancang memasak korea , sedap pulak tengok dorang masak telur sampai tertidur kitorang seme haha. Serius malam mmg sejuk . Malam tu pun koi pakai stokin bebulu , sweater , dan berlapikkan dua toto haha . Dah nak dekat pukul 5 pagi tu bru rasa panas sikit
Okay mcm dah panjang je untuk satu hari . Nanti koi sambung lagi part 2 hehe. Nak memasak jap
No comments:
Post a Comment