Saturday, February 23, 2013

First time jadi Fasi :)

Bismillahirahmanirahim . 

Assalamualaikum adik adik? assalamualaikum ? eh tak dgr pun jawab salam . 

err . sori sori . terpengaruh time jadi fasi tadi . Hehe .

Semalam , 22/2/2013(JUMAAT) .  aku pergi SKBT , Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh . Gi sane nak jadi fasi . Tak salah pun amik pengalaman kan ? Lagipun jadi fasi untuk Kem Bestari Solat . Tu bukan ke jalan dakwah jugak ?Hihi . 

Malam semalam , ada tahlil, solat jemaah dan solat hajat besama ibu bapa dan malam tu ada Latihan Dalam Kumpulan(LDK) untuk murid tahun 6. Lepas solat semua tu , mak ayah dorang punn balik . So , bermulalah sesi penderaan kitorang kepada mereka . VHAHAHAHA

ok . Tak pun .

Malam tu sepatutnya , nak ajar budak budak ni,bacaan tahiyat awal, tahiyat akhir , doa qunut dan 3 surah . Tapi sempat sampai tahiyat akhir je . Tu pun ade lagi beberapa org tak dapat lagi . Sedih sikit . 

Malam tu , tak boleh tidur . Smpai pukul 1 lebih kot . Lepas pasang surah al mulk guna henfon Azirah , ade istighfar sikit sikit , pastuuu zZzzzz . LOL

Aku set alarm pukul 3.30 pagi . Tpi semua bangun kol 4.32 . LOL . Waktu keluar dri tempat tidur(sebelah dewan) , tengok kat dewan, fasi fasi lelaki semua dah siap nak Qiamullail . Segan (X/////X). 

Sebab jam 3.30 tu ade org tutup alarm . Aku x dgr pun alarm . BHAHAHA

Lepas cuci muka semua, pegi Dewan . Solat . Lepas Solat sambung ajar murid tahun 6 , wirid wirid selepas solat .Tp tak sempat jugak . Masa sekejap sangat . Huuu . Sedih lagi .

Pastu pelajar tahun 6 pun balik . Maka bermulalah sesi pembelajaran untuk murid tahun 1-tahun 5 .


Sebelum tu , kita mandi duluuu . Waakaka 

rmai lagi nih , kene handle 36 budak darjah 1 . yang laen semua kat tandas . Heh

Aku dengan Tikah Khairul Azam handle budak darjah 1 . I thought budak darjah satu senang nk handle . =.= . itu hanyalah untuk 1 jam yang pertama . 

main lari lari , bergaduh , tolak sana tolak sini . berdarah dahi . menjerit jerit . 

Biasa je kan ? 

Time tu Tikah nak mengajar dorang amali wudhuk , dia amik 8 orang dulu nak gi amik wudhuk .Yang aku ni pulak handle dalam surau . Handle budak sementara tunggu dorang amik wudhuk . Ajar lah dorang cara nak baca doa selepas amik wudhuk . Time tengah ngajar tu , ade yang berlari , ade yang bergaduh , ade yang tarik tirai . Perghhh . 

"ustazah , ustazah tengok dia tu . dia pukul saya "
"ustazah ustazah , dia amik tempat saya"
"ustazah ustazah, dia potong barisan saya"
"ustazah ustazah, ade budak keluar dari surau ustazah "
"ustazah, mak saya tak kasi duit . camne nk makan ?:("
"ustazah..."
"ustazah.."

Hihi , layan je lah . Macam macam cara nak tenangkan dorang ni . Suruh dorang selawat lah , mcm macam . Alhamdulillah . Selawat selawat , dah tak bising dah . 

Tak sanggup nak marah , sebab dorang baru drjah 1 . Aku darjah satu pun doa qunut semua tak apal lagi . Bodo bodo je . Gertak sikit sikit je dorang ni . 


"sape lambat duduk akak cubit " smbil tgn nk cubit , dtg dekat2 dgn dorang . tak cubit pun . LOL

"sape gaduh , akak suh ketuk ketampi "

aku ingat dorang takut , ghupenyer suke kene ketuk ketampi . 

 Time balik tu , semua peluk aku . Siyess sebak mak ai . Ade yang smpai melompat nk cium pipi akuu . Haha . 

"akak akak , nanti datang lagi tauu . saya kelas 1 B"

"aah sazah , saya kelas 1B gek "

"saya syg ustazahhh, ustazah syg saye tak ?"

"akak, nak cium? "

"cikgu nak salam!! "


Ok Tiqah . Cool rileksss . Tak macho kalau nangis . 
T.T



Tuesday, February 19, 2013

Once upon a time, sendirirella with rattan shoes .

Pada Zaman Era Milenium dahulu , terdapat seorang sendirirela yang bekerja sebagai hamba . Setiap hari kerjanya hanyalah bekerja di rumah ibu tirinya sehingga lewat petang . Pada malam harinya, ibu tirinya menyuruh melakukan kerja lagi .Lagi lagi kerja . Penat rasanya . 

Sehinggalah suatu hari , Majlis Tari Menari diadakan di Hotel Grand Saphire . Sendirirela nak sangat pergi ke sana , Sendirirela pun menjahit Baju Kurung Moden untuk dipakai pada malam itu . Kakak tirinya yang mengetahui akan hal itu , sedaya upaya menghalang Sendirirela dengan memberikan 28 kali ganda kerja .Sendirirela berasa sedih dan akur untuk melakukan kerja kerja itu . Tidak lama kemudian ,sendirirela tertidur dek kerana terlalu letih. Tepat jam 8 malam , sendirirela terjaga dari tidurnya . Kelihatan seorang yang sangat kacak wajahnya berada di hadapan sendirirella sambil tersenyum . Lalu sendirirela bertanya :-


"aok ni sape ?"
"koi lah angel , aok tau angel ? "
"tau ghasenyer, ngape?"
"HAHAHHAHA , koi ditugaskan untuk menunaikan 3 permintaan aok "

Sendirirela merasa gembira mengetahui akan hal itu , Sendirirela pun meminta blouse labuh berwarna merah jambu dan sepasang kasut kaca kepada angel tersebut .

Angel tersbut menunaikan permintaan sendirirella itu . Tetapi disebakan angel tidak cukup ilmu , kasut kaca itu menjadi kasut rotan . Rotan pun rotan lah . 

Sendirirela menceritakan bahawa dia ingin pergi ke Hotel Grand Saphire untuk menyertai Majlis Tari Menari ituu . 

Angel pun mengabulkan permintaan itteww . Angel mengatakan bahawa dia ada 4 jam sahaja . Sendirirela dilarang berada di sana lebih jam 12 malam , kerana segala apa yang dipakai oleh Sendirirela akan hilang . Walaupun sendirirela sendiri yang rela .

Ketika sendirirela masuk ke hotel, sendirirela berasa jakun giler sehingga meninggalkan kasut di luar hotel , dan pada ketika itu seorang waiter terlanggar sendirirela lalu segala barangan yang dipegang waiter itu terjatuh lalu pecah . Kaca yang pecah itu pula terkena kaki sendirirela dan menyebabkan kakinya terluka. Sendirirela berasa sedih lalu memohon kepada angel agar menyembuhkan luka di kakinya agar dia boleh menari bersama anak raja . 

Permintaan Sendirirela dikabulkan . 

Sendirirela masuk ke dewan tarian dengan berkaki ayam . Sendirela masuk ke sana dgn perasaan esaited . Dia tidak sabar melihat putera raja yang kacak kacak itu .

Sebaik sahaja Sendirirela masuk ke dlm dewan , alangkah terkejutnya sendirirela setelah melihat bahawa putera raja tersebut adalah orang orang yang sudah tua tetapi tidak berkahwin . Anggaran umur mereka lebih kurang 80-an . 

Sendrirela terkejut sangat lalu melarikan diri , sebelum lari dia memandang ke arah banner yang ditampal di hotel itu . 

"Majlis Tari Menari Warga Emas Lelaki "
Tema: Putera
Semua wanita dijemput hadir . 
Tujuan adalah untuk mencari pasangan warga warga emas lelaki tua ini , pihak kami malas dah nak jaga .
Sekian . 

Sendirirela berlari ke rumahnya dgn berkaki ayam sambil menagis teresak esak .

kok kok kok *bunyi ayam

Esoknya , dikhabarkan seorang putera raja mencari tuan punya kasut rattan yang dijumpai di malam majlis tari menari . Putera Raja itu memaklumkan , dia akan berkahwin dgn tuan punya kasut itu . 

mengetahui akan hal ini , Sendirirela menyorok di dapur . Tetapi atas kedengkian kakak tirinya , tempat persembunyian Sendirirela terbongkar . 

Sendirirela hanya memandang ke arah periuk di dapur , tidak langsung pandang ke arah Putera Raja . 

"Nah kasut aok , kawin dgn koi okayy . Rombongan meminang kat luar . Aboh mok koi seme ade nih "

"Tak mahu "

"Ngape ? ce pandang koi , aok tak kenal koi ?"

"Tak mahu"

Putera Raja berasa geram lalu menarik lengan Sendirirela supaya memandang ke arahnya . Akibat tarikan yang kuat itu , sendirirela terpusing  ke arahnya . Lalu memandang Putera Raja  .

"Ha , kenai dah ?"

"Angel ?"

Putera Raja senyum ke arah sendirirela, lalu menunjukkan isyarat diam . 

"So nak kawin ?"

"NAKKKKK"


Putera Raja pun menyarungkan kasut rattan itu kepada Sendirirela . 
Kini kasut itu berada di suatu tempat rahsia . Hanya oranng yang beruntung sahaja dapat memakai kasut ini . 



Tamatlah kisah Sendirirela yang materialistik ini . Sekiann . 

Sunday, February 17, 2013

Jom Kemas bilik Badib :D

Bismilahirahmanirahim .

Assalamualaikum uolls .

Baru baru ni , Majlis Tertinggi, Exco dan AJK BADIB ade kan gotong royong kemas bilik BADIB hari Sabtu baru ni, yakni 16/2/2013. Lebih kurang 37 org yang datang . Muslimin dan Muslimat .

Anyway BADIB tu ape ?

BADIB= Badan Dakwah dan Ibadah .

Alhamdulillah , aku jadi AJK PNP . PNP ? Penerbitan&Publisiti . Jauh sekali nak berbangga dengan jawatan, sedar akan tanggungjawab aku. Allah pilih aku, ade hikmahnya :) .

So ..... Jom kemassss .

Aku sampai 8 lebih . Lambat lah jugak drpd masa ditetapkan . Sebab masa ditetapkan pukul 8 . Tapi , masa aku datang tu tak ramai pun org . Alhamdulillah . Takdelah cegeng sgt dak . WHEHWHWE

masuk dalam tu , nampak sawang , fosil katak , fosil ayam, tak kurang jugak najis haiwan yang bernama qituun . LOL , Dramatis sgt . Sempat lah batuk dua tigakali . HAHA

Tugasan pertama mengalihkan barang .


Rak rak dan almari letak kat koridor .

Alihkan fail pulak, medal , hadiah , sapu tangan , cawan kertas , pinggan kertas , lidi, straw , dulang , jag , cawan , gula , apron , air anggur . eh siyess ni . macam2 ada . walaupun nampak mcm 10 tahun ditinggalkan ,, mcm mcm ada . Actually ade je barang dari 2012 punyerr . Cuma masa tu , bilik tu tak digunakan sgt lagi . Sebagai tempat letak barang je .

Perkara paling best sekali bila jumpa printer , dan printer tu boleh digunakan . Jyeahhh .
Komputer pun ada gak . Dua pulak tuh .Aku pun x pasti komputer 2000 bape , komputer besar gedabak tu , dah jarang org gune , rasa takdelah berat sgt . Tapi aku bangun pagi tadi , perghh . lenguh gile . sakit pun ade . Heh


Lepastu masa untuk mengemas fail segala fail . Lelaki pergi  membasuh bilik , yang perempuan pula mengemas kat kelas sebelah bilik tuu . Eh sebelum tu sapu sampah dulu . Sape lah ye sapu sampah tu . Kekeke

Tetibe terfikir , eh takkan tak buat air kan . Biasa gotong royong ade makanan sikit . So, jom buat air . barang dah ade, air batu je takdak . so , suh je budak laki ni gi beli . Heh , Terima kasih Amir .

Tukang buat air . Apecaye tak ? HAHA
menciknya tudung tajam sebegitu . mcm patrick okayy . ade gaye tak ? Lewss


Nampak sedap tak ? Kigkihkih

Makanan takde ? jom pergi beli . Beli kat depan sekolah je . Kopok je beli . Ok lah tu kan ? HEHE


Basuh3

Pandangan dari luar . 




Tukang Cat .
Capture by Unknown . 
Enpon aku , tapi yang capturenya , wallahualam.







 Dalam waktu yang sama perempuan buat apa ?


wakkaka
terlebih esaited dpt jumpe apron . HAHA


Bakal bakal Doktor . Insyallah . Padahal susun barang dlm kotak First-Aid je . HAHA



Kenal kenal dengan adik adik junior . Manisnya ukhuwah :D .

Sebelum



Selepas .

Actually ni tak siap lagi , aku terpaksa balik nak pergi tuisyen . Tikar getah pun tak tak bentang lagi , wallpaper pun tak letak lagi . Rak rak almari tak letak dalam balik .

Kesimpulannya , aku x tau after dia cemana . sekian .  ehehe




Sunday, February 3, 2013

Terima kasih . Saya sangat menghargainya :')

Assalamualaikum . sihat uolls semua ? kihkih

tajuk macam  kuyt  kiut sangat kan ? tibe =.=

nak cerita ini ,

tahun lepas, hidup aku banyak berubah sedikit demi sedikit . Tau tak angkara sape ? amboi , angkara terus . tak best lah title 'angkara' ni . nampak macam kejam sangat . kahkah . ok, siapa ye ?

Ustaz aku lah . Nama dia Ustaz Asri . Alhamdulillah . Allah hantar beliau utk aku semakin dekat dengan-Nya . Aku mula sedar akan erti redha dan sabar . Sebab ustaz aku rasa islam itu tersangatlah indah . Serious :) . Ustaz banyak bagi nasihat , cerita cerita teladan :D .Terima kasih Allah ,Terima kasih Ustaz !

Dan al kisahnya , ustaz ada kenalkan aku dengan seorang 'akak ' ni . Seorang pelajar Malaysia yang masih belajar di Cairo , Mesir dalam perubatan .

Ustaz ada kata

"ade kawan ustaz , dia belajar perubatan sekarang dekat Mesir , sape sape yang nak tanya cara belajar ke ape ke, boleh lah add . Korang semua(perempuan) boleh mintak kat Fina . Ustaz dah kasi kat Fina, yang lelaki boleh jumpa ustaz nanti , ustaz kasi kawan ustaz yang lelaki"

lebih kurang mcm tu lah .

Dan aku pun add FB akak Husna Salihin ni . Sejak tu kenal kenal dan kami pun rapat . Alhamdulillah .
akak ni banyak bagi inspirasi dan semangat kat aku . Tehee ~


Akak kite yang baik hati nihh . Hihik

Semoga ukhuwah ini terus terjalin . Insyallah . 

Dan baru baru nih , eh takde lah baru sangat . akak ni ade balik Malaysia . She had gave me something .
Sekrang dah balik Mesir dah . Semalam balik . 

Akak ni pernah tanya , "nak keychain Palestin tak ?"

"nakkk !"

ingat nya gurau gurau . ghupanyer serius . LOL

so ini keychainnya :-



wakakka




Kannnnn ? Terkejut Mak Aii . 

Mmg aku ingat aku dapat keychain jer . Dan first bungkusan tu sampai aku tengah tidur .

Abg aku yang kejut aku .

aku tengok bungkusan tu .





aku pandang bungkusan tu lelama , ah yelah . baru bangun tidur . n then sengih sensorang mcm kerang busuk. wakaka . capai handphone " ktakkk"

LOL , menipu sangat bunyi cenggitu .




"ape pasal berat sangat ni ? besar pulak bungkusannya ."dlm hati

aku bukak slow slow . lalu 
"ahye aok ni , ngape lambat sgt . meh koi bukak" kata abg aku menyibuk .

sekali dia koyak dengan rakus sekali . 

dan aku sangat terkejut/terharu/gembira . 

Sebab aku dah lama nak beli buku buku agama :') . La tahzan tu , seriously nak beli . Tapi kak Husna dah hadiahkan . Bukan 1 , tapi 3 terus buku . Terima kasih .




~Jangan bersedih


~Motivasi Gaya Rasulallah


~Himpunan kisah kisah Motivasi (Penyucian Rohani)



Keychain Palestin pulak ade 3, 2 bracelet Palestin, 1 tempat letak phone(kot) Palestin yang dikait . 1 Keychain I love London .

Banyak kot . Seriously first time dapat hadiah banyak banyak camni , dalam satu masa serta orang yang sama . Alhamdulillah .


*Jualan barang barang Palestin nih untuk dana terus ke Palestin , student student sana meniaga , hasil nya dorang derma kat Palestin. Bagus kan ?

Jadi tamatlah al kisah ini . :D