Monday, December 8, 2014

Fitnah Pelajar Sekolah Agama .

Bismillah .

Ni lah yang aku paling takut .

Fitnah .

Besar sungguh impak fitnah ni boleh jadi kat seseorang . Spt kita tahu , dalam Al Quran pun ada menceritakan fitnah fitnah yang terjadi pada zaman nabi . Betulkan saya kalau salah . Insyallah .

1. Kisah Nabi Yusof dan Zulaikha
2. Kisah tuduhan terhadap Maryam
3. Peristiwa Al-Ifik

Selepas STAM , banyak program yang dijalankan di Kulliah Al lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar . Okay, saja tulis panjang nama sekolah . Antaranya ceramah ceramah , juga Program Tahsin Yassin dan Doa, Program Penyembelihan, Program Dunia Kraf, Kursus Pengurusan Jenazah dan lain lain . Penceramah juga dijemput khas seperti Ustazah Fatimah Syarha , Ustaz Ebit Liew , Sheikh Maulana Johari , Murobbi aku sendiri dan ramai lagi . Series kata , best . Tapi aku sedikit kecewa kerana tidak dapat menyertai kursus penyembelihan dan dunia kraft untuk menghadiri kelas MUET . sob sob





Aku ade mencatatkan serba sedikit melalui pengisian pengisian tersebut , dan beberapa tazkirah dari pelajar kulliah sendiri dalam buku aku, tapi buku tu ada kat sahabat aku pulak. Mungkin lain kali aku kongsi . Insyallah .


Aku tertarik dengan suatu forum yang aku rasa sangat menarik pengisiannya . Lebih lebih yang berada di depan tersebut guru guru aku sendiri dan bekas pengetua Kulliah . Forum petang itu sangat santai . Langsung tak mengantuk dan bentuk forumnya dah macam dalam TV . Rasa nak dgr lagi .

Apa topiknya ?

Krisis Identiti dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama 



Aku akan tulis serba sedikit yang aku ingat . Aku huraikan jelah apa yang aku faham . Sebab dah lama pun ceramah ni . Aku tambah juga nasihat guru guru aku yang lain okay ?

 Pelajar sekolah agama yang mana belajar agama yang dipilih oleh Allah dgn kasih sayangnya ini secara automatiknya merupakan bakal pewaris ulama.  Tapi cuba kita lihat keadaan sekrang . Pelajar sekolah agama sendiri malu untuk mengaku sekolah agama , malu nak berbahasa arab . Tahajjud ke mana , Qiamullail ke mana dan terlalu banyak maksiat yang memang tidak menunjukkan langsung pelajar beragama.

Allah .

Kalau kita sendiri , maksud aku , kalau pelajar sekolah agama sendiri yang mcm ni , belajar main main , ilmu curah atas kertas peperiksaan je , solat jemaah enth kemana , kapel ,

Jangan nak salahkan ummah yang teruk bermaksiat , murtad syirik kepada Allah sekarang ni . Jangan nak salahkan pelajar pelajar sekolah biasa yang free hair kalau pelajar sekolah agama sendiri yang free hair, yang 'bagaikan melepas batok di tangga' .

Aku ingat kata Ebit Liew , dalam dunia ni ade 7 billion manusia . Hanya 5 billion yang masih belum beriman . Siapa nak bertanggungjwab atas mereka ni ?

Aku tersentap . Air mata aku bergenang . Aku rasa bersalah .

Murobbi aku . Ustaz Karim kata .  Masa muda dulu bawa kitab Mantiq tunggu bas dan baca .
"Saya bangga sekolah agama, saya bawa Kitab mantiq kat setesn bas ,saya bangga pegang buku arab , belajar bahasa arab, saya baca je walaupun tak paham pun baca kitab tu,  " katanya .




Kalau nak tahu , zaman dulu lagi sinis orang pandang sekolah agama ni . Sekolah pun tak mudah mcm sekarang dengan pelbagai kemudahan .
Ape masalahnya lagi ?

Yang si perempuan menggedik gedik dengan lelaki, ketawa, melalak , mengilai . Adab entah kemana , adakah ini nilai pelajar Islam ?
Adakah ini sifat yang kita mahukan ?
Macam ni nak jadi seperti Saidatina Khadijah ?
Mcm ni nak jadi seperti A'isyah ra
Mcm ni nak jadi seperti Fatimah ?

Ramai diantara kita masih leka dengan hiburan . Aku pun .
Yang masih taktahu tanggungjawab mereka untuk ummah .

Kita ini berdosa untuk ummah .
aku bagi cth .

Ilmu fardu kifayah . Ramai tahu bila sorang tak buat semua sekampung dosa .
Bila Allah tanya , kenapa kamu melakukan maksiat itu ini?
Maka jawablah orang kampung , kami tidak tahu itu ini adalah maksiat . Kami ada menghantar seorang yang belajar agama disini, tapi dia tidak melarang malah memberitahu bahawa perlakuan kami ini adalah maksiat .

Andai Allah tanya kita sebagai pelajar agama, kenapa tidak membantu orang kampung atau mencegah . apa kita nak jawab ?

Sebab aku belajar tepaksa ?
Sebab aku main main je waktu belajar ?
Aku taknak pun sekolah agama ini ?

Mcm tu ke kau nak jawab depan Allah ?
Takdak isu terpaksa , main main bila belajar.  Kita kena tahu . Allah pilih kita . Allah pilih kita . Allah pilih kita . Allah pilih kita kerana sayang kepada kita *sila baca doploh kali .
Bila dah dipilih , nak taknak kita kene usaha . Kerna kita bertanggungjwab untuk orang lain .



Kite kene tahu , tak semua orang tahu agama mcm yang kita tahu .
Tak semua berasal dari keluarga yang berlatarbelakangkan agama .
Maka tanggungjawab kita nak bantu mereka . Sama sama menggapai redha Illahi .
Jangan pernah sesekali memandang mereka dgn jijik , pandanglah setiap manusia itu dengn penuh kasih sayang seperti yang dilakukan oleh Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW . Indah sungguh perlakuan baginda . Kita kena tahu mungkin kesalahan mereka itu mrupakan ujian bagi mereka yang tidak kita rasakan .

Nak kaitkan dengan tajuk di ats, fitnah ini pasal ikhtilat sebenarnya .

oiih , panjang benor cerita sebelum ke tajuk sebenar yo .
Takpelah kan. ilmu .

Sebenarnya  aku rasa aku pun ada masalah dalam ikhtilat . Aku pun tak sempurna .
Aku sangatlah tak suka bila buat kerja kena berurusan dgn Si kaum Adam ni .
Kenapa ?
Sebab aku ada penyakit gini . Bila tengah bincang , aku taknaklah aku mcm cover gila tah pape . Aku pun cuba take it easy , ataupun santai santai je . Tapi kau tahu berakhir mcm mana ? berakhir mcm perempuan tak senonoh , tak bradab . Baa, benci gila . Aku taktahu org lihat mcm mana . Tapi aku rasa mcm teruk . Brghh .

Aku syukur sangat bila kat Kulliah aku  tak  banyak cakap dengan lelaki . Lagipun kelas Banat dan Banin berbeza dan aku tak terpilih jadi MPP ke ape .Ade pun  aku panggil sorang muslimin ni ,sbb suara aku kuat  (time tu gabung kelas , muslimin muslimat 2 minggu sebelum STAM ). Tapi tak cakap pun , panggil je pastu aku terus buat kerja aku. Kawan aku (MPP) ade urusan dengan dia .

Satulagi aku nak kasi paket gula dekat sorang budak laki ni yang dah mcm nak menangis , sbb perempuan serbu tempat air waktu seminar kat Lanjut .

"nak gula ke ?"
ha tu je laa .

still sedih sbb tak dpt rekod tak bcakap dgn lelaki sepanjang 10 bulan lebih . sob sob

oklah . mcm penat je korang baca , aku bg je artikel ikhtilat yang best . tak bosan . Sentap lagi adaa . Sila baca Apabila Pelajar Agama Berikhtilat

Sekian .

Thursday, December 4, 2014

Cerita untuk tua

Bismilillah .

Assalamualaikum . Coretan ini aku harap dikala waktu senja, aku mampu tersengih kembali membaca coretan yang sgtlah tidak matang ini mengaharungi cabaran hidup yang sgt kecil sebelum mngahdapi ujian di waktu tua nanti .

Aku rasa semua orang ada satu kawan yang,


ahh mengaku sajalah, usah kau berdalih lagi . 

well , aku ada jugok . 
perasaan aku waktu itu ghase nak sepok sepok koyak kertas . BVHAHA

Nak cite mmbe aku ni, 
bila aku study lewat, aku stay up . 
dia tidur awal tak amik kisah . 

time prep aku study
time prep dia study kejap , dia kacau orang 

pagi esok aku cuak nak jwab , tapi dah hafal cuma tak ngulang
dia cuak jugak sbb tak hapal ape ape KATANYAAAA

Result 

peratus kitorang hampir hampir sama . 
Ketas dia cikgu salah tanda so kurang siket . kalo tak lagi tinggi dri aku rasanya . 

seterusnya . 

trial 

time prep aku study ,
dia study subjek lain

malam tu aku tak abis lagi study
dia baru bukak subjek tu 

pagi esok aku pning
dia over kata tak abis study

yang ni lain sikit 
aku stay up 
dia pun stay up 

tapi time stay up dia bbanyak tido
katanya lantaklah

aku tido lambat 
dia tido awl

esok aku pane
dia aja aku balik

Result

Aku 2 Mumtaz
Dia 6 mumtaz

satu markah lagi dpat mumtaz 7 , tapi dia taknak tambah markah . 

i was likeeeeeeeeeeeeee ???????

u know the feeling mehh . 

engko tahu tak dia bebel bebel kt aku kata tak habis study
dia bgtau aku terer drpd dia . 
rasa mcm bodoh lagi adelah bila dia cakap mcmtu
dia kata tu kebetulan . 
dia kata tak sangka 
dia kata aku heroin hindustan ,
up bila last last .
dia pujuk aku .
puji puji aku . 
engko ingat aku caya ?
buat sedap hati aku lahh tuu . 

anyway kau sahabat aku dunya wal akhiroh . 
tu je . 
STRESS!


Saturday, October 25, 2014

Baiknya cikguuu !

Bismillah .

Lama dah tak menulis . Finally, exam dah habis.
Abis exam bukan bermaksud ilmu yang kau belajar selama setahun  ni kau curah kat kertas hilang terus tau .
Allah , aku pun taktau mcm mana nak kaitkan ape aku belajar ni .
Kalo subjek nahu , mngkin bleh pratikkan dalam pembacaan Bahasa arab , Feqah dan Miroth dalam khidupan ni pun boleh pratik . How about subjek Balaghah ? Arudh ? Mantiq ? aku nak pratikkan camne . Hmm :'(

Okdah cukup .

Ekceli aku nak cerita yang akuu sangatttt lah terharuu dengan guru guru kulliah yang sangat prihatin pasal pelajar .
Cara mereka nasihat betul betul rasa kasih sayang ibu bapa ittew .
Sekali sekali mereka panggil kami anak anak .




Ade haritu before exam , Ustaz Shukri , Ustazah Muna ucap . And seriously kata kata diorang touching sgt .
Malam malam guru utk subjek esoknye exam datang memantau .
Ahyelah , mane tau selama ni rasa phm , mlm exam tibe rasa tak paham pulak kann .

Ade time tu , aku nampak cikgu tu sangat cergas mengajar dgn gembira , ada pelajar yang dh terlena , ade yg masih bulat mata .

Bila habis kelas , aku dtg kepada guru , bila disoroti betul muka cikgu tu ,
Allah penat sungguh mukanya , mata pun dh merah .
Tapi masih mampu tersenyum . Tak marah tak tentu pasal . Sabarnya cikguu .

haa , ade jugak satu malam tu . Ade sorang ustazah ni yang mmg sgt diketahui naluri keibuannya .

Lepas aku dan 2,3 kawan aku tanya soklan kat ustazah ,  ustazah pandang kitorang satu satu . Mata mata . Menusuk betul kata kata ustazah time tuu . Dan ayt last skali ustazah kata

"bitaufiq wannajah" lembut tenang suaranya sambil tersenyum tenang .

Sebaik saje ustazah sebut pkataan tu , aku tunduk . aku tak pndg ustazah dah . Rasa mcm bergenang air mata ni .

Ade jugakk guru guru yang menyediakan air dan makanan utk kami study malam hari . Gula gula pun ada .
Tak cukup itu , dipasang canopy , kerusi , kipas dan lampu utk study di luar asrama .
bukan tu je , ade ubat nyamuk lagiiii .

Ada satu kisah , masa tu jam 12.30 pagi . aku lalu kat belakang ampaian . Bau mende bakar cam kemiyan . Ahmagadd . Aku pergi ke canopy . Lagi kuat bau . "Bauu ape ni ? "
aku tanya kawan aku . "ubat nyamuk " jawab membe aku selamba . ohh okayy . lols



Ada jugak yang ,

"STAM ni senang je tiqah . Boleh dapat mumtaz sofi . Kamu caye takk? Ustaz dh penah amik STAM . Ustaz tau lahh , insyallah Mumtaz SOfi "

Ustaz ni dari aku SMA sentiasa kasi semangat .

Penah time SMA aku rasa nahu aku jwab punyelahhh terukkk .

Ustaz kata "insyallah ok je , mumtaz "

LAst last dpt result , nahu mumtaz . Mengalir air mata time tuuu .

Terlalu banyak yangg nak diceritakann . Sambutan adil adha lagiii . Raya tanpa ibu bapa . waduhhh . Tapi nanti lah kot . hoho .

Beredar dulu . Salam .
Doakan sahabat sahabat dan aku dapat graduasi . AMiin .





Saturday, June 7, 2014

Suatu Kisah

Bismillah .
Assalamualaikum :D

Jam pada waktu tu menunjukkan 5 pagi .
Rehat sekejap lepas stay up . ok , aku insaf dh . sob3

mcm ni lah citenye . aku pun bejalan sensorang ke surau . Aku nmpak surau bhagian muslimat ade lampu sikit .
Ade jugak muslimat study surau jugak yep . Bahagian muslimin mmg cerah dgn kipas terpasangnya .
Aku pun bukak lampu bilik wudhuk dan amik wuduk .
aku pun sarung tudung ala kadar .  sbb aku nak pakai telekung nanti .

Aku bukak pintu . Pintu terbuka sedikit .

Aik takde org pun , aku gumam sendirian .

aku bukak pintu lagi besar .

krrttt , (bunyi pintu kohononnya)

 mata aku melilau ke kiri hingga ke kanan dlm surau tu .
Tetibe bijik mata hitam aku ni terhenti kepada satu makhluk yang tengah kelam kabut bangun dari meniarap . 

di badannya masih terdapat selimut merah teddy bear . dia memegang buku.
dia memandang aku , aku pandang dia .




matanya dan rambut pendeknye yg kusut jelas menunjukkan dia baru bangun tidur ,(muslimin)



aku laju laju menutup pintu semula , menutup lampu bilik wuduk dan lari ke asrama .
jantung aku bedegup kencang  . ahye la , aku rasa aku pakai tudung mcm rosmah . stokin tak pakai .



what daaa . apa budak laki tu buat kat tempat muslimah . arghhhh !!! stressss .

aku gi balik tempat studyy aku .
membe aku tanye

"eh kenape ?"

aku pun cite . gila betul . aku pun tunggu smpai at least sorang nak gi surau . tak lama tu ada sorang . nasib baik roomate aku . masuk surau , dah takde lelaki ituu . uiii .
Allah je tau malunya . Harapnye die tak detect muka aku . Aku pun tak igt sgt muka dia . sbb muka kanyo bangun tido .

tu je la nak cite . watt daaaa .



Saturday, May 31, 2014

Holidayssss

haiii kepada sesape yang bace entry ni . nah, flying kiss ~~ ok over

Baru ni asik update cecite sedih je dakk . Ini curita gumbira punya . Mehmeh .
Exam setengah tahun dah tamat . Alhamdulillah .
Tapi aku rasa P2 ni tak berape ok mcm p1 . Aku tak menghapal langsung sblum exam . Malam exam tu baru struggle . Time tu Allah je tau cane perasaan aku . Dengan sedabak besties keluarnya .
Tengah ngulang , air mata ngalir . Bace buku , air mata ngalir . Menyedihkan betul . Ah ye lah kan , kita dah rapat mcm keluarga , 24/7 muka dia je depan mata . Lepas dia , dia . Bila diorang bla , rase mcm tak cukup org . pastu mulalah tersebut sebut nama , walhal dorang dah takdak .
Perghh ., lain mcm betul rase ditinggalkan ni . Time berpisah form 5 steady je senanye ~

 Kelas Nahu kt Surau b4 exam . 

 Setadi Grup marii ~~

Sebahagian muka muka ni dah keluar T.T


Wakeup call 2 hari sebelum exam abis , Barulah semangat lepas tuu . Aku taktahu lah result ni camne . Yang pastu aku betul2 harap exam cepat abis supaya aku boleh taubat dgn segera , dan mengulangkaji dgn baik . Makan aku pun terkontang kanting kot time exam , stay up sokmo . Mcm panda dh mata . huih .

Akhirnya exam pun abis . Petang tu aku kuar ngan nisah gi bandar . Kitorang 2 org je jalan . Biase reramai , tapi dah ramai kuar . Rase cam hiba lah gak . Tapi kitorang 2 org merepek je sokmo dlm pejalanan, so rase gembire je time . Aku ngan nisah gi mydin . Time kat mydin tu berejam rejam kot kitorang berselisih pendapat memilih kaler tie utk hadiah hari guru . Last last amik yg dua dua kitorang tak pilih . So far lawa lah jugak . Alhamdulillah , nasib baik tak gaduh ngan dia . bese gaduh sokmo . wakakak .

Malam Inspirasi Ammar . 
Mak abah Ammar dtg . 
Bestt !!
 
Hari sabtu tu , lepas makan tengahari. Tibe ade annouce name aku ngan bebudok ni . Ingatkan ade ape , rupanya ,Anis ajak makan umah dia . Memang perut tak kenyang pun . Tapi rugi kot kalo tak gi . Tukar baju batik , mintak permission ustazah Pakitah n chowww . Bagus gila mak anis , mak anis ni Bekas Pengetua Khairiah aritu . Jadi mmg dah kenal . Menceritakan tentang bagus , mak anis 2 trek kot , hantar jemput kitorang yang berlapan org ni .

Smpai umah Anis , kitorang disambut oleh miaww gedebush shumil shumil putih kembang miaw aww . ok . nape gedik sgt ni ?

gambar takde pulok . Untuk sekian maklum , Anis ni saudara ngan Kamal Adli . iya , kamal adli artis tuu .  Dan kitorang penahlah tgok kamal adli ni kt rumah anis dlm pesbuk.

 Guess sape kat tengah tuuuuuu . haha . nape berie sgt ni .

Kitorang ni duk kat ruang tamu . pastu khaira stat tanye anis .

"wehh , kamal adli penah duduk kat kusi ni takk ?"

anis pun ckp "semua tempat kot die penah duduk "

Kiotorang pun . . . .. ........................

haha . mane boleh cite .



Lepas makan tu, kitorang duduk kat bilik tetamu . Sori lah , kamiorang ni bukan berada sgt . Masuk je bilik tamu , mak aiii . dah macam resort . pheww . ade tab mndi lagii . wahhh . kitorang selok kot duk kat katil tuu . Nak menunggu petang , ade yang tido , aku ngan beberapa org main laptop .
Budak asrama kann , rindu amatt kt fb . keke ~

~indahnya asrama mcm ni ~

Lepas Asar tu , Datin mintak tolong buat Popia Ketam . Wahh . Sedapp kottt .
Sebelum tu main ngan arnab yang gedabok besor tu . Tp dorang takut ngan aku . Mngkin dorang rase aku lebih besor dari dorang dan dorang jeles ? ok mybe . 


 Sebelum balik tu pekena pulak ABC . Ya Allah . Nikmat mana yang engkau mahu dustakan ?
Abc homemade ~ Alhamdulillah .


***************

Hari Isnin tu sambutan hari guru . Tema Kesultanan Melayuu .
Aku ingat nak pakai kain batik . Baru mcm zaman dolu dolu sikit kan. Tapi aku membatalkan hasrat aku ittew . huhu . Tapi series kabo , dari segi persembahan , hiasan dalaman dewan , dgn cikgu cuikgu sportingnya . Hulu balang bagai , tombak . Montaj . Seriously sgt ohsemmmm !!  Best sgt .



Ni gambar ni aku amik kat whatsapp , Ade org sent .





lols . mepek jews .


err. bkn nak tunjuk sgt gamba budak ni . Nak tunjuk dewan je . Ni aku nampak kat FB . Tuan FB jangan maroh . Tak curi punn .

Hari Selasa tu pulak aku ade Seminar kt Carribean Gambang resort .
Seronokk .



Tu je kot . amik kau marathon terus update ni hah . huhu .
Doakan aku . Terus doakan aku dan sahabat sahabat aku dpt 10 Mumtaz Sofi .

Friday, May 30, 2014

Kawan.

Aku ada kawan
Chemistry kitorang sangatlah terpelanting jauh
Bila aku suka ni , dia tak suka . Bila dia suka tu , aku pulak tak suka .
Jadi tak peliklah bila kitorang selalu bergaduh .
Tapi Allah tetapkan yang kitorang ni tetap berkawan .
Gaduh camne pun , kitorang tetap membe .
Bila aku sakit kepala , tangan dia ada urut aku
Bila aku sedih , bibir dia ada tak lekang sengih kat aku .
Bila air takdak kat asrama aritu , tangan dia ada hulur berbotol botol air utk aku .
Bila aku lemah nak angkat air dalam baldi, kudrat dia ada utk tolong angkat baldi tu utk aku .
Bila aku tak pandai subjek tu , ilmu dia ada utk share dgn aku .
Bila aku cakap mende yang aku tak buat , sedush kau bagi ayat sentap dan nasihat kt aku . 
Kau memang membe yang baikk .
Walaupun aku selalu label kau kusut , sbb kau selalu sengih sengih pandang aku pagi pagi
Walaupun aku selalu kata kau pathetic sbb nangis dengan beria
Walaupun aku kata kau serabut sbb tudung kau mcm tak ayen dan kau suka bebel bebel mcm makcik, pastu suka cakap separuh .
Walaupun aku kata kau tak matang sbb kau golek golek dlm surau.


Tapi kau tetap kawan aku .
Sayangnya Allah je tau .

Dengan kau je aku cakap mcm tu ,
Dengan kau je tempat aku gaduh
Dengan kau je org yang aku boleh gila gila dan tak kaver .
Terima kasih . :D

Semoga Allah ikat ikatan dan ukhuwah yang terjalin ini dengan erat . Amiin .


Sobremo Day

Hampir hampir aku membencikan perpisahan.
Aku bencikan perjanjian .
Sungguh aku bencikan kata kata

"Kita sama-sama amik STAM . Pakai jubah Mumtaz Sofi sama-sama tahun depan"
"aku sentiasa ada untuk kau, aku takkan tinggalkan kau "

Sesungguhnya aku lupa , perjalanan hidup aku ni, bukan aku yang reka dan cipta sendiri , aku lupa ,Allah yang aturkan segalanya . Aku lupa Allah membahagikan nikmat dengan cara terbaik sekali yang tidak pernah aku fikirkan . Duhai hati , perpisahan itu cuma sementara . Masakan kau begitu mudah rapuh dgn ujian sekecil ini .
Aku lupa, aku ada Allah tempat aku bergantung . Silapnya aku , aku terlalu mengharap pergantungan dari manusia . Allahu . Perpisahan demi perpisahan aku terpaksa tempuhi . Semakin hiba rasanya hati apabila aku menoleh kenangan kenangan bersama .
Dari kelas riuh rendah , hingar bingar kini semakin sunyi .

Puas aku mencari kekuatan , mendiamkan diri . Bermuhasabah .
Mengharapkan ada tangan yang memegang bahu ini memahami .
Hampa .

Rupa-rupanya Allah sendiri yang menyentuh hati  ini T.T
Menyambut kedatangan hambanya di balik kelenaan orang lain .
Alhamdulillah .

Aku lah insan yang lemah dan rapuh ,
Nasihatilah aku
Ingatkanlah aku
bahawa aku masih punya Allah ^_^

Friday, April 18, 2014

Decision .

Bismillahirahmanirahim :)

Pemilihan tu mmg sukar . Ya . Sukar gila kott . Nak-nak jika ia berkaitan masa depan . But Allah tahu mana yang better untuk kita .

Isthikarah lah jalan terbaik .
Tapi kene konfem yang pilihan kita tu 50-50 tak berat sblah . Kalau berat sebelah , tak menjadi gop.

Rezeki Allah tentukan , bukan kita kan .
Segala setiap sesuatu tu ada kebaikannya tersendiri . Hikmahnya tersendiri . Fiuhh . Done .


---------

Aku tengok blog ni mmg takdak siapa nak baca pun . Tujuan blog ni pun bkn nak suh org bace , saje nak puaskan apa yang ada dlm hati . BTW, aku ni mmg suka becerita dan menaip . So tak salah rasanya kalau coretan aku ni , untuk aku tatap bila dah tua nanti . Entah sempat atau tidak , tu lain cerita :p


-----------

Alhamdulillah . 
Dah masuk 4 bulan kat Kulliah . 
Makin lama makin sayang . 
makin lama makin cinta . 

ceh poyonyeee !!

Result SPM dah dapat , kawan kt kulliah pun ramai dah kacip . 
Ada yang nak pergi , Ada yang nak stay . 
Tipulah kalo aku kata aku tak sedih langsung . 
Tapi bila pikir balik ,
Bertemu berpisah tu lumrah . 
Satu perkara yang adat berlaku . 
Perlu ke aku sedih berpanjangan?
Sedangkan itu aturan Allah untuk aku dan mereka . 
Aku yakin ,
Allah itu maha penyanyang . Dia pasti lakukan yang terbaik untuk hambanya . 
Mungkin rezeki diorang kat sana .

Yakinlah , rezeki kita mmg tak akan tertukar dgn org lainn . Tak akan dpt kat org lain . Heee~

--------------

Kadang-kadang apa yang dirancang, tak selalu dpat , x selalu kecapi . 
Tapi,Allah berikan jalan lain kepada kita . 
Sebagai hambanya kita tetap kene berusaha menempuh jalan yang sedang kita lalui skrang ni . 
Insyallah berjaya . 

======

Doakan aku,
berjaya MUMTAZ SOFI 
dalam STAM . 
Insyallah , Diploma Bahasa Dan Agama :)
 
Cita cita terbaru nak jadi lecturer . 
Dalam bidang syariah . 
Amiiin . 


-------------------


Ingat nak update pendek je kali ni . Tapi mmg tak lah lah kan . Esok balik asrama dah kot . huhu . 
Aku rinduu . Makin membuak buak rindu kat sekolah lama . 
Sekolah Agama Al-Khairiah . 

5 tahun kat situu . Allah . 
Waktu form 1 , terpinga pinga sbb didedahkan dgn 22 subjek . Makk aii . Nak mati rasanya . Rasa je la. Tak mati punn . Sampaikan aku rasa nak pindah sekolah  Bahaman  ngan ABS. Aku tak mampu dah nak mengahafal segala alah banyak mcm tu . 
Walhal diri sendiri yg malas . Yela , first time ngapal ngapal ni .

Bila masuk form 5 , aku mula terfikir 
Nasib baiklah aku tak tinggalkan Bumi Khairiah ni .
Banyak ilmu ,pengalaman yang aku dapat . 
Alhamdulillah . 
Kalo nak cite ni mmg tak mboh abih la . 







Ohoii rinduuu kottt . 

Okbaiii . 
Salam . Muahahah T.T


Saturday, March 1, 2014

Ku biar kalam berbicara...

Assalamualaikum . Oiiiii . Rinduuunya nak menulisss . akhirnyaaa gua dpt menulis kembali . kehkeh .


ehem ehem .
cik tiqah . 2 bulan kt Kulliah Al-Lughah Waddin As-sultan Abu Bakar . so far acaneeee ?

Ya Allah . Serius besttt . Aww aww sgt . Eh tibe . Kekeeke . Nape nak masuk kulliah eh eh eh ?
Cani , duluu fikir gini .
1. Nak amik pengalaman kt bumi barokah ni . teheee
2. Belajar ilmu agama sementara nunggu result SPM. yeayy . Yelah, kite nak jadi ape ape pun , ilmu agama kene mantop didada . lagipun sukatan pelajar STAM ni dari Al Azhar woii . overr kann . haha
3. nak kurus

Minggu pertama bulan 1.

Mcm biasa . Ade orientasi . Bukan tak phm kalo orientasi ni , segala mende kene cepat . Dah lah kaki ni tak biasa ag bangunan besar dan jauh jauh ni . Abis bengkak kaki walaewii . sakit badan lah . siryes . mnggu tu dah gaye org tua . jalan pun mcm cacat je . hahahaha. aku tak minat masa senam aerobik , aku rasa lagho sgt time tu , sdgkan muslimin kat surau cite pasal agama . maluu ~
dari first masukk , air mata ni tak mengalir lagiii . tough takk gua ? hujung mnggu abis orientasi tu , nak tepon mama . punyelah belambak manusia kt stuu . gua tungguu . tungguuu . tunggu lagi . wa terdengar butir bicara budak tuu .


"weh kau takk , kitorang kt sini , sabun tak sempat berbuihhh . yela , sabun2 ujan terus hilang buih . hahahahhahahahah "

wa hairan . wa rasa mcm tak lawak .
wa tunggu lama lagii . wa amik jalan nak gi kt public lain .

wa tunggu lagi . 

akhirnya dpt turn call . gua dgr suare mak wa , wak sebak . wak cakap cakap , sekali duit syiling habis . panggilan wa terputus di tengah jalan . wa pun menangis . ahahahaha .
motif menangis ? still taktahu smpai skrg . hahaha


first time gi outing . meh meh . selok :D
malam kebudayaan , wuyooo . ade penampilan istimewa .
gua hairan , kenapa suara afghan lain dlm lagu tuuu
rupanya , guru wa yang nyayiii .namanya jeng jeng jeng

SIR MISHKATTT !!!

kau tempat ku memintaaa , kau beri kuuu bahagiiaaaa . oke aku over .

Minggu kedua . time ni dah start umum calon calon MPP . temuduga etc .I tak terlibat punn . tido dalam kelas . Bila dorang dh dicalonkan, dorang haruslah berkempen kann . Macam-macam manifesto kuar uolls , aku pun tak pasti mane hilangnya manifesto tu sekarang . lols . sembang lebat ~

minggu ni jugak kitorang tangkap gambar matriks . Weolls kene pakai blazer nak bergambar . Sampai je turn aku , aku pakai blazer tu .

WEIII , takk muattt .

okeh2 , try yang lagi satuu .
weiiiii , tak muat jugakkk .
last last pakai blazer sir . miahahaha .

hari rabu tu , kitorang dpt task utk perarakan maulidur rasul hari untuk hari jumaat . kitorang dibekalkan dgn kain kapan, kain putih la maksudnya , cat 3 kaler , biru , merah dan kuning . hadiah tak main main hamper , hadiah duit kottt .

semangatt 3 hari buat banner tuu , Alhamdulillah . Kelas aku Nasyitah juara . hehe ~
Best sgt time perarakan . Pusing Padang Polo smbil selawat . Kitorang selawat biasa biase je , tapi time nampak ustaz nak amik markah , ape lagi , mcm mcm selawat kitoang bantai . selawat rentak sendiri pun bolehh .  Tema kitorang pinkk . Nasib aku ade baju pinkk . Org lain yang takdak belaka merayau kt asrama mlm tu pinjam kat org . wehehe ~

curi gamba budak luar jahh.
gambar tengah berarak x de . payoh toi x de kamera ni . huu

Hujung minggu tuu , ramai sakitt . akuu pun demam . sob3 . ujian ujian .

Minggu ni jugak ade mende lawak , frankly said , aku penah solat jemaah subuh hari jumaat sekali je . Macam biasa lah , imam baca surah sajdah pastu allahuakbar, aku ruku', sekali tengok org sujud . lols
bukan aku sorang je tauu , org tepi pun sama . miahaha .

Alhamdulillah , skrg dah biasa suda .

Minggu ketiga

demam makin parah . Pegilah hospital ngan ustazah Pakitah . wa ckp luu , guru kat sini sgt caringgg . touching;')
malam tu , aku tidur kat bilik nisah . Ustazah masuk bilik tuu , ustazah pegang dahi akuu . mlm tu aku pikir mama je yang pegang , bukak mata nmpak ustazah Pakitah . woo . rasa calm sgt :')

malam bile tah , aku x sihat lg , tak selere nak makan . pastu makan maggi nagn bebudok ni. walhal mlm tu prep .
sekali dgr org bukak pintu , berlari lari kitorang ke katil , pakai koyok . lols . sekali skali MPP masuk . Ingat nak marah , join skali makan maggi . gagagaga .

smbung makan maggi , dgr bunyi kete ,  . telek kat tingkap . budok ni jeritt .

"weh sazahhh !!"
ustazah paking betul2 depan bilik

kitorang ape ag , capai armguard , stokin , pakai tudung pastu bla . bukak pintu bilik , ustazah pakitah lalu kat depan , tp yang nasib baik , ustazah tak pndg pun kitorangg .  ustazah jalan terus . kitorang pakai stokin tengah jalan . hahaaha . tak senonoh benor perangaii .

Minggu ni ade kawan pindah khairiah. sedih mak aii . 

Minggu keempat

yeayy , mnggu balikk . tapi tak best sangat . sbb batuk dan selesema aku tak hilang lagii .
2 bulann baru hilang . ni baru elok nihh . huhu .

Bulan yang koi rasekan begituuu panjangg . wehehe . 
bulan ni jugakk , ade kelas petang ngan ustaz syria . belajar speaking dlm BA . seronok2 .

Bulan kedua . waduh, penatnye menaipp .
kalo nak cite , byak mende bestt aww .

Cikgu muet sportingg kott .
Kat sini bleh belajar bawah pokok punn bolehh .
Sape tak hapal kene gi kelas lelaki .
Ahyelah , sini kan kelas berbeza dgn muslimin .
Kelas aku ade karpet , time prep belaka baring kat bawah . tak semua la . time ngantuk sangat jee . hehe .

Cikgu jenis melayan budokk . (Y)
Kadang-kdang rasa guru tu mcm ibu bapa sendiri . Sebab caringg betul mereka tuu . Ada yang panggil anak . Bulan ni akuu dilantik jadi Ketua AJK iventori muslimat. Buat keje dlm pejabat sgt best . curi curi online adelah hobi aku . wahaha .

AJK ibadah dlm bilik .

Bulan ni jugak dpt abis surah saba; , sbb takut masuk kelas tahanan . nanti tak boleh balikk . rupenye kelas tahanan bulan 5 . =.='

Jalan kaki smpai sesat semata mata nak cari ABC . penat gilee . tapi betul lah . Orang yang sabar banyak ganjarannya . Last2 terserempak ngan Cik zul (pemandu yang bawak budak sakit )gi spital. Dah kenal sbb slalu gi klinik . huhu . Beliau bawak gi ABC tuu dan antar balik ke Kulliah . ABC special sedakk gile . Kaler berlapis lapis , tak tipuu . ade aiskrim , nata de coco etc .

Kat sini jugakk aku belajar badminton sampai terjatuh tersungkur , darah dahi , luka lutut . sakit hidungg . wahaha .

kenangankan kottt .

Kenalkan diri , di kulliah aku dipanggil dgn gelaran doraemon dan Pou, jua "atiqah koi " . Sekian terima kasihh :)

Wehh, banyakk agg nakkk citee . Takpleahh , i simpan dalam hatii je laaa .
Nak balik asrama dah ni . TATa :)
selasa exam . doakan yakkk .

Sayang semua .