Saturday, February 23, 2013

First time jadi Fasi :)

Bismillahirahmanirahim . 

Assalamualaikum adik adik? assalamualaikum ? eh tak dgr pun jawab salam . 

err . sori sori . terpengaruh time jadi fasi tadi . Hehe .

Semalam , 22/2/2013(JUMAAT) .  aku pergi SKBT , Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh . Gi sane nak jadi fasi . Tak salah pun amik pengalaman kan ? Lagipun jadi fasi untuk Kem Bestari Solat . Tu bukan ke jalan dakwah jugak ?Hihi . 

Malam semalam , ada tahlil, solat jemaah dan solat hajat besama ibu bapa dan malam tu ada Latihan Dalam Kumpulan(LDK) untuk murid tahun 6. Lepas solat semua tu , mak ayah dorang punn balik . So , bermulalah sesi penderaan kitorang kepada mereka . VHAHAHAHA

ok . Tak pun .

Malam tu sepatutnya , nak ajar budak budak ni,bacaan tahiyat awal, tahiyat akhir , doa qunut dan 3 surah . Tapi sempat sampai tahiyat akhir je . Tu pun ade lagi beberapa org tak dapat lagi . Sedih sikit . 

Malam tu , tak boleh tidur . Smpai pukul 1 lebih kot . Lepas pasang surah al mulk guna henfon Azirah , ade istighfar sikit sikit , pastuuu zZzzzz . LOL

Aku set alarm pukul 3.30 pagi . Tpi semua bangun kol 4.32 . LOL . Waktu keluar dri tempat tidur(sebelah dewan) , tengok kat dewan, fasi fasi lelaki semua dah siap nak Qiamullail . Segan (X/////X). 

Sebab jam 3.30 tu ade org tutup alarm . Aku x dgr pun alarm . BHAHAHA

Lepas cuci muka semua, pegi Dewan . Solat . Lepas Solat sambung ajar murid tahun 6 , wirid wirid selepas solat .Tp tak sempat jugak . Masa sekejap sangat . Huuu . Sedih lagi .

Pastu pelajar tahun 6 pun balik . Maka bermulalah sesi pembelajaran untuk murid tahun 1-tahun 5 .


Sebelum tu , kita mandi duluuu . Waakaka 

rmai lagi nih , kene handle 36 budak darjah 1 . yang laen semua kat tandas . Heh

Aku dengan Tikah Khairul Azam handle budak darjah 1 . I thought budak darjah satu senang nk handle . =.= . itu hanyalah untuk 1 jam yang pertama . 

main lari lari , bergaduh , tolak sana tolak sini . berdarah dahi . menjerit jerit . 

Biasa je kan ? 

Time tu Tikah nak mengajar dorang amali wudhuk , dia amik 8 orang dulu nak gi amik wudhuk .Yang aku ni pulak handle dalam surau . Handle budak sementara tunggu dorang amik wudhuk . Ajar lah dorang cara nak baca doa selepas amik wudhuk . Time tengah ngajar tu , ade yang berlari , ade yang bergaduh , ade yang tarik tirai . Perghhh . 

"ustazah , ustazah tengok dia tu . dia pukul saya "
"ustazah ustazah , dia amik tempat saya"
"ustazah ustazah, dia potong barisan saya"
"ustazah ustazah, ade budak keluar dari surau ustazah "
"ustazah, mak saya tak kasi duit . camne nk makan ?:("
"ustazah..."
"ustazah.."

Hihi , layan je lah . Macam macam cara nak tenangkan dorang ni . Suruh dorang selawat lah , mcm macam . Alhamdulillah . Selawat selawat , dah tak bising dah . 

Tak sanggup nak marah , sebab dorang baru drjah 1 . Aku darjah satu pun doa qunut semua tak apal lagi . Bodo bodo je . Gertak sikit sikit je dorang ni . 


"sape lambat duduk akak cubit " smbil tgn nk cubit , dtg dekat2 dgn dorang . tak cubit pun . LOL

"sape gaduh , akak suh ketuk ketampi "

aku ingat dorang takut , ghupenyer suke kene ketuk ketampi . 

 Time balik tu , semua peluk aku . Siyess sebak mak ai . Ade yang smpai melompat nk cium pipi akuu . Haha . 

"akak akak , nanti datang lagi tauu . saya kelas 1 B"

"aah sazah , saya kelas 1B gek "

"saya syg ustazahhh, ustazah syg saye tak ?"

"akak, nak cium? "

"cikgu nak salam!! "


Ok Tiqah . Cool rileksss . Tak macho kalau nangis . 
T.T



No comments: