Thursday, September 29, 2016

DIRECT INTAKE : IIUM


UIAM GOMBAK 

Secara umumnya, kalau dikira waktu Universiti , tahun pengajian aku tahun ini sudah mencecah dua tahun pengajian. Secara umumnya sahaja. Tetapi secara terperinci nya aku masih seorang pelajar tahun 1  semester 2 di UIAM.

KENAPA BEGITU?

Begini, sistem UIAM agak berbeza sedikit dengan sistem di IPTA lain. Manakan tidak, hari ini sesi pendaftaran dijalankan, esoknya pula kami menghadapi sejenis ujian yang dipanggil APT(Arabic Placement Test), EPT(English Placement Test),TPT (Tilawah Placement Test) dan Fardhu Ain Test. Walaupun begitu, ujian ini hanya dikenakan kepada pelajar direct intake sahaja( bukan student asasi UIAM:CFS). Untung aku dan sahabat senasib direct intake tahun lepas ada senior-senior membantu daripada segi kongsi ilmu sehinggalah mengenai selok belok UIAM through Whatsapp Group.

Kata senior, memang tipis untuk terus masuk ke Kulliyah tanpa masuk dahulu ke Celpad (Kelas Bahasa) tapi tak mustahil kalau-kalau ade student yang lepas ke Kulliyah tanpa Celpad, Dan aku bagaimana? Mestilah aku tergolong dalam golongan majoriti .Haha.  Tidak berjaya masuk ke Kulliyah meskipun hanya Arabic Placement Test sahaja aku tak exit (lulus) dengan mendapat level 6 (level sepatutnya 6.5)

Panjang kalau ingin membahaskan isu sistem UIAM ni .Kalau nak tahu, boleh sembang tepi sambil minum Green Tea WOWKAWKAW. Eheh

Sebenarnya ada bagus juga menyertai kelas bahasa. Banyak masa terluang yang boleh diluangkan di UIAM ni .Terdapat banyak program, kelas talaqqi, halaqah jumaat , aktiviti persatuan yang boleh disertai.Tinggal rajin malas je nak kutip ilmu-ilmu di UIAM ni. Masa ini juga, aku banyak mengenali kawan-kawan baru dan bagaimana UIAM ini sebenarnya. Serious talk, tak ramai mereka yang CFS bergaul dengan pelajar direct intake.Bukan apa,kebanyakan mereka sudah mempunyai kawan dan mengenali kawan mereka sepanjang pengajian mereka di CFS . Jadi untuk aku menyertai mereka ,agak janggal . Lebih lebih lagi ajakan perbualan kita seperti endah tidak endah . Biasalah perempuan . Aku tidak maksudkan semua. Sebilangan .


BAGAIMANA BELAJAR DI UIAM ?

Sem lepas aku ambil 7 subjek . Kebanyakan subjek tak dirancang. Again, kerana sistem UIAM . Haha. Apapun, alhamdulillah , Terima kasih kepada staff UIAM yang bekerja keras sehingga aku dapat subjek dan cukup credit hour.

Subjek yang aku ambil adalah Ulum Hadith, Ulum Quran, Madkal ilal Fiqh, Al Arabiah lidirasah Islamiyah, Quranic Prophetic Text( aku tak ingat nama bahasa arab dia) ,Tilawah Advanced 1 dan Study Circle1 

Kalau diikutkan semua subjek menarik bagi aku. Cuma, masalah aku kekurangan skill dalam memahami bahasa arab meskipun bahasa yang lecturer gunakan bahasa arab fushah. Aku sedih dengan diri aku sendiri. Usah bilang berapa kali air mata menitis,mengalir untuk memahami apa yang dipelajari walaupun bahasa itu telah aku pelajari selama 6 tahun! Masalah seterusnya juga aku tidak tahu kaedah sebenar menjawab soalan peperiksaan ini. Ianya bukan seperti STAM(hafal dan faham),ianya memerlukan lebih dari itu . Kefahaman ayat quran, teknik menulis syarah dan sebagainya.Aku tidak mahu menjadi dalam kalangan asatizah yang memberi fitnah kepada agama yang agak berleluasa mutakhir ini.Nauzubillahiminzalik. Namun, Tuhan itu maha penyayang, Dia hadirkan sahabat dan insan yang membantu aku.

Oh ya, kos aku disini Fiqh dan Usul Fiqh .Berbalik kepada subjek yang aku pelajari sem lepas. Subjek yang aku suka ialah subjek Quranic Prophetic Text.Ya, benar -benar mengajar aku mencintai al quran . Lebih-lebih lagi syarahan Ustaz Nasr El Din itu kadang-kadang begitu menyentuh jiwa. Subjek ini mengajar mengenai irab al quran dan hadith , juga mengapa Allah memilih pemilihan perkataan sebegitu di dalam Al-Quran. Tetapi yang sedih, apa yang kami belajar hanyalah ayat quran dan hadis yang terpilih di dalam silibus tidak keseluruhan . 

Aku juga meminati subjek fiqh . Hakikatnya di awal kelas,aku menangis (memang aku cengeng haha)  kerana tidak memahami kata-kata ustaz yang begitu terkesan dengan lahjahnya. Iras iras bunyi nogori juga kalau diikutkan loghat bahasa melayu haha . Alhamdulillah, lama kelamaan aku semakin memahami kalam-kalam ustaz.

Subjek lain juga bagi aku tidak terlalu banyak masalah dari segi pelajaran . Menjawab soalan peperiksaan itu yang MASALAH ! haha

Keputusan sem lepas aku tidak berharap untuk deanlist . Aku menjangka pointer aku lebih teruk daripada keputusan aku berdasarkan cara aku menjawab. Ya, aku faham dan ingat . Namun ingin mengolah dan syarah dalam bahasa arab itu sedikit sebanyak memberi masalah kepada aku. Mungkin lecturer faham isi aku, barangkali sususan ayat yang berbelit .

Misalan kata

Malaysia negara sebuah yang makmur merupakan

Sedangkan apa yang ingin aku sampaikan : Malaysia merupakan sebuah negara yang makmur

Barangkali begitu bunyinya 

Membawa amanah menuntut ilmu ini seronok tetapi terkadang menyedihkan lebih lebih lagi memikirkan orang tua di rumah abah (bapa) aku sudah pun menjangkau 77 tahun, dan mama(ibu) aku sudah pun berumur 55 tahun dengan penyakit kencing manis . Besar harapan aku untuk berjaya melihat mereka tersenyum gembira. Semoga Tuhan izinkan.


BAGAIMANA TAHUN INI ?

Aku pun masih berusaha untuk menjadi lebih baik . Aku sebagai hamba hanya mampu berusaha, meninggalkan perincian hasil supaya diri tidak mudah rebah dan lelah . Semoga Allah menguatkan aku . 

Tahun ini subjek yang diambil seperti dirancang walau terpaksa juga dengan rela menempuh onak diri mendaftar subjek . Alah bisa tegal biasa. Student itu memang azalinya banyak berkorban bukan ?
7 subjek diambil .Kebanyakan memerlukan fikiran yang sedar dan waras .

Antaranya Psychology, Creative Thinking, Usul Fiqh , Islamic Ethics ,Tilawah Advanced 2, Study Circle 2 

Sungguh aku katakan , Islamic Ethics itu mengkaji kitab falsafah mengenai akhlak dalam bahasa arab ,Kitab Dustur Akhlaq fil Quran karangan Syeikh Muhammad Abdullah Darraz. Asalnya kitab ini dalam bahasa Perancis , "La Morale Du Koran "

Doakan aku , kau, dia , mereka dimudahkan dalam kefahaman soal agama.

Yang terakhir, jemputlah menjengah ke Library UIAM . Bilang ustaz aku dari Indonesia, Prof Muntaha ,

 " aku telah menjelajah ke beberapa perpustakaan di sana dan sini, tidak aku dapati perpustakaan seperti ini hatta di tempat aku sendiri "

Banyak kali juga Ustaz menyarankan untuk membaca kitab-kitab di Library UIAM . Tapi aku risau saja kefahaman aku menyerong . Aku harap ini bukan alasan .


Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)



13 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum terima kasih atas perkongsian yg sangat bermanfaat. Semoga sis dipermudahkan urusan. Sis, subjek "Al Arabiah lidirasah Islamiyah" yang sis ambil sem lepas tu, belajar pasal apa ya, mohon pencerahan hehe, Terima kasih.

Anonymous said...

Macam mana sis jadi faham bahasa arab, bantuan macam mana yg sahabat sis berikan? Harap soalan dijawab,terima kasih

DirectIntakeJuga said...

Kita sama direct intake.. ^_^.Ini yang akak lalui juga di IIUM tercinta (2004-2008)...betapa rindunya kenangan belajar sambil nangis-nangis di sana..walau cgpa tak gempak seperti rakan lain ..(terutama dari universiti lain)..tiada pernah rasa kekesalan..d dari nukilan Atiqah..adik lebih bijaksana dari akak ni...(duduk di Celpad setahun kerana bahasa arab mula dari level 2 gitu) Didoakan adik Atiqah cemerlang berjaya dunia dan akhirat..Rabbi yassir wala tu assir..

Siti Sahrizah Hassan said...

hi! saya pun dpt celpad tahun ni, sedih tu sedih sangat dgn keadaan covid 19 yg buat kitaorang study online jea... love to read your blog ! nanti boleh la bagi tips how to pass celpad level 6, takut tu mmg takut sangat

natrah said...

Hi assalamualaikum awak. Kalau tak lepas TPT boleh ke masuk kulliyah? Ke kena ambil kelas TPT dulu?

natrah said...

Hi nak tanya. If kita tak exit dari exam TPT and kita dapat results keluar TQTD2002F tu, maksudnya apa? Kita tk boleh masuk kuliyyah lagi ke?

Atiqah Sulaiman said...

Saya minta maaf sebab dah tahun 2021 baru terbaca komen ni😂 Subjek tu berkaitan dengan nahu (grammar) dan saraf.

Atiqah Sulaiman said...

Rajin membuka kamus, berbincang bersama kawan dan banyakkan mendengar perbincangan kitab arab yang diterjemah melayu. Insya-Allah lambat laun akan faham juga bahasa arab. Yang penting berani dan banyakkan komunikasi.

Atiqah Sulaiman said...

Alhamdulillah terima kasih sudi komen senior IIUM! Amiin atas doanya. Semoga doanya kembali juga kepada sis

Atiqah Sulaiman said...

Insya-Allah nak pass tu perlukan latihan, faham, discussion. Nanti konfem pass! All the best okay. Mungkin susah sebab Covid ni, but Insya-Allah May Allah ease all your seeking knowledge journey!

Atiqah Sulaiman said...

Waalaikumsalam. Bergantug pada kos. Kalau irk tak pass. Tapi hs boleh. Dan sekarang sistem berbeza dengan masa saya😅 Mungkin sekarang dh berbeza

Madiy said...

Ade tips x utk exit apt... takutnya.. xnk lama2 di celpad

atiqah said...

Doa, Rajin buat nota & pass year paper, kalau ok study group, buat study group, consult lecturer, enjoy the life & tawakkal. All the best