Dengan azam, Allah bantu aku dengan pemangkin. Sem ini credit hour aku hanya 15.5 dan sememangnya ini credit hour aku yang paling sikit selama 2 sem sebelum ni, maka banyaklah masa terluang untuk aku menggapai azam ini, dan Allah takdirkan aku juga untuk berada dalam Biro Education and Intellectualism di bawah ISRAK. Ya, berada dalam biro ini, aku dinasihatkan untuk lebih banyak membaca kerana setiap minggu diskusi bedah buku antara kami akan dijalankan. Peh, memang seriau lebih-lebih lagi aku ni yang tidak pernah membedah buku, mendengar orang bedah buku pun aku tak pernah. haha . Dan dari pemangkin ini, sedikit demi sedikit azam aku tercapai dan langkah terpenting sekarang adalah istiqamah.
Pada tahun ini dan sem ini aku ingat aku nak banyak membaca, tak kisahlah genre apa, asal aku membaca. Tapi aku lebih cenderung untuk membaca buku-buku yang kena dengan diri aku. Justeru,semua manusia sudah ada diri sifat suka membaca, cuma yang menentukan mereka suka membaca ada material yang digemari. Membaca komik juga dikatakan membaca bukan ?
Buku yang menjadi pilihan aku mestilah buku yang berkaitan dengan apa yang aku pelajari di kelas, pernah pelajari dan perkara yang aku ingin tahu. Sebenarnya aku gemar membaca buku seperti travelog ataupun buku seperti novel yang ada sequences berbanding buku ilmiah. Sebab ianya lebih cepat dihadam dan cepat dihabiskan tapi sebab azam ni, aku berharap aku dapat membaca dengan lebih banyak buku ilmiah. Inshallah
Buku yang aku berjaya habiskan minggu ini. haha lol,
Aku tertarik dengan 3 bab pertama dalam buku Kreativiti Dalam Penciptaan Karya Sastera. Kerana pada bab 3 terawal , penulis banyak menghuraikan tentang kreativi, teori-teori dan manusia-manusia yang berkait dengannya seperti Edward De Bono. Buku ini nipis, namun bagi aku ia penuh dengan kajian dan tulisan penulis ini diolah dengan baik kadang dengan unsur kritikan yang sederhana. 2 bab terakhir , penulis menceritakan tentang gaya penulisan, kreativiti A Samad Said dalam novelnya. Bab terakhir ini aku hanya membacanya begitu sahaja.
Buku ini diterbitkan dalam tahun 2000 semasa pemerintahan Dr Mahathir dimana ketika itu kreativiti semakin mendapat nama dek slogan Wawasan 2020, Melayu Baru dan keperluan revolusi mental dalam era letusan maklumat, globalisasi dan budaya ilmu. Masyarakat diajar untuk tidak gentar dalam melakukan perkara-perkara baharu. Masyarakat juga disarankan melakukan kemajuan dan peningkatan tamadun masyarakat. Dan sekarang pada tahun ini 2017, semuanya seakan terkubur. Mungkin ada, tetapi apabila melihat realiti masyarakat, kanak-kanak dan remaja yang bermain wechat , masyarakat yang suka menghina dan mencaci sewenang-wenangnya di laman sosial seolah olah menunjukkan tiada lagi ketamudan bahkan negara seolah menjadi lebih mundur!
Kemarin aku melawat The International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) yang mana telah ditutup beberapa tahun dahulu dan namanya juga telah ditukar kepada IIUM CRESCENT. Aku pernah membaca temubual bersama pengasasnya Syed Naquib Al-Attas , betapa bangunan yang hebat dan mempunyai tujuan yang gemilang sekali ini dapat disiapkan dalam masa satu tahun setengah sahaja. Dan setiap inci bangunan itu juga mempunyai falsafahnya tersendiri. Aku tak boleh nak menipu diri aku yang aku rasa sedih sangat melihat bangunan yang indah itu megah namun sudah hilang tujuan asalnya.
Bacalah tentang ISTAC, banyak yang telah dibincangkan di laman Facebook.
Wawancara Monumen ISTAC : link untuk baca wawancara mengenai ISTAC
Buku nipis ni aku ambil masa 2, 3 hari jugaklah untuk aku habiskan. Seterusnya buku travelog Noorah. Menarik kisahnya. Seorang wanita yang cekal. Bagaimana kehidupan keluarganya yang pecah menyebabkan dia menjadi anak yang bermasalah sehinggalah akhirnya dia bertemu dengan ISLAM. Namun, ujiannya tidak terhenti begitu sahaja, dia juga diuji dengan masalah perkahwinannya, kehilangan anak-anaknya diculik oleh bekas suaminya sendiri, bagaimana anak nya pula didiagnos dengan autisme dan dylexia . Dia juga didiagnos dengan kanser payudara. Namun itu tidak menjadi penghalang baginya untuk terus berdakwah di negaranya sendiri, dia juga seorang yang berani dan bersemangat ketikamana dia sendiri yang memandu merentas 8 benua dan sempadan untuk menghantar barang-barang amanah ke Gaza.
Semangat, tawakkal , sabar, iman dan keberaniannya patut dicontohi. Buku ini aku habiskan dalam sehari sahaja walapun tebal. Sangat menarik untuk bacaan hujung minggu yang santai.
Itu sahaja cerita aku pada hari ini . Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment