Hampir hampir aku membencikan perpisahan.
Aku bencikan perjanjian .
Sungguh aku bencikan kata kata
"Kita sama-sama amik STAM . Pakai jubah Mumtaz Sofi sama-sama tahun depan"
"aku sentiasa ada untuk kau, aku takkan tinggalkan kau "
Sesungguhnya aku lupa , perjalanan hidup aku ni, bukan aku yang reka dan cipta sendiri , aku lupa ,Allah yang aturkan segalanya . Aku lupa Allah membahagikan nikmat dengan cara terbaik sekali yang tidak pernah aku fikirkan . Duhai hati , perpisahan itu cuma sementara . Masakan kau begitu mudah rapuh dgn ujian sekecil ini .
Aku lupa, aku ada Allah tempat aku bergantung . Silapnya aku , aku terlalu mengharap pergantungan dari manusia . Allahu . Perpisahan demi perpisahan aku terpaksa tempuhi . Semakin hiba rasanya hati apabila aku menoleh kenangan kenangan bersama .
Dari kelas riuh rendah , hingar bingar kini semakin sunyi .
Puas aku mencari kekuatan , mendiamkan diri . Bermuhasabah .
Mengharapkan ada tangan yang memegang bahu ini memahami .
Hampa .
Rupa-rupanya Allah sendiri yang menyentuh hati ini T.T
Menyambut kedatangan hambanya di balik kelenaan orang lain .
Alhamdulillah .
Aku lah insan yang lemah dan rapuh ,
Nasihatilah aku
Ingatkanlah aku
bahawa aku masih punya Allah ^_^
No comments:
Post a Comment